:: My gangS :: TQVM

Sunday, March 6, 2011

Aku Perempuan Itu-2





Aku Perempuan Itu -2





Tangannya ditongkat kepada dinding di hadapannya sambil sesekali dia memejamkan mata yang terasa berat itu. Bauan minuman keras yang hampir memuntahkan sesiapa sahaja yang dekat dengannya langsung dipedulikan. Dalam kepalanya cuma satu, ingin tidur dalam keadaan selesa tanpa sebarang gangguan. Dua orang lelaki yang bertubuh tegap dan sasa setia berdiri di sampingnya. Seorang lagi sedang menekan loceng kondo mewah itu.

Amaliya yang tertidur di sofa L-Shape itu statik terbangun apabila telinganya menangkap bunyi loceng yang bersahutan dari luar. Matanya mengerling sekilas jam dinding yang terdapat di ruang tamu. Dia mengeluh perlahan dan membetulkan sedikit rambutya yang kusut. Dengan pakaian tidur yang hampir menampakkan susuk tubuhnya, dia bergerak ke arah pintu. Dia dah dapat agak siapa yang datang kalau dah pukul tiga pagi macam ni.

Amaliya tersentak bila pintu yang baru sahaja dibukanya, di tolak kuat dari luar. Hampir melayang keluar jantungnya bila melihat gerangan yang terus memasuki rumahnya itu. Seorang lelaki menjaga pintu dengan mengawalnya supaya pintu itu tidak tertutup. Dua orang lagi sedang memapah masuk Rifqh yang sedang di ambang kemabukan yang terlampau. Rifqh yang mula meracau-racau seperti kena sampuk membuatkan hati Amaliya sedikit bergetar.

“nak lagi sayang, tak puas sayang”

Rifqh mula meraba-raba muka Amaliya yang bersih dari sebarang jerawat itu. Amaliya mula merasa sedikit malu bila Rifqh mengucup berkali-kali pipinya yang gebu itu. Dengan bauan minuman keras yang kuat menusuk hidung, Amaliya hampir termuntah namun dia perlu bertahan. Tiga lelaki yang menjaga Rifhq itu sedia di sisi Rifqh. Amaliya tahu yang tiga lelaki ni pengawal peribadi Rifqh atau lebih dikenali dengan bodyguard Rifqh. Ke mana sahaja Rifqh berada, penagwal peribadinya tak pernah lekang dari dirinya. Amaliya sememangnya tahuu yang Rifqh merupakan orang terpenting dalam syarikatnya itu, sebab itulah pergerakannya sentiasa dikawal rapi.

Rifqh seakan sudah hilang kawalan ke atas fikirannya bila memeluk tubuh Amaliya yang bersalut gown tidur yang tipis itu. Nafsunya mula menjadi-jadi dan dia tidak segan silu mengucup bibir Amaliya berkali-kali sehingga gadis itu serba salah. Amaliya kalau boleh tak nak perlakuan Rifqh padanya ditonton oleh orang lain. Biarla hanya mereka berdua sahaja yang tau.

“kami pergi dulu”

Ucap lelaki yang memakai kaca hitam dan berparut di dahi tu. Dia memadang sekilas bosnya yang sudah tenggelam di dalam lautan nafsu tu. Amaliya sekadar hanya dapat mengangguk perlahan sahaja. Dia tak dapat nak menutup pintu atau berkata apa-apa kerana tubuh Rifqh sudah memeluknya tubuhnya erat. Rifqh seolah-olah telah hilang rasa mabuknya bila berjumpa Amaliya. Didakap dan dicium tubuh gadis itu sebanyak mungkin sehingga gadis itu terasa lemas.

Amaliya hanya mampu memejamkan mata sahajabila tangan Rifqh rakus mula membuka satu-persatu butang gown tidurnya itu. Rifqh dengan selamba membaringkan tubuh langsing Amaliya ke atas sofa tanpa menghiraukan keadaan ruang tamu yang masih terang disinari cahaya lampu itu.









Rifqh terjaga dari lenanya bila mendengar bunyi bising dari ruang dapur. Dia mendengus perlahan sambil memicit-micit kepala yang terasa sedikit pening. Dikerlingnya jam dinding yang baru menginjak pukul sepuluh pagi. Memandangkan hari ni hari minggu, jadi dia tidak perlu bangun tergesa-gesa untuk pergi ke ofis.

