:: My gangS :: TQVM

Friday, March 4, 2011

My Little Shark 20.2




My Little Shark-20.2 – full version











“apsal kau datang sini?”

Ayeem yang tadi tersenyum manis memandang aku sudah bertukar wajah menjadi serius. Aku tersentak. Aku ingatkan yang Ayeem akan happy dengan kedatangan aku kat sini. Tak tau pulak yang dia masih lagi dengan perangai dia yang heartless tu. Dia tak tau ke yang aku hampir bunuh diri bila tau dia dah pergi US?

“err...S-saya datang nak jumpa awakla”

Aku menjawab tergagap. Dia memandang aku tajam dan berpeluk tubuh.

“siapa suruh kau datang? Aku tak suruh pun kan?”

Tanyanya lagi. Ayeem, janganla cakap macam tu kat aku. Susah payah aku datang sini cari kau dengan Eham tapi ni yang aku dapat lepas jumpa kau. Air mata aku hampir menitik bila dengar kata-kata kasar dari mulut Ayeem tu.

“saya...”

“kau suka la kan aku tak pergi UK? Sebab tu kau datang sini kan?”

Ayeem sudah turun menghampiri aku yang ada kat atas beranda tu. Dekat je tubuh dia dengan tubuh aku.

“err..T-tak bukan macam tu, saya..”

“atau kau datang sini sebab tak puas lagi dengan ‘layanan’ aku kat kau? Aku tak kisah hal tu, anytime je aku on

Aku tengok Ayeem sudah tersenyum gatal. Dia mula memegang kemas tangan aku.

follow me

Ayeem mula menarik tangan aku ke dalam rumah comel tu. Aku yang terkejut dengan perbuatannya, refleks mengeraskan diri di beranda tu.

“apsal pulak tak nak masuk pulak? Kau nak aku dukung kau ke?”

Ayeem tanya aku bila dia perasan aku tak bergerak-gerak kat situ. Aku mengggeleng-gelengkan kepala tanda tak nak.

“s-saya pregnant, mana boleh wat cam tu”

Aku menjawab jujur. Harap-harap dengan jawapan yang aku bagi kat Ayeem tu membuatkan dia bersimpati dengan aku.

“ada aku kesah ngan semua tu?”

Balas Ayeem angkuh. Aku membulatkan mata tanda terkejut. Dia ni betul-betul dah tak ada perasaan ke? Aku mengandung anak-anak dia bukannya anak orang lain pun.

“aku kan suami kau. Apa yang aku nak mesti dapat”

Tiba-tiba je tangan Ayeem memeluk tubuh aku serentak dengan mengangkat aku masuk ke dalam rumah. Pintu yang terbuka tu di tutup dengan kakinya.

“Ayeem”

Aku dah tak tau nak buat apa-apa hanya sedikit menjerit memanggil namanya. Kalau aku meronta-ronta kan takut aku jatuh pulak kat sini. Tak pasal-pasal je nanti effect pulak kat kandungan aku tu.

“shut up atau aku akan buat lebih teruk dari ni”

Ayeem menggugut aku. Aku yang takut dengan ugutan dia tu terus je mendiamkan diri dan statik tak bergerak. Dia membawa aku ke salah satu bilik yang berada kat situ.

Dia meletakkan aku kat atas katil di bilik tu. Aku yang dalam posisi terbaring tu terus je duduk. Tak sempat lagi aku berdiri, Ayeem dah bagi isyarat suruh aku baring kat situ. Aku tak dapat berkata apa-apa terus je berbaring semula.

Dia membuka tshirtnya dan terus baring sebelah aku. Aku terus memejamkan mata bila dia mula peluk aku.














Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku perhatikan kat sekeliling bilik. Ni bukan rumah aku ni? Baru je aku teringat yang tadi aku bersama dengan Ayeem. Aku ingatkan dia akan buat apa-apa kat aku tadi tapi dia cuma peluk aku je. Tapi sekarang ni dia pergi ke mana?

Mata aku tertancap pada sekeping nota yang bertindih dengan sebuah paperbag di birai katil tu.



“Qashrynna, wear this. Jumpa kat pantai malam ni”




Aku membelek nota yang masih berada kat dalam tangan aku tu. Paperbag kaler putih susu aku tenung lama. Tangan aku laju je membuka paperbag tersebut. Ada sehelai dress labuh berwarna pink lembut di dalamnya.

Aku pegang dress tu kat tangan. Apa lagi agenda Ayeem ni? Aku dah tak faham sekarang dengan perangai dia. Sekejap ok, sekejap tak. Macam ada dua personaliti je.














