:: My gangS :: TQVM

Sunday, April 24, 2011

When a Gay Fell in Love with a Tomboy - 3R








When a Gay Fell in Love with a Tomboy - 3





“Eh Raze, dah nak balik ke?”

Aku tegur Raze yang mula bangun dari sofa L-Seater tu. Tadi aku disuruh mama ke dapur untuk buat air sementara mama dengan papa nak berbincang dengan Raze. Aku yang tak tahu apa-apa tu hanya turutkan saja cakap mama.

“A.ah, dah nak balik. Lagipun dah lewat ni.”

Raze pergi bersalam dengan mama dan papa. Aku yang perhatikan dia tu hanya membuat muka pelik dan berkerut dahi. Cepatnya nak balik? Tak sampai pun lagi pukul sepuluh malam.

“Minum dulu la.” Aku pelawa Raze sambil menyusun cawan yang berisi air tea o panas kat meja kopi. Sepiring karipap sardine yang masih panas juga aku letakkan di atas meja.

“Tak apa lah Qale. Aku balik dulu. Risau jugak tinggal mummy aku sorang-sorang je kat rumah tu.”

Raze membalas pertanyaan aku sambil tersenyum nipis. Kemudian dia memandang ke arah papa dan mama.

Auntie, Uncle. Saya balik dulu lah.” Raze tersenyum dan kemudian berpusing ke arah pintu depan.

“Kirim salam kat mummy kamu Raze. Nanti esok Auntie pergi rumah kamu.”

Pesan mama pada Raze. Aku yang hanya berdiri static depan mama dan papa hanya mengekori Raze dengan ekor mata. Sebenarnya aku betul-betul pelik dengan sikap Raze malam ni. Adakah disebabkan syarat yang mama bagitahu masa aku ke dapur tadi?

“Eh Raze, tunggulah kejap.” Aku melaung nama Raze yang dah sampai ke muka pintu depan. Dia berpaling sekilas sambil memandang aku.

“Aku balik dulu lah Qale.” Raze menyarung sandal dan mula berjalan menuju kea rah pintu pagar.

“Kau ni kenapa hah? Cepat sangat nak balik. ” Aku sempat halang perjalanan Raze di tengah laman. Dia mengeluh perlahan sambil memandang aku lama.

“Qale, please lah. Aku nak balik. Kesian kat mummy aku tu.”

“Raze, dengan mama aku kau boleh tipu tapi dengan aku tak payahlah. Aku tahu yang mummy kau bukannya ada pun kat rumah. Ni mesti mama aku ada cakap yang bukan-bukan pasal syarat tu kan?”

Aku menduga dan Raze kelihatan tersentak. Lagipun aku dah maklum sangat dengan sifat mama aku tu. Selagi apa yang dia hajati tak dapat, selagi tu lah dia akan berusaha. Walau kadangkala kata-kata dia tu akan menyakiti hati orang lain.

“Emm… esok aku kerja lah Qale. Aku balik dulu.”

Raze dah kembali berjalan menuju ke pintu pagar. Aku mengeluh perlahan sambil menyebak rambut ke belakang. Aku mesti tanya mama pasal hal ni.




***





“Mama ada cakap apa-apa ke kat Raze?”

Aku menyoal mama sekembali dari berjumpa Raze kat laman. Mama hanya tersenyum pandang aku sambil mengunyah karipap sardine.Dan aku pula mula mengesyaki sesuatu dengan senyuman mama tu.

“Mama tak ada cakap apa-apa lah.”

Balas mama sambil matanya melekat pada slot drama bersiri Asmara 2 di tv.

“Betul ke ni ma? Kalau mama tak cakap apa-apa, kenapa Raze tu cepat-cepat je nak balik?

Aku tanya mama dengan penuh rasa curiga. Aku yakin sangat yang mama dah cakap sesuatu pada Raze berkenaan syarat tu. Kalau tidak, takkan perangai Raze tiba-tiba saja berubah jadi macam dingin je dengan aku.

“Mana la mama tahu. Yang kamu tanya macam-macam kat mama ni macam mama ada buat salah je?” tempelak mama. Aku hanya mengetap bibir.

“tak ada lah macam tu. Qale tanya je. Emm…apa syarat yang mama bagitau kat Raze?”