Tubuhnya yang sasa itu hanya separuh ditutupi comforter dan otaknya cuba mengingati apa yang telah terjadi semalam. Sepatutnya dia kena menjemput Amaliya selepas pukul lapan malam, namun tiba-tiba pelanggannya yang dari Jepun itu datang mengejut tiba-tiba menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasrat menjemput Amaliya.

Mr. Shirochi yang pernah menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat milik Rifqh mempelawa dia untuk berhibur sementelah dia lama tidak datang ke Malaysia. Dengan langkah kaki yang berat, Rifqh terpaksa setuju dengan pelawaan Mr. Shirochi memandangkan kontraknya dengan lelaki Jepun tersebut masih berlangsung. Dia tidak mahu disebabkan hal yang remeh itu akan menjejaskan tanggapan lelaki Jepun itu terhadap syarikatnya. Dia kalau boleh mahu empayar syarikatnya meluas sehingga ke negeri matahari terbit itu.

Setelah puas melayani Mr. Shirochi di kelab malam yang terkenal itu, Rifqh akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke kondo Amaliya sahaja. Lagipun dia perlukan seseorang untuk melayaninya kerana dia merasakan dirinya sudah terlalu mabuk semalam. Pengawal peribadinya hanya menurut tanpa kata bila dia mennyuarakan arahannya itu.

Rifqh bangun dari baringannya dan duduk bersandar di sofa mewah itu. Hidungnya yang terbau sesuatu yang menyelerakan membuatkan perutnya tiba-tiba terasa lapar. Pantas dia mengutip boxermaster bedroom itu. Dia perlu membersihkan diri yang terasa melekit. yang dipakainya dan terus disarung ke tubuhnya. Kakinya cepat melangkah ke bilik air yang ada di dalam

Lima belas minit berlalu, Rifqh sudah siap berpakaian. Tshirt Polo Ralph Lauren tersarung kemas ditubuhnya yang sasa itu. Dia sekadar berseluar paras lutut sahaja jika di rumah.

Bila keluar dari bilik itu, matanya cepat menangkap batang tubuh Amaliya yang sedang sedikit membelakanginya. Amaliya yang sedang menghidang sarapan dia atas meja makan direnung lama. Amaliya sekadar menyediakan sedikit sandwich dengan jus oren sahaja kerana lelaki itu tidak berapa gemar mengambil makanan berat untuk sarapan.

Perlahan-lahan Rifqh berjalan mendekati Amaliya yang tidak sedar dengan kehadiran Rifqh. Bila gadis itu berpaling, tubuh Rifqh betul-betul berada tidak sampai dua inci dari tubuhnya. Matanya sedikit membulat kerana terkejut dengan kehadiran Rifqh yang tiba-tiba itu.

Mata Rifqh sempat memandang wajah Amaliya sebelum gadis itu merenung ke lantai. Dia tahu gadis itu tidak berani bertentang mata dengannya. Di angkat sedikit dagu gadis itu dan secepat kilat bibirnya menjamah bibir merah milik Amaliya. Diusap-usap rambut gadis itu sebelum dia mengambil tempat di kerusi.

Amaliya langsung tidak memandang wajah Rifqh. Jantungnya seolah-olah bergetar hebat dengan perlakuan Rifqh tadi. Dengan tangan yang sedikit menggeletar, dia cepat-cepat menuangkan jus oren ke dalam gelas.

“malam ni kau kena ikut aku keluar”

Amaliya yang sedang terpacak berdiri di sisi Rifqh mengangkat sedikit mukanya. Dia hairan kerana tiba-tiba sahaja Rifqh mengajak dia keluar. Seingatnya, ini kali pertama Rifqh mengajak dia keluar kerana kebiasaannya lelaki itu sering mengingatkannya supaya tidak sesekali meninggalkan rumah. Rifqh bimbang jika kehadiran Amaliya di dalam hidupnya disedari oleh musuh-musuhnya di luar itu.

“baik tuan”

Amaliya terus bersetuju tanpa sempat dia berfikir panjang. Siapa la dia untuk membantah kata-kata Rifqh itu. Dia sedar Rifqh punya kuasa dan punya segalanya sedangkan dia hanya ‘menumpang’ di sisi hidup lelaki tersebut. Ibarat melukut di tepi gantang, bila-bila sahaja dia berisiko untuk dibuang jika khidmatnya tidak diperlukan lagi.