Selepas aku bangun dari tidur petang tadi, Ayeem tak balik-balik lagi ke rumah tu. Aku nak call pun tak tau dia pakai nombor mana sebab nombor lama dia tu dah disekat perkhidmatannya. Aku yang tak tau nak buat apa hanya mampu tengok tv je sebelum menanti pukul lapan malam. Dahla perut pun rasa lapar je, sebab tengah hari tadi je last aku makan. Ni pulak time pregnant macam ni, lagila cepat je lapar.


Aku gagahkan diri pergi ke pantai tepat pukul lapan malam. Dress labuh yang berlengan panjang tu muat-muat je dengan tubuh aku. Aku sekadar melepas sahaja rambut aku yang panjang melebihi bahu tu.

Petang tadi Eham ada mesej kat aku cakap dia dah balik sebab dia dah jumpa dengan Ayeem. Aku kalau boleh tak nakla menyusahkan dia lagi. Lagipun dia dah banyak tolong aku sehingga sanggup mencari Ayeem yang hilang. Rasanya aku macam dah banyak terhutang budi dengan dia. Tak tau macam mana nak balas nanti.

Aku sebenarnya tak perasan la sangat kat belakang rumah ni ada pantai. Yela, bila sampai petang tadi terus je pergi ke rumah comel tu sebab teruja nak jumpa Ayeem.

Suasana yang sedikit dingin dan berangin tu membuatkan aku terasa seram. Ditambah lagi dengan keadaan yang gelap hanya diterangi cahaya kelip-kelip dari lampu bot atau kapal yang tengah melalui kawasan kat tengah pantai tu. Lagipun, jarang orang pergi ke pantai malam-malam macam ni, kecuali aku je. Kalau tak diingatkan nota dari Ayeem tadi, tak ada maknanya aku nak pergi ke sini. Baik aku duduk berehat je kat rumah pada waktu-waktu macam ni.

Aku meliar-liarkan mata ke sekeliling pantai tu. Kenapa aku tak nampak Ayeem pun? Pokok rhu yang melambai-lambai ditup angin membuatkan suasana lebih menyeramkan. Kalau lagi lima minit aku tak nampak kelibat Ayeem, aku ambil keputusan untuk balik sahaja. Tak sanggup rasanya untuk berlama-lama dalam keadaan itu.

Lima minit berlalu tanpa kelibat Ayeem. Bayang-bayang dia pun tak ada. Jangan kata dia sengaja mempermainkan aku dah la. Rasanya aku tak sanggup dipermainkan kalau macam ni.

Tepukan perlahan di bahu aku membuatkan jantung aku hampir melompat keluar. Berdegup kuat jantung aku bila aku pusing ke belakang tapi tak nampak pun kelibat orang yang menepuk bahu aku tadi. Ayeem ke tu? Kenapa dia sanggup main-main dalam keadaan macam ni? Peluh dingin mula memercik kat dahi walau bayu pantai berpuput lembut.

“Ayeem”

Aku panggil nama dia beberapa kali. Namun suasana tetap sunyi. Tak ada pun bunyi tapak kaki. Hanya kedengaran bunyi angin je yang menampar pantai. Tapi Qash, kalau kat berjalan kat pasir pantai mana dengar bunyi tapak kaki. Haila, habis tu siapa yang tepuk bahu aku tadi? Bulu roma aku mula meremang, takkanla...

“shut up dan jangan cuba bergerak kalau nak selamat”

Aku tersentak bila dengar satu suara menyergah aku. Tak sempat aku berpusing ke belakang, terasa ada sesuatu seperti kain menutup muka aku. Semuanya terus berubah menjadi gelap. Kenapa ni? Apa yang sedang berlaku? Ayeem ke yang tutup muka aku dengan kain tu? Agaknya mesti dia nak surprise kan aku kot? Aku mula tersenyum.

Lepas beberapa minit, terasa kain kat muka aku dikemaskan. Aku mula rasa berdebar-debar bercampur gembira. Yela, dah tak sabar-sabar ni. Apa la agaknya kejutan yang Ayeem akan buat?

Tiba-tiba terasa tangan aku kedua-dua tangan aku ditarik ke belakang. Aku yang masih berangan tu tersentak sekejap. Kenapa aku rasa macam tangan yang pegang tangan aku ni lain macam je? Rasanya tangan Ayeem tak ada la kasar macam ni sangat, ni rasa macam kasar semacam je. Takkanla dah dua bulan tak jumpa terus berubah tangan dia. macam tak logik je kalau fikir.

