:: My gangS :: TQVM

Wednesday, March 16, 2011

MY LITTLE SHARK – END – Part-2




MY LITTLE SHARK – END – Part-2




Aku tersenyum sendirian bila keluar dari dewan peperiksaan tu. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku jawab soalan final exam yang betul-betul mencabar minda tu. Memang susah gila la soalan semester ni, nasibla sempat buat soalan spot yang Syiffa bagi tu semalam. Harap-harap dapat la four flat untuk semester ni.

Aku berjalan menuju ke arah tandas yang berada di luar dewan tu. Bila kandungan dah cecah sembilan bulan ni, aku asyik kerap ke tandas je. Sabar je la aku ni. Orang tua-tua ada cakap, kalau kita asyik kerap ke tandas masa tengah mengandung, maknanya rambut baby yang akan lahir tu nanti lebat. Tak tau la betul ke tak semua tu.

Hmm, harap-harap Syiffa dah tunggu aku kat depan nanti, bukan apa dah malas rasa nak berjalan pergi ke tempat parking. Dahla jauh gila tempat parking dengan dewan periksa. Dengan perut yang dah macam belon ni, memang rasa dah tak larat nak jalan jauh-jauh.

“awak Qashrynna kan?”

Tiba-tiba je ada seorang perempuan yang tegur aku. Macam pernah jumpa je dia tapi aku tak ingat. Lagipun dia pakai tudung and baju kurung kapas segala. Memang tak ingat langsung pun.

“a’ah. Err..Sape ni?”

Aku ukir senyum. Dia hulurkan tangan nak bersalam dengan aku. Jadi aku tak banyak cakap terus salam dengan dia.

“saya Nur Nadia. Ex-classmate Shaheem”

“hmm Nadia?”

Aku kerut kening. Oh baru aku ingat. Nadia, perempuan yang Ayeem bercakap kat cafe hari tu. Yang tiba-tiba je aku marah dia tak tentu pasal. Aku tersenyum, tak pasal-pasal jeles dengan Ayeem hari tu.

“a’ah Nadia. Shaheem dah ok?”

Dia tanya aku lagi. Maknanya dia tahu la Ayeem cedera kena tembak hari tu? Rasanya dia tak ada datang pun lawat Ayeem kat hospital. Tapi dah namanya kawan sekelas, mesti berita tersebar. Lagipun Syahmi pun dah tahu pasal semua ni.

“emm..Dah ok dah. Tengah rest kat rumah”

“owh cam tu..Bagusla.. Anyway nanti kirim salam kat dia eh? Dah lama tak jumpa lepas grad. Lagi satu, alang-alang jumpa ni nak ajak korang pergi majlis tunang Nadia next week

Dia senyum lagi. Dah nak bertunang rupanya.

“okla. By the way, saya takleh janji la kami akan pergi sebab anytime je perut ni akan meletup”

Aku gosok-gosok perut yang makin membulat tu. Nadia tergelak sama dengan aku.

“kalau cam tu, lepas bersalin nanti jangan lupa bagitau k”

“ok”

“hmm, kalau cam tu saya gerak dulu la. Mesti adik saya dah tertunggu-tunggu tu sebab dah janji nak ambik dia tadi”

Aku tengok je Nadia keluar dari tandas dan menuju ke arah pintu dewan periksa. Tengah-tengah aku usha si Nadia tu, handset aku berbunyi. Tengok-tengok mama call dari nombor rumah. Apahal pulak ni?

“hello ma, kenapa call Qash ni? Ada apa-apa hal ke?”

Laju je aku tanya mama. Yela, bimbang jugak sebab kat rumah tu tinggal mama dengan Ayeem je.

Cerita pasal Ayeem ni, perangai dia dah makin okla sikit berbanding dengan mula-mula keluar hospital hari tu. Yela, tiba-tiba je jadi sensitif pelik je, kalah pulak aku yang tengah mengandung ni. Tapi tak tau la kalau perangai dia tu sebab aku yang mengandung. Apa orang cakap pembawakan budak, entahla.

Lagi satu, dia macam tak ingat part yang kitaorang kahwin tu. Yang dia ingat kisah kitaorang masa sekolah dulu. Anyway, aku pun sedih jugak masa tu. Tapi dia ingat masa aku tengah jadi girlfriend dia hari tu. Kelakar la jugak bila dia tanya, kenapa aku mengandung? Aku dengan dia dah terlanjur ke? Aku nak tak nak terpaksa la cerita dari awal yang kitaorang dah kahwin. Tu pun mula-mula dia tak percaya jugak, lepas tunjuk gambar kahwin and sijil nikah baru percaya. Sebab tu dia asyik belek album gambar kahwin je lepas keluar dari hopsital.

