:: My gangS :: TQVM

Saturday, September 17, 2011

Bab 7 : Sebenarnya, Saya Isterinya Dia!



Titt Titt!!

Firash tersentak apabila terasa telefon bimbit di dalam poket seluarnya berbunyi. Serentak itu, kedua-dua tangannya dilepaskan dari pegangan di bahu Syaf. Dia beranjak sedikit dari kedudukan asal namun tubuhnya masih melindungi tubuh Syaf. Dia melihat tubuh Syaf yang masih kaku di situ, mungkin masih dalam keadaan terkejut barangkali dengan tindakan yang tak terduga itu.

Apa yang dia tahu, tindakan spontannya pada Syaf sebentar tadi bukanlah dari kemahuan hatinya namun dia seakan terpanggil untuk menolong Syaf yang sudah mulai panik itu. Walaupun dia tahu tindakannya itu agak kurang sopan di khalayak ramai terutamanya pada bulan puasa seperti ini, namun hanya itu sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu.

Telefon bimbit yang berada di tangan direnung dengan kerutan di dahi. Nama mama terpamer elok di skrin telefon.

“Hello...ha ada apa ma?” Soal Firash dengan nada sedikit kuat. Cuba mengatasi bunyi bising di sekitar. Sementara itu matanya memandang seketika ke arah Syaf yang sudah berpaling ke belakang. Mungkin cuba mengesan kedudukan Fara berada kerana Fara sudah melintasi mereka ketika dia sedang memeluk Syaf tadi.

“Firash, mama lupalah nak suruh beli ayam golek.” Puan Farizah bersuara di talian.

“Ayam golek?” Firash sudah tertanya-tanya. Sejak bila mama makan ayam golek pulak ni? Rasanya mama kurang suka dengan ayam golek.

“Ha, ayam golek. Rasa macam nak makan pulak.” Sambung Puan Farizah lagi.

“Oh okey okey. Nanti Firash belikan.” Balas Firash dan mematikan talian.

Firash cuba berpusing ke belakang, cuba melihat mungkin Fara masih ada namun tiada sesiapa. Hanya pekerja Carrefour saja yang sedang memunggah barang di troli. Apabila dia berpaling ke depan, Syaf sudah tiada di situ. Ke mana pulak dia ni? Nanti nak kena singgah bazar ramadan pulak ni.

Akhirnya matanya dapat melihat Syaf di kedudukan berjarak dua meter di depan. Berdekatan dengan rak buah-buahan. Dia melihat Syaf sedang menjinjit sebungkus epal merah.

“Aku dah nak bayar ni.” Tutur Firash pada Syaf.

“Ha?”

“Aku dah nak bayar ni, nanti nak singgah bazar ramadan pulak.” Sambung Firash lagi.

“Oh, okey.”

Balas Syaf lalu meletakkan sebungkus epal merah ke dalam troli. Namun Firash hanya berdiri memandangnya tajam. Kenapa pulak ni? Dahlah suka-suka hati saja dia peluk aku tadi, nasib aje Fara tak nampak.

“Kenapa?”

Syaf menyoal cuba menyoal walau mukanya masih terasa membahang apabila bertentangan mata dengan Firash. Fikirannya masih lagi terbayang dengan perbuatan Firash tadi.Memanglah kalau buat macam tu, Fara takkan perasan sebab aku dah terlindung dengan tubuh tinggi lampai milik dia tu. Tapi kalau Fara perasan tadi, aku pulak yang tak tahu nak jawab apa. Apa yang aku tahu pasti rahsia yang selama ini tersimpan akan terbongkar.

“Tak cukup duit nanti kau bayar.” Balas Firash selamba dan menolak laju troli ke kaunter.

“Huh?” Syaf terkedu seketika. Ciss, ingat aku tak ada duit ke nak bayar?



***



“KAU NAK TUNGGU sini atau ikut sekali?” Soal Firash lalu membuka pintu kereta.

“Ha? Hurm, ikut sekalilah.” Syaf turut keluar dari perut kereta. Fikirannya mula merancang nak beli juadah apa ketika berbuka nanti. Mulanya tadi tidak terfikir juga tetapi setelah tahu yang Firash mahu singgah ke bazar ramadan, perutnya mula menginginkan macam-macam. Haishh, dugaan berpuasa!

“Okey.” Balas Firash lalu berjalan ke arah bazar ramadan yang sudah mula dipenuhi orang itu. Yelah, dah mula lepas waktu bekerja pun. Memang berpusu-pusu lah orang yang baru datang nak membeli.

