:: My gangS :: TQVM

Thursday, May 12, 2011

Kronologi Bila Facebook (FB) Tak Boleh Masuk


Kronologi Bila Facebook (FB) Tak Boleh Masuk ;





    1. Sibuk hantar mesej kat kawan-kawan yang duduk area sama. Tapi kawan pulak cakap “aku baru je nak pecahkan lappy”. Syiot je…

    2. Sibuk onkan balik PC sebab masa guna lappy tu banyak website tak boleh masuk. Padahal sama saja PC dengan lappy cuma PC tu duduk tempat tinggi maybe dia laju sikit (sekadar teori).

    3. Sibuk update status dalam twitter, harap-harap ramai yang balas. Tpi dalam masa sejam sorang je yang balas. Padahal masa tu dah pukul dua pagi ( Dah ramai yang pengsan kecuali lah jenis THE OWLS (yang suka berjaga malam).

    4. Tengah sibuk-sibuk dengan semua ni, rasa lapar la pulak sebab malam tadi makan awal. Pergi dapur untuk masak megi tapi terlebih tambah lada jarum pulak sebab banyak fikir pasal ni. Tak pepasal buang separuh megi tu ~ kan dah membazir ~

    5. Nak taip sambungan untuk novel-novel yang tegantung dalam blog tapi dapat taip satu perenggan je sebab asyik teringat kat kawan-kawan yang tengah syok chat kat grup.

    6. Buat keputusan untuk baca novel on9 je tapu baru je baca bab pertama dah boring sebab novel tak kena dengan jiwa ( layan novel ladlit ngan chicklit je, novel jiwang2 memang susah nak masuk)

    7. Nak masuk YouTube nak tengok Maharaja Lawak (rumah tak ada channel Warna) minggu ni tapi baru je masuk 12 saat dah hangin sebab line internet slow (padahal bandwitch dah limited sebab on9 tak henti2 hari-hari).

    8. Ambik keputusan untuk tidur je. Baru je letak kepala dua saat kat bantal, si baby pulak sibuk pasang Astro Ceria nak tengok siri Rupert Bear dengan Loopidoo..Grr…Sabar2..

    9. Tak pelah, tak payah tido la. Sambung baca novel yang baru je beli kat popular tapi baru je masuk pages 10, si baby pulak suruh wat susu dia ~ yang dia lompat2 tengok Rupert bear mana tak dahaga ~ Adess, dengan berkerut muka dan muncung mulut pergi jugak ke dapur…

    10. Kembali on internet selepas setengah jam off. Tapi tetap tak boleh masuk fb. Hanya blog je boleh bukak. Jenguk blog

    bff sempat lagi dia duk wat entri baru pasal ni. yang tak boleh blah dia sound lak kat blog dia “ apakah perlu call Mark Zuckberg untuk tanya pasal ni?”. ~ Serius macam nak sekeh-sekeh lelaju kalau jumpa dia saat tu.

    11. Inche asben terjaga dan tanya tengah wat apa. Hanya jawab tak ada apa-apa sambil sengih padahal dalam hati dah frust guling2 pasal ni ~ sempat lagi Inche asben pesan “ nanti esok pagi kalau terjaga awal, kejutkanla sekali sebab esok ada meeting”. Huhu..

    12. Terus tunggu lagi sampai la dekat masuk waktu Subuh. Tapi tetap tak boleh masuk jugak. Si baby pulak pantang tengok mummy dia berjaga datang dekat2 bawak botol susu ~Adess, sabar je la dengan dia ni. Sempat lagi cakap kat dia “ nanti mummy kawenkan baby ngan tokey susu eh bila dah besar”.

    13. Last-last tertido jugak sambil tangan pegang pen. Muka terlangkup atas buku nota ( masa tu tengah cari isi2 untuk sambungan novel). Bila bangun pagi Inche asben sound “ masa tengah study dulu tak adalah sampai ni sekali. Kalau la rajin macam ni nak aja rasa ajak pergi honeymoon kat Bali”. ~ Argghh, tensen2..nak je sound balik tapi bila ingat pasal respect hanya mampu gigit bibir sambil julingkan mata kat atas (nak buat tangan kat dada n mata julingkan ke atas macam pelik pulak)…Huhu..




P/S : Hal ni terjadi masa tengah on9..Tetibe je tak boleh masuk FB..Bengang la jugak so terjadi la macam2 hal seperti kat atas tu..


Tarikh Kejadian : 20/04/2011
Masa Kejadian : 2.00 am - 10.00 am
Lokasi Kejadian : Area Dungun dan Kemaman (yang diketahui sahaja)
Motif Kejadian : Tidak Diketahui











5 comments:

noratiqah basri said...

suka no 10
hahhahah..opss....sori
hihihi....gelak sopan je

noratiqah basri said...

12 pon bst gak
bb uo bape
kecik2 lg da ade perancangan nak kawen ngan sapa
mesti cute time dia ckp
^^

zura asyfar said...

noratiqah : hahahahah (join gelak sekali)..btw mmg entry ni nk wat kelakar pon..hehe..btw mmg cam sengal je kalo bff siap mentioned dlm entry dia sal kite..haha

~ bby br masuk dua taon...hehe,...dia tak ckp tp mummy dia je yg ckp cz dh bengang...takkn nk marah2 lak kn? haha....dia tak fhm pon kalo org ckp sal kawen2 ni..kalo ckp sal kartun leh la fhm..hehe

r.i.s.s. said...

hehe.. cmnie pown ada ka?tp besh la baby..ley kwen ngn tokey susu.. =)

zura asyfar said...

ekeke....ade2....haha..best ape leh kawen ngn tokey susu..dpt minum susu free ;p