Papa ada jugak tanya dengan pakar, dia cakap maybe Ayeem hilang ingatan untuk sementara waktu je atau temporaray lost. Doktor tu cakap maybe kepala dia ada terhantuk kat benda keras masa dia jatuh tu. Aku pun tak ingat sebab dah kalut sangat masa Ayeem terbaring kaku lepas kena tembak tu. Aku pun pengsan sekejap lepas terjatuh kat tangga jeti tu hari tu. Sedar-sedar pun dah ada kat hospital.

Masa sebulan lepas di keluar dari hopsital, Ayeem pun dia macam takut-takut je nak keluar rumah. Asyik terperap je dalam bilik seharian. Ada jugak sekali tu dia mengamuk bila Abang Ariz tegur dia, dia memang tak kenal langsung abang Ariz tu. Tapi tak boleh salahkan Ayeem jugak sebab diaorang berdua berjumpa pertama kali pun masa umur dah masuk dua puluh. Kira dah dua puluh tahun terpisah sejak lahir. Sebab abang Ariz tu sayang sangat kat Ayeem, dia sanggup tinggal dengan kitaorang hampir dua bulan sebelum balik Singapura dengan Kak Zara.

Ayeem jugak tak boleh tengok langsung cerita ada orang tembak-tembak macam siri CSI tu padahal dulu dia yang minat sangat cerita-cerita macam tu. Mesti dia akan pegang kepala sambil menjerit cakap sakit. Memang trauma la tu, aku pun dah tak boleh tengok jugak sebab teringat-ingat je kejadian Ayeem kena tembak hari tu. Maybe keadaan Ayeem lebih teruk kot sebab dia sendiri yang kena tembak.

Bulan ketiga lepas tu, Ayeem dah mula ingat sikit-sikit. Tu pun ingat masa dia pergi sekolah asrama penuh tu je. Eham pun ada jugak datang melawat kadang-kadang bila ada waktu lapang. Dia dah jarang ada kat sini sebab kena handle projek kat Sarawak. Kalau datang pun, tolong cerita balik kisah-kisah mereka berdua kat sekolah dulu. Anyway, aku pun banyak terhutang budi kat Eham ni. Tak sangka la pulak dengan perangai dia masa mula-mula jumpa kat kelab hari tu. Ingatkan dia ni jenis spesis buaya ke apa.

Ayeem pun dah mula nak keluar dari rumah, tapi yang paling jauh pergi pun duduk dekat laman je. Asyik tengok je pokok-pokok bunga mama yang tengah berkembang tu. Yang pelik, dia langsung tak ingat kat kereta kesayangan dia tu. Yela, biasa pagi-pagi mesti jenguk kereta dia tu dulu lepas bangun tidur. Tapi aku dengan Ayeem still tak tidur satu bilik, kira jadi macam sebelum aku berbaik dengan dia dulu la. Lagipun kes lafaz cerai Ayeem kat aku tu tak settle lagi walau dah turun naik mahkamah. Yela, dia tak ingat susah jugak tu nak settle benda tu. Diaorang cakap kena tunggu Ayeem ingat betul-betul baru la boleh settle betul-betul. Tapi mengikut kaunselor perkahwinan yang aku jumpa, maybe lafaz cerai tu tak sah sebab masa tu Ayeem kena paksa siap kena ugut lagi.

“Qash, Ayeem tak nak makan ni”

Tiba-tiba je suara mama menusuk masuk ke gegendang telinga aku. Haish, boleh pulak terberangan depan pintu tandas ni.

“hah? Owh kejap, Qash pun dah nak balik ni”

Aku pandang handset lama sebelum matikan talian. Haishh, buat perangai apa la pulak Ayeem ni? Rasanya sebulan ni perangai dia dah ok pun. Petang-petang pun sibuk je ajak aku pergi taman sekarang ni.










Aku turun dari kereta Suzuki Swift Syiffa dan melangkah masuk ke rumah. Kandungan dah masuk sembilan bulan ni dah tak boleh drive lagi, yela dah tak berapa nak muat nak masuk kat seat driver tu. Papa pun tak galakkkan sangat aku drive kereta. Ayeem pulak tak berapa berani lagi nak drive kereta jauh-jauh, setakat taman belakang rumah tu boleh la.

Aku jenguk ke ruang tamu rumah tapi macam tak ada orang pun. Maybe mama ada dalam bilik dia kot. Aku berjalan mendaki tangga ke tingkat atas. Beg yang tersangkut kat bahu aku letak kat ruang tamu atas sebelum menuju ke bilik Ayeem.

