:: My gangS :: TQVM

Friday, March 18, 2011

Don't You Love Me? - 4




Don’tYouLoveMe? – 4




Chapter 4 : GUY?





Aku menguap untuk kali ke dua puluh dah untuk hari ni. Adoyai, sakit hati betul kalau diingatkan kembali pasal semalam. Dahla mamat sengal a.k.a Reyfhan tu suruh aku siapkan pelan banglo, ingat senang ke nak buat pelan bagai dalam masa tak sampai beberapa jam? Kurang-kurang pun kena la draft bagai dulu. Aku ni sebab yang seriau dengan ugutan dia tak nak bagi pergi kelas tu, terpaksa jugak buat sampaila tertidur depan laptop. Nasib je hari ni tak senget benget je leher masa bangun tadi.

Yang paling menyakitkan hati aku, bila aku bangun pagi tadi, dia dah pergi kerja pun. Habis tu pelan yang aku buat semalam macam mana? Penat je aku perah otak hafal balik semua command-command AutoCAD yang dah berkarat tu. Yela, dulu aku biasa buat pelan-pelan biasa je masa praktikal. Ni tiba-tiba je suruh buat pelan yang betul-betul pelan rumah. Tak ke haru biru namanya.

Last-last aku pergi kelas macam tu je. Reyfhan pun tak call atau mesej aku pasal pelan yang dia suruh buat tu. And sekarang aku baru terfikir, kot-kot semalam dia sengaja kenakan aku tak? Yela, mana tau dia suruh aku tidur depan lappy, dia pulak sedap je meringkuk tidur atas katil. Apa punya suami la macam tu sampai sanggup biarkan isteri dia macam tu? Tak gentleman langsung.

“hey kau ni berangan apa?”

Terkejut aku bila bahu tiba-tiba ditepuk Rita. Rita ni course-mate aku sejak aku mula masuk kolej ni lagi. Taraf best friend forever pun yer jugak ni.

“kau ni buat terkejut aku je”

Aku merungut sambil membetulkan kedudukan buku yang hampir terjatuh ke bawah meja.

“dah tu kau berangan je. Mata pulak nampak cam merah je, bikin projek apa semalam?”

Rita dah tersengih-sengih sambil menjungkitkan kening. Haila minah ni, otak kuning betul.

“banyak la kau punya projek. Aku kena dera ada la lagi semalam”

“kena dera? Apa maksud kau? Reyfhan dera kau ke?”

Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Rita. Aku dah terdiam. Ni nak jawab yang mana satu dulu ni?

“bukan dera fizikal tapi mental aku ni”

“maksud kau?”


“dia suruh aku buat pelan rumah tu”

“pelan rumah?”

“yup. Pelan banglo lagi. Kalau tak siap, tak boleh pergi kolej. Memang sengal”

“ gila la Reyfhan tu, suka-suka hati je suruh kau buat pelan tu. Habis tu kau buat tak?”

“aku buat la tapi tak sempat siap pun”

“habis tu Reyfhan cakap ape?”

“tak cakap apa pun sebab dia dah pergi keje masa aku bangun tadi”

“hmmm, aku rasa Reyfhan macam saja je nak kenakan kau”

Kata Rita lagi sambil menggosok-gosok dagunya. Seolah-olah berfikir apa yang motif Reyfhan suruh aku buat pelan tu semalam.

“aku pun rasa macam tu jugak la”

Aku mengeluh perlahan. Yerla, lepas kahwin ni dia macam dingin je dengan kat aku. Kira macam tak logik je kalau fikir sebab kitaorang bukan pun kahwin paksa. Betulla cakap orang, masa bercinta semuanya indah tapi bila dah kahwin semua jadi gundah. Adoyai, kalau fikir tentang ni je memang kusut je kepala.

“tak yah mengeluh lagi. Dah-dah jom teman aku shopping. Elaun baru masuk ni”

Rita sengih sambil tarik-tarik tangan aku. Aku pandang dia sekejap sebelum mengangguk. Ok jugak idea tu. Boleh lepaskan ketensionan yang melanda otak aku dari semalam ni.

“Rain cam ne?”

Aku tanya dia sambil kemas buku-buku yang berselerak atas meja. Rain tu pakwenye Rita. Biasa ada je sibuk lepak dengan kitaorang tapi hari ni tak ada pulak. Sibuk dengan kelas kot.

“dia ada kelas la”

“owh”

Kitaorang pun berjalan pergi ke tempat parking sebelum naik kereta Mini Cooper S Rita.








Aku dengan Rita keluar dari TGV lepas tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa. Best jugak cerita tadi tu. Boleh challenge la dengan cerita dari Barat.