“Ayeem,takkan tangan kena ikat sekali kot?”

Aku tanya dia. Tapi tetap senyap dan still lagi menggigihkan diri mengikat tangan aku. Dah rasa macam mangsa penculikan la pulak.

“aduh, sakitla”

Aku menggerakkan sedikit tangan bila rasa tali yang diikat kat tangan aku tu dijerut kuat. Biar betul dia ni? Takkanla ikat sampai ketat macam tu sekali?

“Ayeem please, jangan main-mainla macam ni. Sakit la”

Aku cuba merayu bila kesakitan tangan aku semakin kuat. Macam perit je rasa bila tali itu kuat mengcengkam tangan aku.

“Ayeem!”

Kali ni aku kuatkan sedikit suara aku. Sedikit menjerit.

“hey diamla. Kan aku suruh senyap tadi”

Aku terdiam. Otak aku mula memikirkan perkara bukan-bukan. Ni bukan suara Ayeem. Ni suara lelaki mana entah. Suara Ayeem tak kasar macam ni? Siapa lelaki ni? Siapa yang tutup mata dengan ikat tangan aku?

“tolong!!”

Aku mula menjerit kuat dan meronta-ronta mahu melepaskan diri sebab dah mula rasa takut dan tak selamat.

“hey diamla!!”

Aku terasa sesuatu melekap kat pipi aku. Pipi aku terasa perit dan aku dapat rasa sesuatu mengalir di bibir aku. Kepala aku terasa sedikit bergegar. Aku terkedu sekejap. Lelaki ni tampar aku? Air mata aku mula menitik ke pipi. Apa semua ni?

“kan aku dah cakap tadi suruh diam, tak reti bahasa ke? Kan tak pasal-pasal kena penampar”

Kuat suara lelaki yang menutup muka aku tu menjerkah aku. Aku terus diam tak berkutik. Nak bernafas pun aku rasa tak berani. Air mata mula mengalir laju membasahi pipi. Dugaan apa lagi ni?















Seterusnya aku dapat rasa tubuh aku ditolak kasar ke depan. Disebabkan aku yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu tadi, sekarang aku hanya mampu mengikut je dia. Dan yang aku pasti sekarang ni, kaki aku dah berada di dalam air kerana dapat rasa sandal basah. Gila, ni semua kerja gila. Kenapa aku sanggup ikut cakap Ayeem pergi ke pantai tadi? Kan tak pasal-pasal dah kena culik sekarang ni? Tapi betul ke aku kena culik?

“jalan laju sikit, lembap macam siput”

Aku dengar lagi suara itu mengarah aku supaya berjalan sedikit laju. Dalam hati aku dah berdoa supaya Ayeem cepat-cepat datang selamatkan aku. Aku dapat berjalan perlahan je kerana dress aku yang labuh menyukarkan aku untuk berjalan laju di dalam air. Takkanla orang yang menculik aku ni nak suruh aku berendam di dalam air di tengah-tengah malam buta macam ni?

“tunggu sini kejap”

Aku dengar suara itu mengarah aku lagi. Aku hanya turutkan perintah dia dengan berhenti melangkah dan menunggu di dalam air tu. Qash, kau betul-betul dah kena culik ni. Sebab takkanla ni semua kerja Ayeem sampai kau kena penampar tadi. Rasanya dia tak ada la kejam sangat sampai sanggup pukul kau. Aku gigit bibir perlahan dan mengeluh perlahan. Nak menangis pun rasa macam takut sangat.

Tak sampai beberapa minit menunggu di dalam air laut yang sejuk tu, aku dengar seakan bunyi enjin bot menghampiri tempat aku yang sedang berdiri. Suasana sedikit hingar bingar kerana terdengar beberapa orang bercakap dalam bahasa yang tak aku fahami. Ya Allah, apakah semua ni?

“Kent, bawak pompuan tu naik. Kita dah tak ada masa ni”

Aku dengar satu suara seakan jeritan yang berlaga dengan enjin bot tu. Tapi yang aku pasti suara itu seperti suara perempuan. Tiba-tiba aku rasa ada sepasang tangan melingkari pinggang aku sebelum terasa tubuh aku dicempung naik.

“ok, settle”

“kau jangan bising, duduk diam je kalau tak nak kena macam tadi”

Aku dengar satu suara menjerkah aku. Aku terdiam dan hanya menunduk kepala. Kemudian aku dengar enjin bot mula membising dan terasa bot mula bergoyang-goyang. Mesti bot ni dah mula bergerak.