Tombol pintu aku pulas perlahan, tapi kenapa aku tak nampak kelibat Ayeem pun. Ah sudah, dia pergi mana pulak ni?

Aku terjenguk-jenguk ke arah sliding door yang terbuka dan mata aku tertangkap kelibat Ayeem yang tengah berdiri di beranda. Hmm, berangan apa la petang-petang macam ni?

“Ayeem”

Aku peluk bahu dia dari belakang. Dia yang tengah berdiri menghadap ke halaman rumah tu berpusing tengok aku. Sejuring senyuman dari bibirnya ditayang. Tangannya aku kucup perlahan.

“mama cakap Ayeem tak nak makan, kenapa?”

Aku renung wajah Ayeem yang sedikit pucat tu lama. Pucat sebab dah jarang-jarang keluar rumah. Rambutnya yang sudah menutup mata tu aku elus dengan jari. Dah panjang sangat pun rambut dia ni, yang belakang tu dah cecah bahu pun. Dah boleh ikat tocang dah.

“tunggu Qash. Nak suruh suapkan”

Jawabnya perlahan. Aku tersenyum. Alahai, manjanya suami aku sekarang ni. Sampai makan pun nak bersuap segala. Haila, janganla anak aku nanti macam terlebih ni. Susah pulak nanti kalau nak kena tinggal.

“owh, ingatkan apa la. Dah jom turun makan”

Aku tarik tangan dia dan kitaorang beriringan turun ke tingkat bawah.











“best kan lepak kat sini?”

Aku tanya Ayeem yang tengah jilat aiskrim tu. Macam comel je dia buat gaya macam tu. Aku tersenyum sendiri.

“a’ah best. Tenang je”

Ayeem jawab sambil berjalan menuju ke buaian. Tempat yang biasa aku lepak dengan dia masa kitaorang sekolah dulu. Biasanya lepas je waktu habis sekolah, mesti kitaorang duduk kat sini. Kira macam dating jugak la. Hehe..

“Qash, tolak la”

Ayeem dah suruh aku tolak buai tu. Eh sabar je la dengan dia ni. Dah macam budak—budak pun ada gayanya.

“yelah-yelah”

Aku bangun dari kerusi batu dan menuju ke buaian. Tiba-tiba aku rasa kaki aku tersepak sesuatu yang keras je kat tanah.

“makk”

Aku sedikit terjerit sebelum terasa tubuh aku melayang. Aku pejamkan mata. Habisla kalau jatuh mesti boleh terberanak jugak aku kat sini hari ni. Tapi bila aku bukak mata, aku rasa aku tubuh aku dipaut seseorang.

“Ayeem”

Aku panggil nama dia dan yang paling aku terkejut sebelah tangan Ayeem sempat pegang pinggang aku dari jatuh. Dan sebelah tangan dia tengah pegang kepala yang terkena tiang buaian tu.

Aku betulkan balik kedudukan aku dan segera beralih ke arah Ayeem. Dia kelihatan menggosok-gosok kepalanya yang terhantuk. Matanya berkelip-kelip pandang aku. Tangannya mengusap dadanya yang baru je sembuh tu. Kenapa ni?

“Qashrynna Zarqa, my lovely wife

Aku dengar Ayeem sebut nama aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan. Dah lama aku tak dengar dia sebut nama penuh aku macam tu. Dia dah betul-betul ingat ke?

“Ayeem, ok tak ni?”

Dia bangun dan berdiri menghadap aku. Aku masih lagi tunggu tindakan dia yang seterusnya.

“Qash”

Dia panggil aku.

“i’m here”

Aku senyum dan jawab dengan pandangan berkaca. Air mata aku menitik perlahan-lahan.

“i miss u so much sayang”

“i miss u too”

Tiba-tiba je Ayeem datang peluk aku. Ya Allah, Ayeem betul-betul dah ingat ke? Kalau macam tu, aku bersyukur sangat. Tak sangka dengan kejadian tadi membuatkan ingatan dia kembali pulih.











Alhamdulillah semuanya dah settle. Kes lafaz cerai aku tu pun dah settle sebab Ayeem dah ingat balik. Memang betul la cakap kaunselor tu yang lafaz cerai tu tak sah sebab dibuat dalam keadaan paksaan dan ugutan.

Aku merenung ke arah langit malam yang mempunyai beribu bintang. Tiba-tiba terasa ada tangan memeluk pinggang akku dari belakang. Aku senyum.

“sayang nak tau satu benda tak?”

Ayeem tanya aku selepas aku berpusing menghadap dia.

“benda apa ni?”

Aku tanya balik kat Ayeem. Macam ada perkara serius je nak cakap kat aku.

