:: My gangS :: TQVM

Thursday, September 15, 2011

Qale and Raze (WAGFILWAT) - 4




So apahal yang kau nak jumpa aku ni?” Soal Azrel Aqif seraya memandang aku. Sekarang ini kami berada di Starbucks selepas aku menelefon Azrel untuk berjumpa. Atau lebih tepat berbincang akan hal merisik tu dan mungkin selanjutknya akan membincangkan hal perkahwinan kami. Argh! Tensennya aku sekarang. Namun apa boleh buat, plan aku yang pertama dah gagal! Kesian dengan Raze. Tapi kesian lagi dengan aku sebab kena berhadapan dengan mamat sengal ni seumur hidup aku jika perkahwinan ini terjadi. Waa! Nak nangis boleh tak?

“Aku tak tahu apa masalah kau datang merisik aku. Kita bukannya berkawan pun masa kat kolej dulu.” Senafas aku menjawab. Dia tersenyum nipis memandang aku. Wajahnya didekatkan. Erk!

“Saja. I think i like you.” Lembut suara Azrel menampar ke gegendang telinga aku. Serius aku rasa macam nak tersedak sekarang. Dia suka aku? Penipu haram betullah dia ni. Aku masih ingat lagi kenangan masa kat kolej dulu. Mentang-mentanglah dia tu Ketua MPP, suka-suka hati aje duk buli aku. Dan sekarang dia boleh cakap yang dia suka aku? Oh please. Stop aje lah lakonan plastik kau ni. Aku tak ada award pun nak bagi. Huh!

“Gila.” Pendek aku membalas lalu menghirup Iced Choclate yang sudah hampir mencair. Azrel Aqif hanya tersenyum bila aku cakap dia macam tu. Sah! Otak dia memang dia tak betul. Dah senget kut agaknya lepas balik dari luar negara ni!

“Tak kisahlah kau nak cakap aku gila ke tak. Yang aku tahu next month kita kahwin.” Balas Azrel Aqif sedikit tegas. Aku mencebik. Macam lah aku nak sangat kahwin dengan dia tu. Lagipun lambat lagi kalau bulan depan tu. Macam-macam hal boleh jadi. Dan aku akan pastikan perkahwinan ni takkan terjadi. Never!

“Dahlah aku nak balik. Buat sakit hati aje jumpa kau.” Aku menyedut Iced Choclate sebelum bingkas bangun. Duduk lama-lama dengan si Azrel ni memang buat aku sakit hati. Ingatkan bolehlah bincang apa-apa dengan dia. Ni tak haram je. So dari aku yang terjangkit penyakit gila dia tu. Baik aku cabut dulu.

“Qhalisha please. Jangan pergi dulu.” Nada suara Azrel seakan merayu memanggil aku. Huh! Sekejap saja dah bertukar watak. Memang pelakon terbaiklah dia ni. Namun aku tersentak apabila lengan aku ditarik olehnya. Hee, nak kena betul mamat ni. Dah lah panggil nama aku yang ayu pelik tu, ni dah siap-siap boleh pegang aku pulak!

“Kau nak apa lagi ni? Aku. Nak. Balik.” Sepatah-sepatah aku menyebut tiga perkataan akhir itu dengan jelingan tajam.

“Okey. But don’t forget to prepare yourself to be my wife soon.” Balas Azrel Aqif dengan senyuman yang aku kira boleh tahan gatalnya. Ya Allah kenapa dengan dia ni? Terlebih hormon ke hari ni? Seram betul!


***



“Macam mana? Raze dah setuju dengan syarat hari tu?” Soal mama apabila nampak aku baru saja turun ke ruang tamu. Aku menggigit bibir perlahan. Macam mana nak jawab ni? Plan memang dah gagal terus. Peluang untuk Azrel kahwin dengan aku memang terbuka luas. Tak boleh nak tutup dah ni. Aigoo!

“Erm...Err...” Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Haishh, memang tergagap terus dah ni. Tak tahu nak cakap apa dah.

“Mama dah tahu kamu sengaja kan suruh Raze berlakon jadi boyfriend kamu. So stop the stupid plan Qale. Mama Raze tak pernah tahu pun pasal korang bercinta ni.” Aku membulatkan mata bila mendengar kata-kata mama. What?! She already know?! Arghh, geramnya aku. Melihat senyuman sinis yang terukir di bibir mama membuatkan aku resah.

“Okey, Qale mengaku yang Qale sengaja tipu mama malam tu. Tapi Qale memang tak suka dengan Azrel tu.” Aku mengaku dan tertunduk lemah. Seriously memang kecewa sangat dengan hal ini semua. Dan terlebih kecewa apabila mama dah tahu semuanya pasal ni.

“Mama tengok Azrel tu okey je. Dah kerja pun. Lagipun bukannya kamu dah kenal dia sejak kat kolej lagi ke?” Mama menyoal dengan riak bersahaja. Ok fine, aku mengaku yang memang aku dah kenal dengan Azrel tu. Tapi itu tak bermakna yang aku sukakan dia. Jika lelaki kat dunia ni dah pupus pun, tak mungkin sesekali aku nak kahwin dengan dia! No! Never!

“Memanglah dah kenal lama.”

“So Qhalisha, what’s your problem now? Just marry him. Itu je yang mama dengan papa nak. Lagipun kamu bukannya tengah bercinta or dah bertunang pun. Always single and available je dari dulu.”

Aku mengeluh lemah dan bersandar di sofa. Susahnya jika perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua ni. Dia orang tak fikir ke yang apa akibatnya jika diteruskan perkahwinan ni? Apa dia orang tak pernah fikir ke perasaan aku?

