:: My gangS :: TQVM

Saturday, September 3, 2011

Cerpen Raya : Aku Miliknya Part 1






“Hah nak ke mana tu?” Sergah Mak Nah pada Jiji yang tergesa-gesa turun dari tangga. Dia berpaling dan tersengih memandang emaknya sambil buat tanda ‘peace’.
“Nak pergi tengok orang pasang pelita mak.Depan rumah si Jepp tu je.” Bagitahu Jiji sambil menyarung selipar jepun. Laju-lajudia melangkah ke arah motor LC yang sudah terparkir depan laman sejak balik solatterawih tadi. Kunci yang berada di poket seluar laju saja dicucuk ke lubang kunci.
“Tak lekat kat rumah sungguh budak ni,asyik keluar aje.” Bebel Mak Nah lalu pergi ke dapur untuk menyambung sesi buatkuih raya yang tergendala. Dah malas dah dia nak membebel panjang. Anaknya itudah cecah dua puluh tahun pun tapi perangai macam budak umur dua belas tahun. Pantangada orang nak pasang pelita atau main mercun, sibuk saja dia nak pergi tengok.
“Aku kahwinkan budak ni jugak baru diatahu.” Rungut Mak Nah lagi. Bekas adunan kuih Almond London diletak di atasmeja. Laptop yang memaparkan video tutorial membuat kuih itu dari YouTube,direnung sekilas. Jangan tak tahu yang orang kampung sekarang dah moden. Nakbuat kuih raya pun tengok tutorial dalam YouTube.

***

“Ha, lambat kau datang malam ni kenapa?”Soal Jepp yang tengah mengisi minyak tanah ke dalam pelita yang diperbuat daribuluh. Dijelingnya Jiji yang baru saja sampai dengan motor LC nya. Makcik sorangni kalau bawak motor kalau tak merempit tak sah. Nasiblah kalau siapa-siapayang kahwin dengan dia.
“Tadi aku layan Facebook dulu baru datang sini. Eh Ejam tak datang ke?” Soal Jijilalu datang berdepan dengan Jepp. Memerhatikan Jepp yang ralit mengisi minyaktanah.
“Entah. Tak datang kut. Petang tadikatanya abang sepupu dia datang ambil ajak shopping raya.” Jawab Jepp lalu meletakkan bekas yang berisi minyak tanah yang hampir kosong itu ke tanah.
“Wah ajak shopping raya tu. Bestnya.” Jiji bersuara ceria. Walaupun diabukanlah jenis perempuan yang suka bab-bab shopping ni tapi sekali sekala nakjuga merasa. Lagi-lagi kalau ada orang ajak. Tentu dapat benda free.
“Kau carilah pakwe sorang barulah dapatshopping free.” Ujar Jepp sambiltersengih. Bukannya dia tak tahu yang makcik sorang ni paling tak suka kalauorang membangkitkan hal-hal pakwe-makwe ni. Baginya semua tu benda paling takberfaedah. Buang masa saja.
“Kau ni kan Jepp. Aku kan tak suka kausebut hal-hal pakwe-makwe depan aku ni.” Jiji mencerlung matanya ke arah Jeppyang tengah tersengih. Geram sungguh dia dengan Jepp. Memang suka usik diadengan hal yang memang dia tak suka.
“Ala kau ni Ji, chilla lah. Takkan nak sentap kut.” Tambah Jepp lagi. Suka sungguhdia tengok muka cemberut makcik sorang ni. Sampai berkerut dahi. Nampak comelje.
“Yelah-yelah. Kau ni suka sungguh mengusikaku. Nasiblah kau ni kawan baik aku, tak de hal lah.” Jawab Jiji sambil senyum.Dia mengekori langkah Jepp ke pangkin kayu di bawah pokok jambu.Tempat biasamereka lepak waktu petang-petang sambil makan mempelam muda cicah sambal kicap.
“Eh kau dah shopping ke baju raya ?” SoalJepp.
“Mak aku dah tempah dua pasang. Jadi lahtu kut. Tapi aku ingat nak beli jeans la sehelai.” Tambah Jiji.
“Kau ni Ji, pakai baju kurung dah lah.Baru nampak ayu aje. Ni tak, semedang je pakai tshirt dengan jeans. Try tengok si Ida tu, ayu aje akutengok.” Tutur Jepp selamba. Agaknya dah lupa kut yang Jiji ni memang tak sukaorang pertikaikan pemakaian dia.
Suasana sepi beberapa minit membuatkan Jepp mengerling ke arah Jiji. Makcik ni terasa ke dengan kata-kata aku tadi? Alahaimulut aku ni, tak sempat betul nak cover.
“Aku nak balik.” Jiji angkat punggung dari pangkin kayu. Tak tengok langsung pun ke arah Jepp yang berada disebelahnya. Entah kenapa terasa hati pula dia dengan kata-kata Jepp tadi. Salahdia ke kalau pakai tshirt dengan jeans? Mak dia sendiri pun tak pernah tegurdia pakai macam ni.
“Wei Ji, cepatnya nak balik? Kau terasadengan aku ke?” Soal Jepp yang mula berlari-lari anak mengekori langkah Jijiyang sudah hampir ke motor LC nya. Dia cuba memandang ke arah muka Jiji yanglangsung tak memandangnya. Aduhai makcik ni, tadi okey saja ni tiba-tiba jadisensitif pulak.
“Jiji!” Panggil Jepp namun Jiji langsungtak menyahut. Laju saja motor LC yang dibawanya meluncur keluar dari pagarrumah Jepp. Jepp dah menggaru-garu kepala yang tak gatal. Macam mana nak pujukdia ni? Patut ke aku pergi kejar Jiji tu?