“hari yang abang suruh sayang pergi pantai tu, abang nak buat kejutan tau”

Ayeem senyum. Teringat pulak kejadian yang aku kena pakai dress segala pergi pantai tu. Tapi nasib aku tak baik sebab tiba-tiba je kena culik dengan Erny. Cakap pasal Erny, sekarang ni dia ada kat hopsital sakit jiwa. Memang psiko la perempuan tu. Seram je bila ingatkan balik.

“kejutan ape?”

Aku tanya dengan nada tak sabar. Nak tau jugak ni kejutan apa la yang dia nak bagi.

“hmm, takkan sayang tak ingat our first anniversary?”

Ayeem jungkit kening pandang aku. Aku tergaru-garu sedikit kepala. Macam mana la boleh lupa pulak? Tapi aku betul-betul lupa masa tu. Dengan kejadian Ayeem yang menghilangkan diri lagi, memang aku tak ingat langsung.

sorryla, Qash memang lupa”

Aku tersengih-sengih depan Ayeem. Aku tengok muka Ayeem sedikit kelat. Haila, jangan la buat perangai merajuk pulak. Rasa susah sangat kalau nak pujuk lelaki.

“nak merajuk la cam ni”

Ayeem buat muncung. Aku nak tergelak tapi sempat tahan. Comel je buat muka macam tu. Rasa nak cubit-cubit je.

“sorry la abang. Qash mintak maaf k”

Aku tarik tangan Ayeem dah mengucupnya penuh kasih. Kedua-dua belah pipinya aku cium.

“ok but untuk next year takde immunity tau”

“yelah-yelah”

Aku tersenyum pandang Ayeem. Insya Allah aku dah takkan lupa hari anniversary kitaorang walau kejadian hari tu akan diingat sampai bila-bila.













booties tak cukup lagi la”

Aku tertunduk sedikit membelek-belek booties yang tersusun dalam butik Mothercare tu. Ayeem pulak sibuk membelek-belek dress untuk babygirl kat depan aku. Aku letak tiga peket booties dalam troli dan berjalan pergi kat Ayeem.

“eh apsal ambik dress pulak?”

Aku kerut kening pulak bila tengok selamba je Ayeem letak dua tiga helai dress dalam troli. Dia ni lupa ke yang aku mengandung babyboy bukannya babygirl.

“entahla tapi abang rasa kita akan dapat babygirl je”

Ayeem tersenyum-senyum. Eh dia ni, dah terang-terang pun masa pergi ultrasound bulan lepas, doktor kat klinik panel tu cakap yang aku mengandung baby boys.

“hmm, ikut suka abang la. Bukan sayang yang bayar pun”

Aku berjalan menuju ke kaunter. Ayeem mengekori aku dari belakang. Aku perasan dia tersengih sambil buat tanda ‘peace’ bila aku jeling dia.











“sayang, stop-stop

Tiba-tiba je Ayeem tarik tangan aku masa lalu kat depan Parkson tu. Apasal pulak yang tiba-tiba kena stop pulak ni? Nasib la tak ada orang sangat masa ni, kalau tak, tak pasal-pasal je boleh berlanggar dengan orang lain kalau tiba-tiba je stop kat tengah-tengah alam ni.

“kenapa?”

Aku jungkit kening pandang Ayeem bila perasan mata Ayeem tak lepas-lepas pandang ke arah satu sudut dalam Parkson tu. Dengan mata yang bercahaya macam tu, buat aku curious je. Ada perempuan cun ke kat situ?

“jom”

Ayeem tarik tangan aku ke dalam Parkson. Ayeem pegang tangan aku sambil tangan sebelah lagi menolak troli yang dah penuh dengan barang dan baju-baju baby. Haila, balik rumah nanti ada yang kena mengurut la kaki ni, ni pun dah rasa lenguh-lenguh pun. Tapi elok je berjalan banyak untuk orang mengandung ni nanti senang untuk proses kelahiran.

sporty gila”

Ayeem cakap dengan nada teruja. Mata aku terarah pada benda yang Ayeem tengah pegang tu. Lorrh, stroller baby rupanya. Aku ingatkan apa la.

“kita beli yang ni eh?”

Dia tunjuk satu stroller berkembar dua yang kaler merah hitam tu. Aku akui memang sporty gila stroller tu tapi bila aku tengok harga, mak ai dah boleh beli skuter pun sebuah. Dah nama pun brand Mc Laren.

“mahalla, cari yang lain je. Nanti pakai pun sekejap je”

Mata aku tertoleh pada stroller yang kat sebelah aku kaler biru. Yang ni kira ok la sket berbanding yang Ayeem tengok tu. Harga pun baru cecah seribu lebih.