“pakai baju yang aku beli hari tu”

Sambung Rifqh lagi sambil mengunyah baki sandwich yang masih bersisa di mulutnya. Amaliya sekadar mengangguk perlahan dan masih berterusan berdiri tegak di sisi ‘tuannnya’ itu.










Malam menjelma dan Rifqh sudah siap berpakaian serba hitam. Dengan jaket yang kulit dan rambut yang dipacak-pacakkan, dia kelihatan seperti seorang model lelaki terkenal. Namun tidak seorang pun yang tahu di pinganggnya itu tersisip Walther P99 yang baru dibelinya sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun sudah mempunyai pengawal peribadi, senjata itu juga perlu untuk langkah keselamatan.

Amaliya pula sedang membetulkan rambutnya di depan meja solek. Walaupun hanya bersolek tipis, ia tetap menyerlahkan kecantikannya. Rambutnya yang sedikit ikal hanya dilepaskan dan dipakai cekak rambut yang berwarna merah. Sedondon dengan tube dress berwarna merah darah yang melekap di tubuh langsingnya itu. Sebenarnya dia sedikit segan bila berpakaian seperti itu kerana sepanjang dua puluh dua tahun hidupnya di dunia ini, dia tidak pernah sesekali berpakaian seseksi begitu. Tube dress off shoulder yang menampakkan bahu dan sedikit pangkal dada itu direnung lama biasannya dalam cermin. Memang nampak seksi ditambah lagi tube dress itu hanya separas peha. Memang ternyata jelas menampakkan pehanya yang putih gebu itu. Dia menggigit bibir perlahan.

Rifqh melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni Amaliya. Matanya membulat dan jantungnya berkocak hebat. Dia tidak pernah lagi melihat Amaliya dalam keadaan berpakaian macam sekarang. Dia meneguk liur. Gelora nafsunya tiba-tiba memuncak namun dia cuba mengawal diri dari mengapa-apakan Amaliya kerana dia tidak mahu terlambat untuk temujanjinya nanti.

Amaliya yang sedar dirinya diperhatikan cepat-cepat melangkah ke luar dari bilik itu. Dia sekadar memerhatikan Rifqh yang sedang merenung tajam ke arahnya dengan ekor mata. Tanpa sedar tangan Rifqh memaut pinggangnya yang langsing itu. Automatik langkahnya terhenti. Dia memejamkan mata dan menarik nafas perlahan.

“nanti bila sampai ikut je cakap aku”

Rifqh membisik lembut kata-kata itu di telinga Amaliya. Amaliya mengangguk dan serantak itu pinggangnya di tarik Rifqh menuju ke pintu kondo.










Perjalanan yang memakan masa setengah jam itu sedikit meresahkan hati Amaliya. Dia terasa seperti ada sesutu yang tak baik akan terjadi. Untuk bertanya pada Rifqh, dia tidak berani. Lelaki itu kelihatan tenang je semasa memandu kereta. Seolah-olah tiada masalah langsung.

Sampai di tempat yang dijanjikan, Amaliya merasakan peluh mula memercik ke dahinya. Aneh, ini kawasan pelabuhan. Kenapa Rifqh membawa dia ke sini? Mindanya mula terfikir perkara yang bukan-bukan apabila melihat kereta-kereta mewah yang tersadai di situ.

Rifqh membuka pintu kereta Porche Carerra nya dan bersandar di badan kereta. Matanya menyorot ke arah Amaliya yang kelihatan takut-takut untuk keluar. Dia tersenyum nipis.

Seminit kemudian kereta Aplhard Alcantra tiba dan diparking elok bersebelahan dengan kereta Porche milik Rifqh. Tiga orang pengawal peribadi Rifqh keluar. Rifqh bercakap-cakap sesuatu yang Amaliya tidak mendengar butir bicaranya. Tiga orang peribadinya masuk kembali ke kereta. Rifqh berjalan menghampiri Amaliya yang baru sahaja membuka pintu kereta.

Rifqh menarik tangan Amaliya dan memeluk pinggang gadis itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah hujung pelabuhan. Amaliya yang memakai high heel itu sedikit kekok untuk berjalan di sisi Rifqh. Sesekali tubuhnya sedikit menggigil bila angin di pelabuhan itu bertiup deras.

“bro, dah lama sampai?”

Tiba-tiba sahaja Rifqh disapa mesra oleh Jay merangkap kawan baik kepada Rifqh. Mereka saling bersalaman dan memeluk bahu antara satu sama lain. Menunjukkan mereka sanagt rapat dan akrab. Mata Jay tak lepas-lepas memandang tubuh seksi Amaliya yang terdedah itu. Dia tersenyum dan mindanya mula merangka-rangka sesuatu yang orang lain tidak ketahui.