***
Suasana agak begitu gelap di hujungKampung Tanjung Titian itu. Jiji yang sedang menunggang motor itu tiba-tibaterasa seram sejuk. Namun disedapkan hati apabila mengingatkan yang sekarang nitengah bulan bulan Ramadan. Takkan ada hantu pulak kut?
Enjin motor yang tengah laju tu tiba-tibasaja semakin perlahan dan akhirnya mati terus. Jiji dah mula panik. Kenapa pulak dengan motor ni? Tadi elok saja masa bertolak dari rumah Jepp tu. Diamemberhentikan motor di bahu jalan.Sambil menongkat motor itu, Jiji pandang ke kiri dan kanan. Memang sunyi sepitak ada orang langsung. Alahai, nak mintak tolong siapa ni?
Poket seluar jeans lusuh yang dipakainyadiseluk untuk mencari telefon bimbit. Nak call siapa ni? Jiji menimbang-nimbangtelefon bimbit di tangan. Telefon Jepp ke nak telefon ayah? Kalau telefon ayahkeonfem kena marah sebab keluar tak bagitahu dia tadi. Tapi kalau telefon Jepp,malu lah pulak. Sudahlah tadi tiba-tiba saja merajuk dengan dia.
Ala, kredit pulak dah tinggal dua puluhsen. Memang betul-betul masalah. Jiji mengetap bibir dan memandang kesekeliling. Seram pulak rasanya bila dah sunyi sepi macam ni. Nak tak nak terpaksajugak sekeping mesej pertolongan dihantar pada Jepp. Harap-harap Jeppperasanlah. Dahlah dia tu jenis telefon suka letak merata-rata.
Jiji mengeluh perlahan dan memadang lemahpada motornya. Masa aku nak guna kau ni ada saja kau buat hal, omelnya dalamhati. Dia menilik telefon bimbit jenama Nokia itu. Mana Jepp ni? Tak balas punmesej.
Baru saja dia nak hantar mesej yangkedua, terdengar bunyi enjin motor dari kejauhan. Jiji mengecilkan matanyauntuk mengecam siapa penunggang motor tersebut. Nampak macam motor Jepp tapimungkin jugak orang lain.
Apabila nampak dari jarak 10 meter barulah perasan yang memang Jepp pun. Jiji mengeluh kelegaan. Bimbang juga tadijika orang lain. Kalau orang baik-baik tak apalah, tapi kalau orang yangberniat tak baik memang nahaslah. Sekarang kalau orang nak buat jahat tak kirawalau bulan puasa.
“Ha, ni kenapa pulak?” Soal Jepp lalumenghampiri Jiji yang tengah bersandar kat badan motor LC nya.
“Entah. Enjin tetiba mati.” Jiji buatmuka selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku. Padahal baru saja tadi buatmerajuk dengan Jepp. Tak malu sungguh!
“Hmm..” Jepp menilik motor Jiji. Lepas beberapaminit dia berpaling ke arah Jiji yang sedang memeluk tubuh memandangnya dariarah belakang.
“Minyak habis kut.” Jepp tiba-tiba buatkesimpulan. Bukannya dia tak tahu yangmakcik sorang ni kadang-kadang tu lupa nak isi minyak. Padahal umur baru cecahdua puluh tahun, bukannya dah masuk umur atuk-nenek yang dah tak ada gigi tupun.
“Eh tolong sikit, aku dah isi lah petangtadi.” Tukas Jiji.
“Manalah tau, kau tu kadang-kadang tulupa je nak isi minyak.” Balas Jepp. Jiji mengetap bibir. Ni yang malas kalaubercakap dengan Jepp ni, ada saja yang nak balas kata dengan dia. Tapi apa-apahal pun , Jepp jugaklah yang dia cari kalau ada apa-apa masalah.
“Macam ni lah, tunda dengan kaki aje lahsampai rumah kau. Lagipun dah lewat ni.” Cadang Jepp pada Jiji. Jiji berfikir seketika.Okey jugak cadangan Jepp tu. Takkan nak tinggal kat sini pulak. Mahu menangistak berlagu pulak kalau tiba-tiba hilang.
“Yelah.”
Jiji dah mula memegang badan motornya. SementaraJepp sudah menaiki kembali motor Nouvo dia. Baru saja Jepp nak hidupkan motordia, tiba-tiba terdengar bunyi enjin kenderaan dari jauh. Jepp berpaling ke belakang. Lampu tinggi dari kenderaan tersebut menyilaukan mata Jepp. Tak dapatnak cam kenderaan apa yang datang menghampiri mereka tu.