“tak nak. Nak yang ni jugak”

Ayeem dah panggil penjaga yang jaga tempat stroller tu. Haishh dia ni, sabar je la. Yang penjaga tu pulak senyum je la sebab ada orang nak beli barang dia.

“Ayeem”

Aku bulat mata panggil nama dia. Ni ada yang nak kena marah kejap lagi ni.

“yes Madam? Any problem?”

Dia tersengih pandang aku. Aku dah bulat mata pandang dia.

“dia ni kan rugi je nanti beli yang mahal-mahal”

“rugi apa nya yang? Ni untuk baby-baby akan datang jugak”

Selamba je ayat yang keluar dari mulut Ayeem. Di a dah kenyit mata pandang aku.

“eh-eh ingat kita ni apa la, suka-suki je request. Yang ni pun tak terkeluar lagi”

Aku mencubit sedikit lengan dia.

“sakitla yang. Ganas betul sayang ni”

Ayeem tersengih. Aku mencebik. Sedikit geram dengan perangai dia yang suka mengusik tu. Apa pun aku bersyukur yang perangai dia dah kembali macam dulu.






*******************************************







Aku pusing kiri tak kena pusing kanan pun tak kena. Rasa macam sakit je kat bahagian pinggang. Takkan dah tiba waktu nak bersalin kot? Rasanya ada seminggu lagi sebelum due.

Aku pusing tengok Ayeem yang masih lena kat sebelah aku. Tengok jam kat atas meja baru masuk pukul lima pagi. Awal lagi ni.

“abang”

Aku panggil Ayeem dengan gerakkan sedikit lengan dia. Tapi dia tak bergerak sedikit pun. Lena gila tidur ni.

“abang”

Aku panggil dengan nada yang sedikit kuat. Harap-harap dengarla. Kalau tak, ada je yang kena curah air ni kejap lagi.

“abang, orang dah nak bersalin ni”

Aku menjerit sedikit. Ayeem terpisat-pisat bangun sambil menggosok mata. Dia pandang aku tak berkelip. Mungkin cuba mencerna apa yang aku bagitau tadi tu.

“kenapa ni?”

Ayeem tutup mulut tahan menguap.

“cepatla, orang dah sakit ni”

Aku bangun dan bergerak menuju ke tandas. Rasanya sempat lagi aku cuci muka and gosok gigi. Nak mandi pun, rasa macam awal je lagi.

Aku berselisih dengan Ayeem masa keluar dari bilik air. Ingatkan dia dah sambung tidur balik tadi. Aku kembali ke katil dengan perasaan yang pelik. Tadi rasa macam sakit ni macam dah hilang pulak. Main-main la pulak perut ni.

Ayeem tengok aku pelik masa dia keluar dari bilik air. Yela, aku siap terbaring macam nak sambung tidur pulak gayanya. Tapi serius aku memang tak rasa sakit dah. Baby ni pun main-main dengan mummy dia pagi-pagi macam ni.

“kata tadi sakit?”

“entah, dah hilang kot”

Aku tarik selimut dan pejam mata. Rasanya aku tertidur sekejap lepas tu. Bila aku dah sedar tu, tengok Ayeem dah siap pun solat Subuh. Aku pun pergi la masuk balik bilik air untuk ambil wudhuk.











“kita patah balik boleh tak?”

Aku pandang Ayeem yang tengah drive kereta tu. Tadi lepas solat Subuh, sakit kat pinggang tu datang balik. Ni pun dah naik ke perut pulak. Mula-mula tadi sakit kat depan je sikit-sikit.

“apsal pulak ni nak patah balik?”

Ayeem kerut kening pandang aku. Sekejap-sekejap aku pandang Ayeem, lepas tu pegang perut.

“kena makan dulu la sebelum bersalin, nanti tak ada tenaga la”

Aku jawab soalan Ayeem tu dengan tenang. Rasa sakit pun makin kerap tapi entah kenapa aku rasa tak berdebar or takut pun. Maybe sebab dah lama sangat tunggu saat ni kot.

“hmm, kita singgah kat mana-mana je la”

Ayeem ambil keputusan untuk singgah kat restoran berdekatan dengan hospital. Aku pesan nasi lemak je, tu pun tak habis nak makan sebab perut rasa kadang-kadang kejang berselang seli sakit. Hanya Ayeem je yang berselera makan, lagipun aku dah pesan nanti dia tak boleh makan lagi sebab kena tunggu aku lama nanti kat hospital.

Bila sampai hospital tu, tak ramai lagi orang sebab maybe sebab pagi lagi kot. Atau sebab jarang orang bersalin awal-awal pagi macam aku?