“masuk dalam tu jap”

Rita dah tarik tangan aku ke butik apa entah. Dia sorang ni memang gila shopping. Mentang-mentangla papa dia tiap-tiap bulan masukkan elaun untuk dia, best je shopping-shopping ni. Aku pulak, dulu ada la jugak papa aku yang bagi elaun tapi lepas je kahwin dengan Reyfhan, rasanya ada sekali je dia bagi duit belanja kat aku. Lpeas tu terus senyap. Huhu, sedih rasanya. Terpaksa bergantung dengan duit loan semata-mata.

“yang ni cantik tak?”

Rita tayang strap dress kaler merah kat muka aku. Dia tersengih je bila aku buat muka mencebik. Seksi gila la kalau nak pakai macam tu, dahla singkat paras peha je. Konfem kalau lelaki miang yang tengok tak berkelip mata.

“cantik tapi seksi gila. Kau sanggup ke pakai cam ni?”

Aku tanya Rita dengan muka pelik. Rasanya dia tak pakai baju-baju macam ni. Biasa pakai jeans dengan blouse or tshirt je. Takkan dah ubah fesyen kot?

“kalau aku pakai pun mestila dengan jeans ngan cardigan. Takkanla nak pakai cam tu je, lainla depan suami”

Rita tersengih-sengih. Aku sedikit terasa la pulak dengan kata-kata dia tu. Ingat pulak malam aku kena tegur dengan Reyfhan sebab pakai shortpant depan dia. Kalau ikutkan bukannya aku pakai depan orang lain pun, depan suami sendiri je. Huhu, macam ada yang tak kena je dengan Reyfhan ni kalau fikir.

“hmm, ye la tu. So nak beli ke tak ni? Aku dah lenguh kaki ni tunggu kau”

Aku menjeling kat salesgirl yang tengah perhati kitaorang tu. Mesti dia dah menyampah tengok aku dengan Rita kat dalam ni. Yela, dah dekat sejam belek itu ini tapi tak nampak pun ada gaya nak beli.

“nak beli la ni. Eh aku belanja kau la hari ni satu”

Rita senyum sambil ambil dua dress yang sama tu. Dia punya kaler merah dan aku punya kaler hitam.

“kau ni..”

“jangan cakap banyak, aku ikhlas ni”

Rita dah potong cakap aku sebelum bawa dress tu pergi fitting room. Aku hanya ikut je dia pergi situ. Dia ni la, sabar je la aku.









“aku ingat nak beli something la kat Rain”

Aku dengan Rita berjalan-jalan masuk kat Parkson. Tapi kali ni kitaorang masuk area pakaian lelaki. Nak terjuling jugak bijik mata aku tengok harga pakaian kat sini. Huhu, mahalnya, rasa macam sayang je nak beli kalau aku ada duit.

“nak beli apa?”

Aku buat-buat belek kemeja berjalur jenama EMGD Zegna tu. Rita pulak tengah belek-belek tshirt Renoma.

“emm..Tak tau lagi, tapi ni untuk birthday dia next week la”

“owh, untuk birthday dia. Tapi kan aku rasa better kau beli benda lainla, takkan nak beli baju kot?”

Aku teringat balik kisah cinta aku dengan Reyfhan. Dulu masa birthday dia aku ada niat nak belikan dia baju tapi sepupu aku pesan kalau beli baju nanti perhubungan tu takkan kekal lama. Aku pun tak jadi nak beli, tapi tak taula teori sepupu aku tu betul ke tak.

“maksud kau?”

Rita dah berjalan menghampiri aku dengan berkerut kening. Aku senyum.

“beli la wallet ke, jam ke?”

“emm, ok jugak tu”

Rita terangguk-angguk kepala.

so apa lagi jom”

Aku dah bergerak ke hadapan. Tapi aku rasa macam Rita tak ikut aku pun. Pergi mana pulak minah ni? Aku pusing ke belakang tengok Rita dah bawak sehelai tshirt kat salesgirl yang jaga brand Renoma tu. Nak beli baju jugak ke minah ni?

“eh, kate tadi nak beli tak jadi beli baju”

Aku cuit bahu Rita yang tengah tunggu salesgirl tu buat resit. Dia sengih pandang aku.

“nak beli kat papa aku la”

“la, cakapla awal-awal”

Aku pusing balik dan tunggu Rita kat sofa yang ada terletak kat situ. Ok jugak ni kalau dapat duduk sekejap sementara tunggu Rita pergi bayar tshir tu. Baru je aku duduk kat sofa tu, tak sempat lagi nak bersandar, aku dengar suara lelaki tengah bercakap-cakap. Macam kenal je.

