:: My gangS :: TQVM

Thursday, June 2, 2011

Segmen Diri Sendiri 2 : Perlukan Pendapat Kamu



Segmen Diri Sendiri 2 : Perlukan Pendapat Kamu



Situasi 1 :

Kita kenal seseorang (si A) di FB ni. Disebabkan kita tak ada kawan rapat jadi kita rapatlah dengan dia. Disebabkan terlalu rapat jugak, kita berkongsi segala kisah suka duka dengan dia, rahsia peribadi (sikit-sikitlah bukan semuanya) dengan dia dan segala-galanya dengan dia sama juga dengan dia berkongsi segala-galanya dengan kita. Kita dah anggap dia macam saudara kandung kita sendiri walau pun kita belum pernah jumpa dengan dia.


Situasi 2 :

Tiba-tiba datang si B ni nak berkawan dengan kita. Kita pun berkawanlah sebab si B dan si A ni sama-sama kawan jadi kita pun tak kisahlah. Tapi apa yang peliknya si B ni suka ganggu kita. Apa yang kita buat macam si B ni tahu saja walau kita tak pernah bercerita kat dia. Satu hari, si B ni bagitahu yang dia tahu rahsia antara kita dengan si A. kita jadi pelik dan musykil sebab kita tak pernah bercakap pasal rahsia ni dengan orang lain. Kita jadi makin musykil, keliru dan macam –macam lah sebab si B selalu saja kacau kita. Bila kita tanya si A pasal si B dia cakap dia tak tahu apa-apa pun.



Situasi 3 :

Disebabkan kita telah mengalami perasaan pelik-pelik, amnesia serta keliru dan sifat ingin tahu, jadi kita pergi berjumpa pakar (pakar dalam stalk/hack FB). Jawapan yang diberikan oleh pakar amatlah mengejutkan kerana si A dan si B adalah orang yang sama. Siap tunjuk bukti lagi depan kita.



Kesimpulannya ;

Apa yang perlu kita buat sekarang?


  • A) Tanya si A kenapa dia buat macam tu kat kita.
  • B) Maafkan si A sebab dia buat macam tu sebab nak tahu ikhlas tak kita berkawan dengan dia.
  • C) Hebohkan kat wall FB pasal si A menyamar dan tipu kita (mode sakit hati)
  • D) Kita pergi serang dan belasah dia sampai mengaku ( mode geram + berdendam)
  • E) Putus kawan dan unfriend kat FB dan selama-selamanya (sanggup ke?)
  • F) Lain-lain jawapan ~ Sila nyatakan. Pendapat anda amatlah dihargai :D

7 comments:

Cik Zara said...

Salam~~

kalau kena kat zara lah..

zara tanya dia kenapa dia buat macam tu.. hmm..pastu maybe tak nak kawan agy ngn dye dah.. sebab bg zara skali dye buat mcm tu, susah nak percaya lagi ot.. tapi terpulang kepada diri awk jugak untuk menilai dia tu.. sebab awk yg berkawan dgn dia.. :)

just KD said...

ala zura,buat bodo jer la..dah naseb kite TRBERKENALAN n trjebak ngan mnusia cam tu..silap kite sndiri sbnar nye.so,sabo je lar!..

zura asyfar said...

salam cik zara : tengs cz sudi bg pendapat....zura akn pikirkn :)

just KD : hmmm...buat bodoh je eh?

Anonymous said...

kalau bg sy la..sy xtau la pndpt sy ni awk nk trima ke x..tp baik maafkn je si A 2..mgkn dia fikir yg die ni hanya tmpt untk awk luahkn prsaan smntre je..jgn slhkn die..sbb semua org msty de sifat curiga btol x??maaflah klo pndpt sy ni trlbih-lbih plk..

zura asyfar said...

anoy : thanks...maybe jugak..maybe sy kene maafkn saje dia tu...mungkin juga dia selesa luahkan ape2 masalah ngn sy...hmmm

hana sudradjat said...

tanya kenapa dan lihat rasional tak sebabnya itu.kemudian maafkan (: ini hanya pendapat. you decide.

Anonymous said...

I like it very much!