“baru je. So mana yang lain?”

Rifqh membalas pertanyaan Jay dan matanya melilau mancari kelibat kawannya yang lain.

“ada, hujung sana tu”

Jay menjuihkan bibirnya ke arah pantai yang terselindung di hujung pelabuhan itu. Kemudian matanya kembali ke arah Amaliya. Amaliya mulai resah bila direnung sebegitu oleh Jay.

“so, this is Amaliya?”

Jay menjungkitkan keningnya seraya tangan kanannya dihulurkan kepada Amaliya. Amaliya sedikit teragak-agak untuk menyambut huluran tangan Jay tapi bila mengenangkan kata-kata Rifqh tadi, dia tetap menyambutnya dengan muka yang sedikit kelat. Jay tersenyum manis pada Amaliya sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

“yup. This is Amaliya. Satisfied huh?”

Rifqh sedikit ketawa bila melihat tangan Jay yang masih menggenggam erat tangan gadis itu. Muka Amaliya sudah kelihatan sedikit merah walaupun tempat itu hanya disinari bias-bias cahaya sportlight dari lampu pelabuhan.

“hmm..Pretty well. Hope she’s mine”

Jay masih merenung wajah Amaliya yang sudah tertunduk memandang ke bawah. Rifqh melepaskan tangannya di pinggang gadis itu.

“hey, she’s mine ok”

Rifqh membulatkan sedikit matanya ke arah Jay yang sudah tersengih.

“aku tau la dia ‘milik’ kau. Bestfriend pun nak berkira”

Jay tergelak.

“yelah-yelah. Aku dah tak berkira ni tapi kau ‘pakai’ elok-elok, jangan bagi scratch sket pun sebab aku nak ‘pakai’ lama lagi”

Rifqh membuat muka seolah-olah serius dengan kata-katanya. Jay sedikit ketawa. Amaliya tersentak bila mendengar kata-kata Rifqh itu. Seingatnya dia hanya perlu melayan Rifqh, tak tau pulak malam ni dia akan menjadi ‘milik’ Jay.

“don’t worry bro, aku akan layan dia baik-baik”

“gud then. Jomla pergi sana”

Rifqh menepuk bahu Jay dan menolak sedikit tubuh Amaliya ke arah Jay. Amaliya mula menggigit bibir menahan sebak. Sampai hati Rifqh sanggup membiarkan dirinya melayan Jay.

Cepat je tangan Jay memeluk pinggang Amaliya. Amaliya terasa nafasnya mula tersekat di dada bila bibir Jay melekap lembut di bahunya.

Kemudian, mereka bertiga berjalan seiringan ke arah pantai yang sedikit terselindung itu.









Apabila mereka bertiga tiba, suasana sedikit riuh-rendah. Ada yang tengah berbarbeque dan ada pasangan yang sedang menguliti pasangan masing-masing. Seolah-olah tiada lagi rasa malu antara mereka. Beberapa buah khemah dipasang berhampiran dengan unggun api yang sedang menyala.

Amaliya meneguk liur. Rifqh sudah menghampiri kelompok lelaki yang tengah bersembang itu sedangkan dirinya masih di sisi Jay. Dia mengerling tangan Jay yang tengah melekap elok di pinggangnya. Jay kelihatan tersenyum memandang mereka yang lain.

“nak minum or nak makan apa-apa?”

Lembut suara Jay bertanya pada Amaliya. Dia tahu gadis itu sedikit tidak selesa dengannya. Dan dia tahu juga mata Amaliya dari tadi tak lepas-lepas memandang Rifqh yang tengah berpelukan dengan perempuan lain. Hatinya sedikit tercabar. Takkanla Amaliya mempunyai apa-apa perasaan terhadap Rifqh?

“err..Takpe la..Saya tak haus lagi”

Perlahan je Amaliya menjawab soalan Jay. Hatinya sedikit dipalu bila melihat Rifqh yang tengah memeluk dan mencium perempuan yang tak jauh dari hadapannya.

“ok. kite duk sana la”

Jay menarik tangan Amaliya ke arah suatu tempat yang sedikit terlindung. Kaki Amaliya seakan berat untuk melangkah meninggalkan tempat yang riuh itu. Dia tahu Jay mahukan privasi dengannya.