Aku dipaksa duduk atas satu benda keras yang aku fikir bukan kerusi. Tak kisahla sebab kepala aku dah mula rasa pening. Lagipun aku rasa bot ni bukan bot biasa, dan mungkin bot laju kerana aku rasa angin yang bertiup kencang terasa ke tubuh aku yang berbaluti dress tu.
















“boleh tolong tanggalkan kain ni tak? Saya rasa nak muntah”

Aku cuba merayu pada sesiapa sahaja yang aku rasa mampu tolong aku. Kepala aku rasa macam dah pening sangat. Rasa macam berpusing-pusing walau aku tak nampak satu benda pun sebab gelap gelita. Aku fikir, takkan aku nak muntah macam tu je. Mesti nanti terkena kain yang menutup muka aku, dress yang aku pakai atau dengan bot-bot ni sekali yang kena. Dan aku rasa semua ni terjadi mungkin disebabkan aku mabuk laut kot.

“menyusahkan orang je la”

Aku dengar satu suara mendengus kasar. Terasa kasar kain di muka aku di tarik dan ikatan di tangan aku dilonggarkan. Tak sempat aku mengamati wajah yang berada di depan aku, aku dah termuntah di tepi bot tu. Nasibla semuanya masuk ke dalam laut. Kalau tak, mesti aku kena marah lagi dengan diaorang.

Selepas beberapa kali aku muntah, baru la aku dapat meneliti satu persatu wajah yang terpampang kat depan mata aku. Walaupun dalam keadaan samar-samar cahaya, aku nampak dua lelaki yang berada di depan aku ni berwajah Melayu yang aku tak kenal tapi rasanya diaorang ni semua macam di bawah umur tiga puluh lagi.

Diaorang hanya tersenyum penuh makna kepada aku. Tapi aku rasa ada lagi seorang bersama mereka kerana aku yakin masa mula-mula bot ni sampai tadi aku ada terdengar suara perempuan.

Tekak yang rasa sedikit pahit dan perit tu akibat muntah tadi membuatkan aku rasa sedikit tak selesa. Agak-agak kalau kalau aku mintak air dengan diaorang ni, mereka akan bagi tak?

“err..Ada air tak?”

Aku cuba merayu pada lelaki yang memakai jaket hitam tu. Dia hanya tersenyum sinis memandang aku.

“macam-macam hal. Aku tak ikat ngan tak tutup mulut kau tu dah kira bagus apa”

Jawabnya kasar. Aku sedikit mengeluh. Nampaknya aku terpaksa bertahan untuk semua ni. Teringatkan Ayeem, mama dengan papa membuatkan hati aku sedih. Nak menangis, aku takut diaorang akan berbuat apa-apa kat aku macam tadi.

Suasana rasa semakin sejuk membuatkan aku sedikit menggigil kerana aku hanya memakai dress. Dahla kain dress aku yang labuh tadi basah sampai ke lutut sebab terkena air laut. Aku merenung ke arah lautan gelap yang terpampang kat mata aku sekarang. Ya Allah, mesti semua orang tengah risaukan aku sekarang. Mesti Ayeem dah tercari-cari aku sekarang ni.

“semuanya ok?”

Aku dengar satu suara perempuan yang menegur. Aku berpaling dan tersentak. Dia tersenyum sinis memandang aku.

“ok je bos”

Dua-dua lelaki itu menjawab dan membuat sign thumb up pada bos mereka. Aku menggeleng-geleng kepala tanda tak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

“Qashrynna, kita jumpa lagi”

Perempuan itu melangkah menghampiri aku dan tersenyum sinis. Aku menelan liur. Semua ni bersangkut-paut dengan Ayeem. Tiba-tiba aku rasa geram sangat dengan dia.







P/s : thnks pd semua yg sudi mengikuti cerita my little shark ni..hehe (sengih je)..walau penat lg berkenduri petang tadi sebab kena memasak tp zura post jugak smbungan episode 20.1 tu..anyway plz komen yer :D

~ to kiwi, lieyna, f.aqilah, awin n ade lg yg tak disebut nama: cite ni tak abes lg yer..hehe






38 comments:

tiekqa fhea said...

aduyai suka bagi suspen. sape yang culik dia? jahatnye!!

Anonymous said...

ckitnye....

lame g ke tamat sis?

zura asyfar addy rifqhiey said...

tiekqhafhea : hehe..sape yg culik? teka la...hehe :P

anonymous : aaaaa..sket lg ke? huhu..

