:: My gangS :: TQVM

Sunday, May 29, 2011

Sebuah Kenangan



Miqael Arshad ,Link

Terima kasih kerana sudi menerimaku di sini,

Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa di grup ini,

Terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberi,

Terima kasih kerana sudi memberi kesempatan untuk berada di sini.


Segala kenangan dan gelak ketawa akan terus kekal di ingatan,

Segala budi dan jasamu akan terus ku kenang,

Menjauhkan diri hanya untuk mencari secebis kedamaian,

Moga pengunduranku di sini membuah kebahagiaan.


Tahniah pada yang sering lemparkan tuduhan dan ugutan,

Tahniah kerana berjaya mencipta pengunduran,

Mungkin aku lemah dan takut pada kekalahan,

Namun aku tetap akan menyokong perjuangan,

Walau hanya dari kejauhan.


Teman sekalian,

Andai aku salah,

Maafkan aku,

Andai aku terkasar,

Ampunkan aku,

Sesungguhnya aku cuma insan biasa,

Tidak terlepas dari kesalahan.


Mohon ampun dari semua yang mengenali diri ini ~ Zura Asyfar Ourlove a.k.a Addy Rifqhiey Gurlz

3 comments:

noratiqah basri said...

knp ni

Shamien said...

angah dah leave ke?

just KD said...

apekehal plak ngan zura nie.