Firash dan Syaf terpaksa berjalan di dalam kesesakan orang ramai yang berada di situ. Walaupun mereka tidak berjalan seiring, namun jarak mereka masih lagi dekat antara satu sama lain. Mungkin untuk mengelak daripada terpisah jauh nanti.

Syaf sudah mula rambang mata apabila melihat pelbagai juadah yang terjual di situ. Senarai makanan yang berada di kepalanya mulai bertambah. Dari hanya bercadang hendak membeli popia basah saja tadi, dia kini telah membeli laksa penang dan puding jagung.

Apabila sudah selesai dia membeli juadah pilihannya, dia melihat Firash masih lagi tercegat menunggu giliran untuk membeli ayam golek. Agak ramai juga orang yang beratur di situ untuk membeli dan kelihatan Firash sudah mula mengesat dahi. Panas kut, fikirnya.

Syaf mula menghampiri Firash dan hanya menunggu di belakangnya. Dia terdengar Firash mengeluh. Mungkin terlalu lama menunggu kut. Sementara itu, matanya memerhati kelibat manusia yang lalu lalang di hadapannya.

‘Eh ada orang jual murtabak lah pulak.’ Desis Syaf. Terasa kecur air liur. Nak beli ke tak nak? Tapi rasa macam dah banyak makanan ni, nanti tak habis pulak nak makan. Tapi kalau tak beli nanti mesti teringat-ingat pulak bila sampai kat rumah. Ni yang aku kadang tu malas nak datang bazar ni, memang rambang saja mata. Ah beli saja lah, kalau tak habis boleh makan masa sahur pulak, dia berkira-kira sendiri.

Kakinya menurut saja gerak hatinya itu. Baru sahaja kakinya sampai di gerai itu, tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang. Dia berpusing untuk melihat siapakah yang melanggarnya. Dan matanya tiba-tiba membulat.

“Mie?” Tegur Syaf dengan nada terkejut.

“ Eh Syaf. Saya ingatkan siapalah tadi.” Balas Mie dengan senyuman. Tak sangka pulak boleh jumpa Syaf kat sini. Macam kebetulan saja.

Sorrylah tadi, terlanggar awak.” Tutur Syaf.

It’s okeylah. Eh datang dengan siapa ni?” Tanya Mie. Dia menjengah sedikit ke sisi syaf tapi tiada siapa dikenalinya di situ. Kalau dia seorang saja, bolah sembang lama sikit, fikirnya sambil tersenyum.

“Ha? Err...Emm...Firash. Eh dengan Chad.” Balas Syaf sedikit gugup. Macam mana lah boleh jumpa Mie kat sini pulak? Dahlah hampir saja kantoi dengan Fara masa kat pasaraya Carrefour tadi. Aduhai.

“Oh dengan Chad ke? Mana dia?” Soal Mie lagi. Datang dengan Chad? Terlepaslah peluang nak bersembang, dahlah Chad tu macam tak suka saja aku bercakap dengan kakak sedara dia ni.

“Ada. Tengah beratur nak beli ayam golek tu kat sana.”

Syaf menudingkan jarinya ke arah Firash yang berada tidak jauh darinya. Mie menghala pandangannya ke arah Firash. Hurm, rasanya lambat lagi kut Chad kena tunggu ayam golek tu. Bolehlah sembang-sembang sekejap dengan Syaf ni dulu, fikirnya lagi.

Hurm... Saya pun tengah tunggu Fiqri ni. Pergi beli air tebu.” Jawab Mie lalu mengambil bungkusan murtabak yang dihulur dari pakcik penjual tu.

“Oh.” Syaf mengangguk. Mesti kawan serumah dia yang seorang lagi tu.

Emm, kenapa awak tak call saya? Mesej pun tak ada. Penat saya tunggu semalam.” Soalan dari Mie membuat Syaf tersentak.

“Ha? Eh...Emm..Saya lupa.” Jawab Syaf teragak-agak. Aduhai, kenapa lah boleh tanya soalan tu pulak kat sini? Aku pun dah lupa pasal tu.

“Awak tak sudi kawan dengan saya ke?” Soal Mie lagi.

Err...Tak...Bukan macam tu.” Syaf membalas lagi. Janganlah Firash nampak pulak, dahlah hari tu macam tak suka aje tengok aku bercakap dengan Mie.



~ ~ p/s : sedikit cebisan bab 7...full version nnt kt p2u...enjoy :)

1 comment:

Izzatie said...

best2..xsabar nak tunggu sambungan..(^__^)