Mama memandang aku lama dan bersandar damai kat sofa. Papa pula sudah hilang entah ke mana.

“ Dua je syarat yang mama bagitau kat Raze tadi. Tak adalah banyak pun.”

Mama menjawab tenang.

“Apa syarat tu?” aku tanya dengan tidak sabar. Boleh ke Raze nak ikut syarat-syarat mama tu?

“Pertama ; majlis kawin kena buat kat hotel. Kedua; Raze kena sediakan sebuah banglo untuk kamu sebagai hadiah kawin.”

Mata aku tiba-tiba je membulat bila dengar syarat mama tu. Biar benar mama ni?

“Tapi ma, Raze tu kan baru je kerja. Mana lah dia ada duit nak beli banglo bagai ni.”

Aku mula tak senang duduk bila dengar syarat-syarat mama tu. Patutla muka Raze keruh semacam je tadi sebelum balik. Kalau aku ada kat tempat dia pun, aku boleh pening jugak.

“Pandai-pandailah dia tu. Lagipun siapa suruh kamu bercinta dengan Raze?”

Jawab mama seolah-olah menyindir saja ‘hubungan’ aku dengan Raze. Aku terdiam sekejap.

“Tapi ma, mana lah sempat nak kumpul duit nak……”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Ni kira mudah je syarat yang mama bagi. Kalau Raze tak boleh tunaikan syarat ni, hujung bulan ni kamu kawin dengan Azrel je lah.”

Tak sempat aku nak habiskan cakap aku, mama dah menyampuk. Aku memicit dahi tanda aku dah mula pening dengan sikap materialistik mama ni. Apakah tidak cukup lagi dengan apa yang telah papa sediakan untuk kami sekarang ni? Perlukah majlis kahwin di buat kat hotel bagai? Macam dah nampak sangat sikap mama yang suka menunjuk-nunjuk tu.

“tak apa lah ma, Qale naik dulu. Dah mengantuk ni.”

Aku berjalan lemah menuju ke tangga. Meninggalkan mama yang masih lagi ada di ruang tamu.

“Qale tak nak tau ke syarat mama untuk kamu?”

Jerit mama pada aku yang telah menjejak kaki di dua anak tangga. Aku menoleh sekejap ke arah mama.

“Esok-esok je lah ma. Selamat malam.”

Aku terus mendaki tangga menuju ke tingkat atas tanpa perasaan. Apa yang kau pelu buat sekarang ni? Batalkan saja plan aku ni atau pergi berbincang dengan Raze?




***




Aku berjalan laju menuju ke arah Burger King. Seketika, aku mengerling sekilas jam di tangan. Haila, dah lambat ni. Janji dengan Raze tadi pukul satu, ni dah nak masuk pukul satu setengah dah. Tahulah waktu ni waktu rehat, boleh sesak pulak jalan tadi.

Tengah hari tadi aku paksa diri call Raze sebab nak berjumpa dengan dia. Sebenarnya aku kalau boleh tak nak kacau je dia yang tengah bekerja tapi aku dah tak sabar-sabar nak berbincang dengan dia pasal hal ni. Duduk kat rumah tadi pun, serba tak kena je.

Dari kejauhan dah nampak Raze yang tengah duduk di meja yang memuatkan dua orang di hujung restoran. Dia yang lengkap berbaju kemeja berjalur biru dengan seluar slack hitam tu aku renung lama-lama. Macam bersalah je pulak sebab libatkan Raze dalam hal aku ni.

“Raze.” Aku sapa dia sebelum duduk kat kerusi kat depan dia. Dia yang tengah membuka balutan burger tu sekilas memandang aku sambil tersenyum. Dah ok ke dia ni?

“Duduklah Qale. Lama gila aku tunggu kau.”

Sorryla, jalan jammed tadi.”

Aku membetulakn kedudukan dan memandang sekeliling. Boleh tahan sesak jugak Burger King ni waktu-waktu macam ni. Nasiblah Raze datang awal, kalau tak terpaksa jumpa kat tempat lain je lah.

“So, kau ok?” Aku tanya Raze.

“Aku ok je, kau jangan risaulah.”

Dia jawab sambil menyuap kentang goreng ke mulut. Aku pandang dia tak berkelip. Betul ke ni dah ok atau sengaja buat-buat ok je depan aku? Tapi bila perasan yang dia kurang bercakap tu memang tanda-tanda dia tak ok.