“dah 5cm ni, terus masuk labour room je la”

Aku dengar nurse yang check aku tu pesan. Aku just angguk kepala dan berjalan masuk ke labour room. Nurse tu macam pelik tengok aku yang berjalan lenggang kangkung pergi masuk labour room. Yela, biasanya orang lain mesti dah sakit sampai tak boleh berjalan dah kalau masa ni, tapi aku tetap relax je.

Aku ambil handset dan terus call Ayeem yang ada kat luar. Tadi dia pergi ambil barang-barang baby yang perlu dibawa ke hospital.

“dah kena masuk labour room ni. Nak masuk ke tak?”

Staff nurse yang ada kat situ suruh aku tukar baju pink yang besar gedabak tu. Sabar je la. Aku pun terus baring atas bed yang ada kat labour room tu.

“jap-jap. Nak masuk la ni”

Aku matikan talian dan merenung ke setiap ceruk labour room tu. Mak ai, banyak nya peralatan semua. Tiba-tiba rasa macam kecut perut pulak. Perut yang sedikit memulas tu aku pegang dengan tangan.

“takde keluar air atau darah ke?”

Tiba-tiba je staff-nurse tu tanya aku. Aku senyum je. Rasanya tak ada pun semua tu. Cuma perut je yang terasa sedikit memulas.

“takde la pulak”

Aku jawab jujur. Tengok staff-nurse tu dah keluarkan jarum dan sebeg air. Nak cucuk IV drip jugak ke?

“takpela, saya terpaksa pecahkan air ketuban awak”

“what?”

Aku ternganga bila staff-nurse tu cakap macam tu. Masa tu la Ayeem datang. Aku dah bulat mata bila tengok staff-nurse tu ambil alat yang macam satu batang plastik panjang duduk depan aku. Dia senyum je kat aku.

Aku pegang tangan Ayeem sampai Ayeem terjerit. Dia gosok kepala aku sambil baca sesuatu. Dan perut aku terus je makin sakit bila air ketuban tu dipecahkan.











Beberapa jam selepas tu.........




“thanks sayang untuk semua ni. Sayang ok?”

Ayeem tanya aku lepas letak babyboy tu. Tak sangka pulak betul cakap-cakap Ayeem hari tu. Walaupun dah scan tu nampak lelaki tapi bila keluar dapat sepasang. Kira ultrasound tak boleh percaya seratus peratus la.

“ok je”

Aku mengangguk lemah dan mengalih pandangan ke kiri. Seorang berbalut kain pink dan seorang berbalut kain biru. Aku tersenyum sendiri. Comel je tengok diaorang tidur.

“Alhamdulillah semua dah selamat”

Ayeem mengucup dahi aku. Lepas tu mama dengan papa masuk ke bilik. Aku tengok diaorang tersenyum gembira.

“betulla cakap mama hari tu, tahun ni kita dapatla cucu kan papanya?”

Mama mencuit papa yang tengah mengusik babyboy aku tu.

“a’ah. Betulla tu. Dapat sepasang lagi”

“hmm, korang dah decide nama?”

Mama tanya aku dengan Ayeem. Aku saling berpandangan sesama sendiri. Nama baby? Rasanya aku dah cari nama tu cuma nama untuk babygirl je tak cari. Tapi tak kisahla sebab sekarang ni nak cari nama untuk anak just search internet je.

“eh lupa la”

Tiba-tiba Ayeem menjawab. Aku dah buat muka blur.

“eh budak ni. Ada pulak boleh lupa nak cari nama anak”

Mama dah mula membebel. Aku hanya tersengih.

“bukan lupa nak cari ma, lupa nak bawak kertas tu. Lagipun nama tu panjang sangat la mama”

Ayeem dah tergelak. Sabar je la aku dengan perangai dia ni. Boleh je kenakan mama kat sini. Papa pun dah turut ketawa.





MY LITTLE SHARK –TAMAT

* berakhirla kisah MLS ni..fuhh lega gila bila dah siap..untuk yang follow dari awal citer ni, tenkiu banyak2 zura ucapkan..untuk komen2 dan kritikan yg membina, zura terima seadanya..tak tau plak ramai yang follow citer ni sebab rase citer biase2 je..pasal cite ni jugak, follower zura dah makin bertambah, traffic pun makin meningkat..anyway sorry utk segala kekurangan yg ada dlm citer ni, part-part cerai tu dh research pun dulu..part bersalin tu maybe pelik utk korang tp zura taip ikut pngalaman sndiri je, hehe..Luv U all :D

47 comments:

amira aihara said...

owh bru thu pngalmn berslin yg sbenarnya...heheh cite nie mmg best la sis...thumps up...heee

Hany Nafisya said...

bestnya dapat anak kembar.. sepasang pulak tu ;p

zura asyfar addy rifqhiey said...

amira: hehe..tu ikut pengalaman sis la..lain org lain pengalaman..hehe..anyway tenkiu :)

hany : best kan..hehe

S. said...

sis zura: veeeerrryyyy cccuuuuunnnnn!!!!nnti buat spesel N3 k! Pastu sambung DYLM, Donut, ngan API!!!I demand ni!!hahaha

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Sgt suka! Yay! Semuanya happy!