Streeeeettt!!!

Bunyi brek yang sedikit kuat mengejutkan Jepp dan Jiji. Masing-masing terkebil-kebil memandang kereta Mitsubishi Evohitam yang baru saja membrek mengejut itu. Rasanya tak sampai sepuluh sentimeter dari tempat Jepp berada. Jepp mengurut dada. Kenapa pulak ni?
Jiji yang baru saja memegang badan motornyaitu merenung tajam ke arah kereta hitam itu. Macam kenal saja tapi tak perasansangat sebab keadaan dekat situ yang gelap tanpa lampu jalan.
Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka. Seoranglelaki yang berambut pacak keluar. Diikuti dengan tiga orang kawannya yanglain. Mereka menghampiri Jepp dan Jiji dengan senyuman sinis. Jepp dah telan liur. Rasanya aku tak kenal dengan mereka semua ni. dia berpaling ke arah Jijiyang dah berjalan merapatinya.
“Akhirnya dapat jugak aku cari kau.”Tutur lelaki rambut pacak itu dengan senyuman sinis. Tangannya menepuk seat motor Jepp. Jepp terpinga-pinga. Takfaham dengan kata-kata dari lelaki rambut pacak itu. Jiji kenal ke denganlelaki ni?
“Aku tak suruh pun kau cari aku.” BalasJiji selamba. Cuba menenangkan diri walau keadaan sebenarnya dia rasa cuakjugak bila Alfezz datang cari dia sampai kat kampung ni.
Alfezz tergelak kecil sebelum berjalanmerapati Jiji. Dia berpusing dua kali memandang Jiji sebelum cuba memegang pipiJiji. Namun cepat saja Jiji mengelak. Jepp dah bulat mata. Kenapa dengan lelakirambut pacak ni? Biadab betul sampai nak sentuh-sentuh pipi anak dara orang.
“Hei kau kenapa ni?” Marah Jepp apabilaAlfezz cuba menyentuh pipi Jiji. Dia mengenggam tangannya. Ada jugak yangbertelur dahi kejap lagi ni.
“Ni hero kampung kau ke?” Soal Alfezztergelak kecil. Dia merenung Jepp dengan pandang sinis. Tubuh kurus keringmacam ni nak berlagak jadi hero? Boleh jalanlah, bisik hatinya.
“Kau jangan babitkan dia. Dia tak adakena mengena dalam hal kita.” Celah Jiji apabila dia perasan Alfezz memandangJepp dengan pandangan lain macam. Tak boleh dibuat berkira dengan Alfezz ni.Dia bukannya tahu hormatkan orang lain. Mentang-mentanglah anak orang kaya,suka-suka hati saja belasah orang.
“Okey-okey. Aku tak sentuh dia. So kau dah tahu hal kita belum selesai.Kenapa kita tak settle kan sekarangsaja?” Soal Alfezz memandang tepat pada Jiji.
Jiji mngeluh kecil dan memandang ke arahJepp. “Kau balik dulu lah Jepp. Aku ada hal nak settle dengan dia ni.” Tutur Jiji pada Jepp. Jepp dah mengerutdahi. Biar betul Jiji ni?
“Eh takkan aku nak tinggalkan kausorang-sorang pulak kat sini? Dahlah motor kau tu tak leh nak start.”
Jepp membalas dengan nada tak puas hatidengan permintaan Jiji. Walaupun dia tahu yang Jiji tu pandai bersilat dan adabelajar taekwondo, dia tak sanggupnak tinggal Jiji dengan geng-geng si rambut pacak ni. Apa-apa hal pun, Jijitetap perempuan walau perangai dia tak nampak macam perempuan pun. Kan adaapa-apa jadi pada Jiji susah pulak dia nak menjawab dengan Mak Cik Nah.
“Macam ni lah. Kau bagi masa aku limaminit. Aku ada hal nak settle dengandia ni kejap.” Jawab Jiji. Dia menolak sedikit tubuh Jiji ke arah motornya danmembuat isyarat supaya suruh jarakkan diri dengan dia dan Alfezz.