Mereka berdua duduk di atas batu besar yang terdapat di tepi pantai. Bayu laut menampar lembut tubuh Amaliya yang terdedah. Jay merenung lembut wajah Amaliya yang sedang merenung ombak laut.

“ U suka Rifqh ke?”

Tanya Jay pada Amaliya. Sepantas kilat Amaliya memandang ke arah Jay. Bibir lelaki itu tersenyum manis. Amaliya tidak tahu hendak menjawab bagaimana soalan Jay itu. Dia keliru dengan dirinya sekarang. Walaupun dia baru je mengenali lelaki tersebut, dia seakan dapat merasakan lelaki itu dapat menggetarkan hatinya tidak seperti Shahryzal kekasihnya dulu.

“err..ntahla”

Itu sahaja jawapan yang dapat diberikan pada Jay. Jay pula bertambah lebar senyumannya bila mendengar jawapan yang terbit dari bibir Amaliya.

“kalau macam tu, I ada peluangla ni?”

Jay mengjungkitkan sedikit keningnya memandang Amaliya. Dia seakan tidak sabar menunggu jawapan dari gadis tersebut. Walaupun dia tahu Amaliya milik Rifqh, namun dia tetap berasakan dia tetap ada peluang kalau Rifqh sudah tidak berminat mahu menyimpan gadis itu lagi.

Lagipun dia tahu perangai Rifqh tu macam mana kerana dia dari sekolah rendah lagi mereka berkawan baik. Rifqh susah hendak setia pada seorang perempuan kerana dia masih berdendam dengan kekasih lamanya yang curang dengan lelaki lain. Sejak itu, Rifqh hanya menganggap perempuan sekadar tempat persingahannya sahaja.

“emm..I rasa haus la”

Amaliya cuba mengelak pertanyaan Jay. Dia tidak mahu lelaki itu tahu akan perasaannya sekarang. Jay sedikit mengeluh. Tangannya pantas mencapai tangan Amaliya kerana gadis itu sudah berdiri.

“U tak boleh lari dari I malam ni Amaliya”

Sedikit tegas suara Jay menampar ke telinga Amaliya. Jay mula berdiri dan merenung Amaliya tajam. Amaliya meneguk liur. Tidak disangka pulak tiba-tiba Jay bersikap macam ni. Tadi macam ok je masa tengah bercakap dengannya.

“I..”

Tidak sempat Amaliya membalas kata-kata Jay, tubuhnya sudah dipeluk erat oleh Jay. Kemas sehingga Amaliya sukar untuk bergerak. Dari kejauhan Rifqh menunjukkan sign ‘thumbs up’ pada Jay.




P/s : adult contents




29 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hehhhh.. apa rifqh ni.
ingat amaliya tu bola ke?
guna sorang dahlah.
bagi kat member pe pasal?
harap2 si ray ni tak jadi buat apa2 kat amaliya.
berperikemanusiaan sikit.
next2.

Shamien said...

i wanna kill rifqh! Leh x? Amaliya tu pun satu, gilakan harta sangat ye?

zura asyfar said...

zatie : hope jay tu baik kan..hehe

awin : boleh je..amik revolver tembak dia..
~ amaliya gilakan harta??

keSENGALan teserlah.. said...

betul2.harap si jay tu baekk.. member sendiri punye pon nak gna. choy betul.

awin, aku rasa si amaliya ni bkn gilakan harta lah. macam ada something yang si rifqh ni dh buat yang membuatkan amaliya terhutang budi. tp dgn body2 skali dye gadai.hahahaa.

zura asyfar said...

zatie : u so terer la..hehe..pandai je teka..berape kilo mkn kismis hr2 nih? :D

.:kiwi:. said...

yo mamat, perempuan bukan barangla nk ditukar² hak milik. ish, sungguh aku nak bunuh je laki mcm ni. xgune hidup...
Amaliya, tegas la. daku yg rse tak sggup utk dia..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
korro suffian said...

eeeii... menggeramkan sgt2!!!! nak ku tembak kepala rifqh tu dgn m16.. biar hancuss berderai...
ingat maruah amaliya tu boleh dilambung-lambung sesuka hati kew??.... nyesal kau nanti....

zura asyfar said...

kiwi : betul tu..bunuh je dia...

anony : dh letak td tp zura sendiri takleh bukak blog kalau wat cm tu..huhu

k.sufian : rifqh akan menyesal..jgn bimbg..