“Tak payah tipu lah Raze. Aku bukannya baru kenal kau hari ni. Dah bertahun pun.”

Aku menyindir sambil merampas kentang greng yang baru dia suakan ke mulut. Telan kentang goreng pun nampak macam terpaksa je. Memang nampak sangat tertekan dengan hal ni.

“Seriusly Qale, aku tak dapat nak tolong kau. Aku tak mampu nak ikut syarat-syarat mama kau tu.”

Akhirnya Raze meluahkan apa yang dia rasa. Memang aku dah boleh agak pun pasal ni, sebab tu lah aku ajak berjumpa dekat luar. Kalau jumpa kat rumah, mana lah tahu ada yang akan pasang telinga.

“Tak apa lah Raze. Nak buat macam mana, berat sangat syarat mama aku tu.”

Aku menyandarkan diri kat kerusi. Raze pandang aku lama.

“Sorry Qale.”

“No worry la buddy.”

Aku tersenyum pahit. Nampaknya aku terpaksa ikut cakap mama, kahwin dengan Azrel tu. Haishh.

“So, apa kau nak buat sekarang?”

Raze tanya aku. Aku mengeluh perlahan dan mengerutkan kening. Sebenarnya aku tak terfikir lagi macam mana nak behadapan dengan Azrel tu. Dengar namanya saja pun dah buat aku menyampah. Macam mana lah hidup aku kalau kahwin dengan dia tu?

“Tengokla nanti macam mana. Aku kena pergi jumpa dia dulu.”

Balas aku sambil berdiri. Terasa lapar la pulak bila tengok Whopper Raze yang ada kat meja tu.

“Kau nak pergi mana tu?”

Soal Raze sambil berkerut dahi. Aku hanya tersengih.

“Pergi beli makanan la, lapar lah pulak tengok kau makan.”

“Eh Qale, biar aku je beli. Hari ni aku belanja kau. Kau tunggu je sini ok?”

Raze bangun dan suruh aku duduk.

“Yelah-yelah. Cepat, aku dah lapar ni.”

Raze sempat gosok rambut aku sebelum melangkah pergi ke kaunter. Aku mengeluh kasar. Terkilan lah jugak bila Raze tak dapat tolong aku.





p/s : Sorry all lama tak update blog n cerita2 kat sini…bz ngn editing manuskrip..Hope enjoy this entry :)

10 comments:

atikah said...

wah..dah lama tunggu.x sbr nak tunggu smbgannya pula.;)

just KD said...

..aher nye,de gak en3...xpe2,kta tggu.smbg lg ye..

fadilahtamin said...

sayaaaaang akak!!!hehehe...
n raze juga....
kak nak lagi!!!
lom smpt lps rindoo nie..hehehe..
=)

aiscream cokolat said...

ahahaha...setelah lame menanti...
nk lagii writer. da lpe skit cite sal ap...kne refresh blik ni. harus harus...n gudluck 4 ur manuskrip~

Acik Lana said...

hehe..gud luck zura! citer ini pon best bangat.. i like!

zura asyfar said...

atikah : tq cz sabar tgu :)

just KD : hehe..thanks :D

fadilah : syg kamoo jugak..hehe..akan try smbung lg scepat mungkin :)

asikrim cokelat : hehe...cz lame sgt tak upload sbb tu ramai yg dh lupe..thanks anyway :)

acik : tqvm acik :D

sAkEeNa said...

it's been long keena xhapdet blog..n tiba2 jumpa n3 ni...wah!!!!rasa smngt nk bt n3 baru..ekekeke

zura asyfar said...

keena : hehe..menaikkan semangt anda yer utk wat n3 baru? bgus2, teruskan..hehe...kite pon dh lame gak tak updated blog ni..bz sket :)

.:kiwi:. said...

amboi... nak banglo sejibik! eh, slh.. sebijik... klu xsuka tu ckp ajelah xsuka.. ni bg syarat cm aish~ sabo ajelah...

sis... maaflah ye... bru ari ni dpt bukak n bce... sungguh sy tak dapat on9 skali pun mggu lps.. adeh~

zura asyfar said...

kiwi : tu ar...kesian diorg tu...haishh...

~ owh cm tu..sis pn nnt 0ff9 kot sebulan :'(