~ maybe dh tak bnyk epi kot?hehe

Zass said...

oh no!!!!! jgn sampai baby tu terkorban....
oh gosh!!!!! i can't bear for it anymore... it's so hard to resist.... somebody help qash pliss!!!!

keSENGALan teserlah.. said...

ni mesty gf tak jadi ayeem tu. apa nama dye? tak ingatlah. yg kt party ayeem.
ngeeeee.
mana ayeem ni.
pang sebijik.~

si.tudung.ungu said...

huhu... thank you very much la sis..
ni nak hantar Qash ke luar ke nk humban Qash ke laut?
aish, pehalla malang sgt nsib Qash ni..? lps satu, satu.

zura asyfar addy rifqhiey said...

k. suffian :
~ hope baby tu selamat :)
~hehe..terima je la semua ni :D

zatie : maybe kot..hehe..
~ ayeem mane?? entahla, tak smpt dtg kot..

kiwi : ur welcome...
~ brgntung pd ppuan tu la nk wat ape ngn qash..
~ mlg sungguh nasib dia..huhu :(

Anonymous said...

cian qash...xbis2 dgn dugaan yg dtg..
ayeem, mna ko ni!!!!qash kna culik la!!!!-fa10

WITHOUT A SOUND said...

jgnla.. jgnla wat qash cm tur..ayoooo

zura asyfar addy rifqhiey said...

fa10 : ayeem...qash kena culik tu..hehe

~ rasenye ayeem tak sempat dtg kot?

without a sound : hope so...

S. said...

lemme guess...pompan ni yg mse birthday party ayeem hr 2 kn?

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : mizzzzz u so much..da balik bercuti ke?

~maybe kot?hehe :D

E-man Sufi said...

wooohoo..scary tul la...sp plak yg culik qash ni? dah la pregnant kn plak dikasari cmtu,klu ayeem tau ni..abis la penjahat tu..:)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Waaa..sapelah yang jahat sggt tu?! mentang2 lah qash tengah mngandung =="

zura asyfar addy rifqhiey said...

eman : tula..mmg scary..tgu2 ayeem last3 kena culik..

~ ayeem tak tau lg tu..huhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : teka la korg semua yer..hehe

amira aihara said...

ala cian Qash..jhatnya..mne la ayeem nie...

liyana said...

sis..suspen again..
cite sis ni pnuh ngn suspen..
huhuhu..sbat jela..
but suke cam ni..buat kite tetnye2..

yg culik QASH 2 ERNY ke?

ayeem :: mane ko ni..cpt la p slmtkan qash 2..
u wife prgnant 2..
cian qash..

zura asyfar addy rifqhiey said...

amira : ayeem tak sedar ppon qash hilang..huhu

liyana : hehe..u know me :P

~ erny ke? maybe..hehe

sAkEeNa said...

oh..no! sape yg culik dia?

zura asyfar addy rifqhiey said...

sakeena : cuba teka? :P

diahperi said...

rasa2 yg culik qash tu bekas gf ayeem kan

zura asyfar addy rifqhiey said...

diah : hehe..ayeem ade gurlfren ke sebelum ni? :P

Acik Lana said...

Awesome tp saspen. Hope xde pape blaku kt bby dia. Lagi!hihi

zura asyfar addy rifqhiey said...

acik : tq...takde ape2 kot yg jadi...ok2..

Anonymous said...

hrp2 xda apa2 yg b'laku.

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : hope so :)

Anonymous said...

cepat la..bila nak post next n3..xsbr nie..

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : br je nk start menaip utk next entry..sabar yer :)

Anonymous said...

hehe...orait..^_^

reader said...

napa x dpt tkn utk episod seterusnya..??huhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

reader : stakat ni smpai episode 20.2 je la...hehe

reader said...

ooo..hehe..bila nak post next n3..

zura asyfar addy rifqhiey said...

reader : maybe esok atau lusa..idea dah ade..cuma masa nk menaip ni dah kurg sket..hehe

Dr.LoVe said...

jgn lah apa2 terjadi kat Qash, sedih tengok dia..dah lah pregnant pastu suami lak kecewakan dia...
Zura, bila nak sambung ceta ni....sbb ceta ni mmg best sesangat...

zura asyfar addy rifqhiey said...

dr.love : hope so..

~ zura dh start menaip next entry..kalo smpt siap post mlm ni, kalo tak esok je..sbr yer :D

Kakak Gengster said...

akak, sambung la lagi :))

zura asyfar addy rifqhiey said...

farah : dh smbung :D