“Okey-okey. Aku tunggu sini. Kau janganlama-lama pulak.” Jepp berpesan pada Jiji yang dah melangkah mengekori Alfezz. Alfezzmerenung tepat pada Jiji yang berdiri di depannya. Geng-gengnya yang lain sudahberedar dari situ apabila ketua mereka memberi isyarat mahukan privasi.
So?” Alfezz menjungkitkan keningnya memandangJiji.
“Bagi aku masa.” Pinta Jiji. Alfezzmenegakkan sedikit tubuhnya apabila mendengar kata-kata dari Jiji.
“Dua minggu aku bagi tak cukup lagi ke?”Soal Alfezz dengan pandangan tak lepas dari wajah Jiji.
“Lepas raya boleh? Aku baru aje sampaisemalam.” Perlahan suara Jiji cuba memujuk Fezz. Mana tahu kalau-kalau Alfezzmakan dengan kata-katanya.
“Aku tak kira. Kau kena settle jugak hal ni malam ni. Kalau tak,aku sendiri pergi jumpa mak ayah kau.” Gertak Alfezz. Geram pulak dia dengan perempuanni. Dari sebelum puasa lagi bertangguh. Sampai dia sanggup siasat tempattinggal Jiji. Dan dia tak kisah jika terpaksa mengadap orang tua Jijimalam-malam macam ni. Janji masalahnya selesai.
“Eh jangan-jangan. Nanti mak ayah akuterkejut pulak.” Cepat-cepat Jiji membalas. Boleh sakit jantung ayahnya jikaAlfezz tiba-tiba datang ke rumah dan beritahu hal yang sebenar.
“Kalau macam tu, kau sendiri yangberitahu diaorang. Apa-apa hal, esok aku nak dengar perkembangan. Kalau tak,aku pergi jumpa mereka sendiri.” Putus Alfezz sebelum mengerling ke arah Jeppyang dah memadangnya dengan pandangan tak puas hati.
“Yelah. Esok aku bagitahu.” Jijimengangguk lemah. Terasa kusut kepala dengan hal ni. Ingatkan bila dah balik kampung bolehlahbercuti dengan aman. Ni tak, tak sampai lagi sehari dah ada yang datangmengacau.
“Ingat tu, aku nak tahu perkembangan diaesok.” Laung Alfezz lalu masuk ke perut keretanya. Geng-gengnya yang lain mengekorijejak langkahnya. Seketika kereta menderum laju meninggalkn mereka berdua disitu.
Jepp cepat-cepat mendapatkan Jiji yangberjalan ke arah motornya. Dicuitnya sedikit bahu Jiji.
“Diaorang datang nak apa?” Soal Jepp padaJiji yang dah berada di atas motor. Jiji menarik nafas perlahan dan menghembuskeluar. Dia mengerling sekilas ke arah Jepp yang sedang memandangnya.
“Esok-esok lah aku cakap kat kau.Sekarang ni boleh hantar aku balik?” Pinta Jiji dengan suara perlahan. Sungguh,dia dah tak ada mood nak bercakap sekarang ni. Kepala pun dah mula serabut bilaterfikirkan hal tadi.
“Yelah. Kejap aku nak ambil motor.” Jeppberlari-lari anak ke arah motornya. Enjin dihidupkan dan menghampiri Jiji yangsedang menunggunya.






8 comments:

RinsyaRyc said...

best.. best ^^

RinsyaRyc said...

best.. best ^^

RinsyaRyc said...

best.. best ^^

Makanan Kesihatan said...

best!!! ape agknye alfez nk ngan jiji..x sbr nk tau... ^_^ ntah2 nk kawin ngn jiji..heheheh

My Baby World said...

bestttt... apa rahsianya erkkk... cepat ler sambung...

Anonymous said...

Cepat lah sambung

Anonymous said...

Nice,. .
Nama diorang pun unik2 belaka
jiji

Unknown said...

Like this story,.
Cepat2 sambung rrr
dah xsabo
hehe =)