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : huh? pitam kejap...mmg demand ni..haha

moon : heppy ending :)

Zass said...

hehehe... hahaha... tekaan i betullah... ayeem kena temporaray amnesia...
tq kak zura...aku memang puashati sgt2 ngan ending nie.... terasa rindu pulak ngan MLS ni nanti.. takpe.. nanti i'll follow API but ada adult contents pulak.... nasep baik aku dah dikira adults... dah layak untuk baca.. kih3!!!
anyway!!! congrtulations kak zura atas karya awak yg mantopsss gitu!!!!

zura asyfar addy rifqhiey said...

k.s : hehe..mmg awak je yg teka pasal ayeem..mmg pjg la this last entry cz masuk 15pages..
~kalo rindu jenguk2 la blog ni..hehe
~pasal cite API tu kene wat research dulu sblm post cz cite tu berat sket..hehe..ala bebudak tak cukup umur pon ade jugak bace citer tu tp jgn ikut sudahla :)

~ btw..tenkiu utk pujian tu :D

liyana said...

ayeeeemmmmm...qaassshhhhhh..n babiesss
huhuhuhuhuhuhuhuhu..
i'll miss u all..
MLS tatap mnjadi pujaan hatiku.. ^__^

sis zura..de SE kan..;)
i lap u..so u kene wat SE 2..
~ngee
btw..sokong awin..
after ni nak cite len plak..
*___*

zura asyfar addy rifqhiey said...

yana : i mizz them too...

~SE? ade2..tp kene pk dulu la nk wat pasal ape..hehe
~cite lain ? akn smbung tp tak tau yg mana dulu :)

si.tudung.ungu said...

Sis Zura~! hee :)
nseb bek Ayeem igt blk. sbb siyes rse pelik je ble dia jd sensitif gtu.. congrats dh abis... suka sgt cter ni.. hehe.. jgn lupa buat SE tau! peace (^_^)V

zura asyfar addy rifqhiey said...

Kiwi : hehe..kena la ingat balik nnt jd tak betul plak :P....tenkiu sebab suka citer ni...SE ade :)

WITHOUT A SOUND said...

yehhh happy ending!!!
tq sbb bg penamat yg best ^^

zura asyfar addy rifqhiey said...

W.A.S : hehe..ofkos kene heppy ending, nnt ade readers yg mengamuk lak..hehe :)

keSENGALan teserlah.. said...

yeayy. happy ending.
=D

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie : :D

yana aryana said...

suke sgt2 cite ni.....comelnye mereka...hehehehe....thanks zura tuk cite y best...!!!!

Anonymous said...

wahhhhhhhhhh..best2..akak x nk buat buku ke??akak tulis best!!..hehe

btw kak, nape kt page akak, akak x buat episode yg ad kt tepi2 2...
nnti nk ulang bace srnang sket if ad episode2 2..huhu..
btw congrte kak!

tiekqa fhea said...

best gile! haha. comel sangat!

Kakak Gengster said...

yeay, dh habis :) tp cm tk puas nk bc lg la
kak zura. gee. klaka la ayeem tu, sempat lg
dia nk buat lawak. bole pula lupa nama anak
en. hailaa dia ni >_< best la story ni. err
sy dh promosi dh dkt fs nd novel sy :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

yana aryana : tenkiu bebanyak cz suke cite ni..hehe

anonymous : haha..setakat ni takde plak org offer sis nk publish novel...hehe..anyway tenkiu :)

~ sis dh letak kt tepi list novel sis yg ade..just klik je kt link dia :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

tieqhafhea : hehe..tenkiu :D

farah : tenkiu2...tak puas bace? sis akn buat special entry utk cite ni nnt..tgu yer :)

~anyway tenkiu sebab promote novel ni kt ur frends :D

Anonymous said...

hai sis,,best first time bce n3 kt blog sis..smlm abis bce second e-novl smpi ending..ptg td bce third pye smpi ep11..n now nk bce first e-novel pye lak..hehe..kalo dh start bce mst nk abskn trus..xblh tlps rse mc rugi je..:)

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : hehe..kira marathon la..neway tenkiu bebanyak cz sudi bc novel2 kt sini :D

Fahimah Mahayuddin said...