ayuna said...

ala, xmo la amaliya kena dgn jay, sian amaliya..dahlah bkn hubungan yg halal dgn si rifqh ni, ckup la kena layan die sorg je, nmo la kena layan jay plk,,dosa2.
rifqh akan nyesal one day nti, xsaba nak tengok time tu,,sambung lagi pleasss,

zura asyfar said...

ayuna:i agreed with u..
~ rifqh mmg akan menyesal tp lmbt lg la cz br epi dua :)
~ sambung? ok :)

Anonymous said...

sis!!

please jgn kc jay 'guna' amaliya~~

xmo la cetu...

t ilang mood nk bc klo heroinnye bertukar2 pasangan...


biar la liya ley larikan diri dr jay,...

please jgn jd cam nvl aku bkn mistress yg kwn bek sndiri 'mkn' gf kwn..

xmo!!!

zura asyfar said...

anony :

ok2..sis takkan wat cm tu la..cume this epi nk tgk cmne komen readers je buat part tu..hehe

Anonymous said...

syg sis byk!!!
hehehe....

smp bile2 pon biarlah...
rifqh satu2nye tok amaliya~~~

hana_aniz said...

serius sgt harap jay itu baik. mmm..

cik writer, sambung cepat2!

zura asyfar said...

anony : hehe..ok2 dlm cite ni akan ade satu je hero yg baik...

hana : jay baik?hmmm...

Anonymous said...

kalo la si rifqh 2 sggp bg amaliya kt jay!
komfem die akn jd hero plg dibenci!
eee.. geram tol ngan laki yang mempergunakn perempuan cam si rifqh ni..

sis.. akan ade 1 je hero yg baik?
adakah rifqh bkn hero?

zura asyfar said...

anoy : betul2..agreed with u...

~ yela, mesti akan ada hero yg baik kn?hehe...
~ rifqh bukan hero? tak tau lg :P

Fatin Aqilah said...

k.z,tol2 HOT n3 ni!!!cayala!!!
ish,nk je tumbuk2 muka rifqh tu...nk uji liya tu biarla pada2..liya pn satu,klu thutg budi sklipn pd rifqh, xkn xleh pkir baik & bruk kot??haiya....

Anonymous said...

-Linda-

Kenapa cerita ni ada iras2 cerita Aku Bukan Mistress? Jalan cerita lebih kurang cuma olahan ayat berbeza.

Apapun good luck writer sebab cerita ini best jugak.

Acik Lana said...

Zuraaaa!! I love it! Tapi apakah Rifqh tu jahat giler. Huh rasa nk tampo laju2 laaaa.

Hehe. Neway I like!

Anonymous said...

mmg de iras2 ABM skit2...
xspecially bile part Jay nkkn gf kwn die sndiri..

but lam ABM,heronye x men pas2 gf sendiri..

stupid nye rifqh...
rase nk tikam laju2 jer... *EMO*

Dr.LoVe said...

jgn lah Amaliya kena layan kawan Rifqh lak...mintak2 jgn berlaku kejadian macam tu...x sukalah...
Zura, cerita anda ni mmg best giler...x sabar nak tunggu post 3....jgn lambat2 ya.....

zura asyfar said...

fa10 : HOT tu memg panas..hehe
~ ade la cite disebaliknye tu :)

linda : mmg ade kot iras2 sket,pe2 pn tq sebab suka :)

acik : jahat agaknya rifqh tu, sebab tu boleh pass2 amaliya kt kwn dia..tq cz suke :D

anony : cite ni lain sket kot :D
~ tikam je rifqh tu..hehe

dr.love : agredd with u...
~neway tq cz suke cite ni..sbr yer tgu next entry :)

itu_aku +_^ said...

what the fish
jantan mcm ni pun ada
pompuan ni pun bodoh gler
perlu ke jd mcm ni..
tlg la sudahkn cite ni cpt
myampah gler ngan rifq ni
hope jay tu acah je lbih

zura asyfar said...

itu_aku

~ ade..ni kisah realiti yg dubah sket :)
~ amaliya jd cm tu bersebab..
~ baru je epi dua..hehe
~ ramai benci rifqh :(
~ hope so jay tu acah je :)

syahnas said...

ingat pompuan nie kereta ke
nak tukar2 sesuka hati
then ckp x nak ade scratch
block head men

zura asyfar said...

syahnas : agreed with u.. :)

lee jee joong said...

Wah sesedap rasa je jay