Aku pusing kiri, dari jarak tak sampai 10 meter, aku tertengok kelibat lelaki yang aku kenal sangat tengah berdiri membelakangi aku. Dari gaya rambut pun aku dah kenal. Aku menelan liur. Dia buat apa kat sini? Aku mula rasa tak sedap hati.











Aku bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah rak yang terletak sedikit rapat dengan Reyfhan. Aku dengar dia tengah ketawa sakan. Amboi, gembira nampak. Kat rumah, tak ada pun ketawa macam tu.

Aku menjenguk-jenguk sedikit kepala kerana rak yang ada depan aku ni menghalang pandangan aku. Reyfhan cakap dengan siapa sampai tergelak-gelak macam tu sekali.

Bulat mata aku bila ternampak ada seorang lelaki lagi yang tengah tertunduk kat depan Reyfhan. Aku tak perasan sangat lelaki tu tengah buat apa. Tapi bila lihat sisi muka Reyfhan dia tengah tersenyum. Haissh, apa benda yang diaorang tengah buat tu?

“Risy, U ni kan susah-susah je. Bukannya I tak boleh buat sendiri pun”

Aku dengar Reyfhan bercakap. Buat apa diaorang ni? Risy ke nama lelaki tu?

“ala, setakat buat macam ni bukannya susah pun”

Lelaki yang tertunduk tu menjawab. Aku buat muka blur. Drama apakah yang tengah berlaku ni?

“yela-yela. So lepas ni jadi ke kita nak pergi hotel?”

Reyfhan pulak membalas. Aku rasa nafas aku macam terhenti sekejap. Hotel?


“jadi la sayang. Dah booked pun”

Sayang? Lagi rasa jantung aku berdegup kencang. Aku nampak lelaki tu bangun dan berdiri depan Reyfhan. Hensem jugak tu. Pakaian pun sama je dengan Reyfhan, berkemeja dan berseluar slack. Dia tersenyum manis depan Reyfhan dan Reyfhan senyum balik kat dia.

“jom”

Lelaki yang bernama Risy tu dah tarik tangan Reyfhan. Reyfhan pun ikut je Risy tu pergi tanpa sedar aku ada kat situ perhatikan diaorang. Diaorang berjalan beriringan menuju ke pintu keluar Parkson tu.

Aku dah statik tak bergerak kat situ tengok mereka. Lutut aku terasa menggigil. Reyfhan and Risy? Apakah hubungan diaorang?




p/s : akhirnya zura sambung jugak citer ni..pada yang tertunggu2 tu, sori bebanyak eh..Bz sket minggu ni, lagipun last week sibuk memperabeskan cite si sharqiey tu..hehe..anyway hope enjoy this entry, komen adalah digalakkan...hehe :D




16 comments:

Shamien said...

sis...jgn kte refhan ni GAY!!takmola...hu3

Anonymous said...

reyrhan gay ka?
eeeeeuuuuuuwwwwww....

~aki~

liyana said...

reyfhan..are u GAY??
noooo wayyyy!!!

amira aihara said...

eeeeiiii...dia gay ke..biar betik....

WITHOUT A SOUND said...

oh-em-ji..
rayfhan gay..tak mau...huhuu

fallenmoon said...

Tidakkkkk!!!! Jgn!

zura asyfar said...

awin, aki, liyana, amira, W.A.S,n moon : maybe reyfhan tu gay, maybe bukan..tgu je next entry..hehe :)

E-man Sufi said...

huhhuhu...gay??...wei Rayfhan, kau biar betul!!! ni aku nak marah ni...:P

zura asyfar said...

e-man : gay ke reyfhan ni? hehe..tgu...

Anonymous said...

naper ngan reyfhan ni?kata kawin atas dasar cinta...naper tetiba jer berubah.....musykil2....rasa tak mungkin dia gay coz dia tegur niya jgn pakai short n slvless shirt...maksudnya dia ada perasaan kat pompuan lah tu...~lynn~

zura asyfar said...

lynn : ada la tu sape2 yg salah dlm hal ni...kalo tak, takkan reyfhan jd cm tu...pasal gay tau tak, kite tgu je la next entry :)

Ros said...

akak mmg suka wat suspen kan...tpaksalah tgu next n3...asyik wat andaian je pasal reyfhan nie hehehe

zura asyfar said...

ros : yer betul..hehe..nk suruh readers ttgu2 next entry :)

Anonymous said...

kleas gitu ros,,,byk ide bagi2 citer...nice story...cepat sambung n3 baru..actually i yor wife

babe said...

lmbtnya smbg huhuhu ~~~~

RinsyaRyc said...

aik ? ~..~
jgn la gay . hahaha.