Zura, I Like your nevels so much!! Novel2 zura buat semua best2..heheheheh.Congrtaz! And thank's a lot sebab publish karya2 Zura dkt blog ni..saya hari2 tunggu update novel2 Zura tau...Good job!

zura asyfar addy rifqhiey said...
This comment has been removed by the author.
zura asyfar addy rifqhiey said...

eiymah@fatin: tenkiu byk2 cz suke novel2 kat sini..hehe...zura mmg akn pblish dlm dua blog je novel2 ni semua setakat ni...hehe..btw thanks again :D

Anor said...

tahnia zura diatas cerita MLS yg menarik ni...
tak ada buat special n3 ke utk MLS ni?.
nanti cerita2 yg lain cepatlah post n3 baru ye...
kerna semuanya menarik

zura asyfar addy rifqhiey said...

anor : thanks..ade SE utk MLS ni..tgu yer..
~utk cite lain zura try post entry baru secepat mungkin :)

Anonymous said...

wow!!!! best.. hahahhaa.. memang hapening r.. hehehe x sabo nak tunggu SE dia hahahaha.. jgn lama2 tau :)

love amie

zura asyfar addy rifqhiey said...

anoy : tenkiu2..happening ke?hehe..SE dia ade tgh pk2 name utk ank2 diaorg n idea..hehe

Unknown said...

suker sgt sbb hepi ending!
cuak jugak time Qash nk deliver ...
tgh tggu next entry for A.P.I
nice work ... =)

zura asyfar addy rifqhiey said...

miyako : hehe..cuak ke? biase2 je tuh...btw setiap org punye exprience sendiri dlm deliver nih..

~ untuk n3 api tgh bekerja keras cz sis letak lam p2u jugak..hehe...tq anyway cz sudi bace citer ni :D

Liyana Nina said...

best giler cite neyh.. hehe tak boleh request sambungan ke?

Anonymous said...

yg s.e kat link 2 ada x???

zura asyfar addy rifqhiey said...

nurul ; thanks...ingt mmg nk wat smbungan tp asyik bz jer...hehe...

nabila ; takde dear..sorry..tp ingt mmg nk wat SE..

Fifieyqa said...

Terbaik la kak zura...best sgt citer ni...smpai sy buat marathon baca sebab x sabar nak tau ending...btw I'm waiting f0r SE...h0pe dpt p0st cepat2..ehehe

miss maruko said...

orang biaser buat maraton movie...tapi hari ni jer saya buat maraton novel..huhuhu..akak cepat2 lah siapkan sume novel2 akak..tau..

zura asyfar addy rifqhiey said...

misz fifieqa : thank you so much..ramai plak yg buat marathon novel ni..hehe...ni my 2nd novel lepas why me...SE ? adess....bile lah dpt wat ni....ape2 pn..insyaAllah:)

chibi : masing2 punye hobi snediri kan? sis pun cm tu gak..suke marathon novel..hehe...novel2 lain? insyaAllah..slow2 hehe :)

Chipss29 said...

salam kak, citer ni memang best!
lambat skit follow, hehe.
mase baca part ayeem nk pi UK tuh, mata dah start berair dah, terlebih feeling kott, hehehehe.
pastu masa ayeem suh die pi tepi pantai, saya dah fkir dah, kalau saya la jadi qash, saya tanak pergi, hati saya dah naek gile ngn ayeem yg cam maen tarik tali, hehehe.
apa pun congratsss, citer ni memang bestt!!! :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Chipss29


hehehe...thanks sudi bace..hehe..mmg terlebih feeling tu...pdhal ayeem just nk uji jer cinta dia kt qash....btw thanks again :D

nurul said...

haha..bagus,ilmiah jugak baca,lehtau pasal hal-hal perempuan ni -p

Aida Sherry said...

salam..... baru je baca cite..... serius cakap... memang superb.... macam2 rasa ada.... funny...marah... geram... sakit hati...dll... congratz....best sangat...

salina (Ina) said...

kena hantuk baru ingat rupanya... haha... apa pun memnag besssttt.... cayalah.. memang beesstt... TQ menghiburkan, menyentuh perasan, penuh kasih sayang, memang menarik perhatian...

zura asyfar addy rifqhiey said...

nurul : hehe...tQ sudi bace :D

aida : hehe..Tq sudi bace..lmbt pn takpe :)

salina : tQ sudi bace...my 2nd novel ni bnyk lg yg kena betulkan :)

Unknown said...

best giler laA citer nih...thumbs up to zura gud luck sis...

Suraya said...

Besttttt :)