“Okey. Give me sometime to think about this.” Aku bingkas bangun dan menapak ke dapur.

“Okey. Take your time tapi jangan sampai mama terpaksa lakukan yang boleh buat Qale menyesal nanti.” Aku berpaling. What’s all of this?! Mama ugut aku ke apa ni? Biar betul?!

“What do you mean?” Soal aku dengan nada tak tertahan. Mama tersenyum sinis memandang aku.

Remember Nazz? Kalau papa kamu tahu pasal ni pasti dia akan mengamuk. Entah-entah kamu akan dihalaunya dari rumah.” Gulp! Aku tertelan liur. Macam mana mama boleh tahu pasal Nazz ni? Rasanya dah setahun lebih aku tak berjumpa dengan dia lepas grad dari kolej.

“Okeylah. Mama naik dulu. Everything’s will be fine if kamu ikut je cakap mama tu. Gudnite Qale.” Kaki aku terasa digam saja ke lantai saja bila terfikirkan pasal tu. What should I do rite now?



***



“Raze.” Sedikit lirih suara aku memanggilnya yang baru saja balik dari kerja. Macam mana aku tahu yang dia baru balik kerja? Sebab dari tadi aku duduk menunggunya di beranda. Masuk saja keretanya di porch, terus saja aku bersiap sedia.

“Qale, kenapa ni?” Soal Raze memandang aku lama. Aku menongkat dagu pada pagar besi di beranda kecil yang setentang dengan bilik Raze. Tienya ditanggalkan dari leher dan dicampak ke lantai.

“Aku sedihlah.” Akhirnya aku terpaksa juga aku luahkan masalah ni pada Raze. Dia menanggalkan dua butang kemeja yang dipakainya lalu menghampiri ruang berandanya.

“Kita jumpa kat bawah. Then kau cerita apa masalah kau sekarang.” Raze memberi cadangan. Aku terus mengangguk dan menutup pintu lungsur. Tangga dituruni dengan langkah yang agak besar.

Seketika kemudian aku telah menapak masuk ke halaman rumahnya. Langsung aku melabuhkan punggung di kerusi batu yang berada di halaman rumahnya.

So spill.” Raze mengambil tempat di sebelah aku.

“Aku tak nak kahwin dengan dia Raze.” Senafas aku berkata. Entah kenapa aku rasa sedih sangat ketika ini. Rasa nak menangis pun ada. Aku menunduk memandang halaman tanah yang berumput itu.

“Qale, aku harap kau sabar.” Perlahan nada suara Raze seakan memujuk aku. Serentak itu aku kembali mendongak. Wajah Raze yang memandang aku tanpa berkelip itu aku renung lama.

“Memang aku cuba untuk sabar Raze tapi bila aku jumpa Azrel tadi serius aku sakit hati. Ada ke dia cakap yang dia sukakan aku. Penipu betullah.” Rungut aku dengan nada sedikit kuat. Sementara Raze sudah memandang aku dengan pandangan sedikit terkejut.

“Dia..dia ada cakap yang dia suka kau?” Soal Raze dengan nada sedikit tergagap.

“Yer. Semalam masa aku jumpa dia.” Aku bersandar ke kerusi batu itu. Masih ingat lagi dengan kata-kata Azrel semalam. Hessy, memang sah dia dah gila! Sekilas aku menoleh ke arah Raze yang seperti sudah tidak kena. Apa hal pulak dengan mamat ni?

“Aku tak tahu dah nak tolong kau macam mana Qale.” Perlahan saja suara Raze menjengah ke arah telinga aku. Aku memandangnya yang dah bersandar ke kerusi.

Sorry Raze. Kau dah banyak susah sebab hal aku ni. Tapi betul, aku dah tak ada tempat untuk mengadu. Papa pulak macam setuju aje dengan mama.” Aku menyambung.

“It’s ok Qale. Aku tak kisah sangat pasal tu cuma aku kesiankan sebab terpaksa kahwin dengan Azrel tu.” See Raze lebih faham perasaan aku ketika ni. Memang aku betul-betul tak puas hati dengan mama. Tapi aku pelik macam mana dia boleh tahu rahsia aku tu? Pasang spy ke?

“Aku rasa macam nak lari je dari semua ni. Jom kita kahwin lari nak?” Aku dengar Raze hampir terbatuk. Erk!

“Kau jangan main-main Qale. Ni melibatkan maruah keluarga.” Raze laju saja memandang aku.

“Dah tu, aku kusut sangat sekarang ni.” Aku menekup muka ke meja batu itu. Tangan aku yang sedang menarik rambut tu tiba-tiba rasa disentuh lembut. Aku kembali mengangkat kepala.

“Aku ada satu plan tapi aku tak tahu kau setuju ke tak.” Lembut suara Raze menutur. Matanya seakan bercahaya. Another plan?

“Apa plan tu?” Soal aku dengan nada teruja. Mana tahu kalau-kalau kut-kut plan Raze ni menjadi. Yelah dah plan pertama aku dulu tu gagal.

“Esok aku beritahu kau.” Raze tersenyum. Aku sedikit mencebik. Kenapa tak nak cakap hari ni je?



p/s : dah lama tak update citer...taip suka-suka sementara siapkan SSID..Enjoy yer ;D

4 comments:

blinkalltheday said...

soo konpiuss ni?plan ape yek??

zura asyfar addy rifqhiey said...

cik blink ; hehe...ntah ape lah yer plan si raze tu ;)

Makanan Kesihatan said...

wahh...plan ape agknye..curious ni...haha

Unknown said...

waaaaaaaa...
curious2!!