:: My gangS :: TQVM

Thursday, March 3, 2011

Aku Perempuan Itu




Aku Perempuan Itu -1



Selimut yang sudah terleret di kaki ditarik perlahan. Suasana yang mencecah 16 degree tu membuatkan tubuhnya yang tidak berbalut pakaian itu sedikit menggigil kesejukan. Lantas pandangannya dialihkan ke arah pakaian yang bertaburan di lantai. Sehelai kemeja putih berlengan panjang disarung ke tubuh untuk mengurangkan rasa sejuk yang kian mencengkam tulang.

Matanya sedikit berkaca lantaran matanya tidak mampu lagi membendung air mata yang kian bergenang. Amaliya mengerling sekilas sekuujur tubuh yang masih enak membuai mimpi di atas katil. Dia mengeluh perlahan dan duduk bersila di atas katil sambil menekup mukanya ke lutut. Setitis demi setitis air matanya mengalir ke pipi. Dan air mata itu semakin rancak mengalir diselangi sendu yang mula berpanjangan.

Sekujur tubuh sasa yang masih terbaring itu tiba-tiba mula bergerak perlahan. Samada mungkin terjaga kerana tangisan si perempuan atau sudah hampir waktu jaganya. Tubuh Amaliya yang masih terhenjut-henjut menahan tangis itu di jeling sekilas dan dia mengeluh kasar.

Rifqh bangun mencapai towel yang bersidai di penyidai dan segera ke bilik air. Ingin membersihkan diri dari bau-bau yang tidak sepatutnya. Lagipun hari siang mula menunjukkan diri. Dia perlu menyambung rutin wajib yang memerlukan pengawasannya.

Amaliya masih lagi menekup wajahnya ke lutut. Namun tangisanyya sudah mula reda sejak terdengar Rifqh bangun tadi. Bimbang pula jika di marah sebab membuat bising di pagi hari.

Lima belas minit berlalu, pintu bilik air terbuka. Dengan towel yang masih berikat di pinggang, Rifq menapak menghampiri Amaliya yang sedang duduk menunduk ke lantai.

“cepat mandi, banyak lagi kerja nak dibuat dari menangis”

Amaliya yang tersentak disergah terus bergegas ke bilik air tanpa mempedulikan Rifqh yang memandang tajam ke arahnya. Dia dah tahu sangat kalau lelaki itu dah naik angin, semua orang akan dimarahinya walau mereka mempunyai hubungan darah dengannya. Ni apatah lagi kalau dirinya yang tidak mempunyai apa-apa ikatan langsung dengannya.

Arahan tegas diberi kepada Amaliya seakan sudah menjadi wajib sebelum Rifqh meneruskan langkah ke pintu almari pakaian miliknya. Sehelai kemeja putih berjalur pink dan sehelai seluar slack berwarna gelap ditarik keluar. Dia pantas menyarungkannya ke tubuh sasa miliknya. Tie berwarna merah gelap dipasang ke leher sebelum wangian Polo Black disembur ke tubuhnya.








Fail biru yang mengandungi laporan lengkap progress kerja tu dihulur cermat ke arah Rifqh yang sedang bersandar di kerusi empuk miliknya. Rifqh hanya menyambut huluran fail tu tanpa sebarang senyuman. Amaliya sedar, Rifqh memang professional di pejabat sampaikan tiada seorang pun tau yang dia mempunyai hubungan dengannya.

Rifqh membelek-belek fail yang berada ditanggannya tanpa mempedulikan Amaliya yang sedang tegak berdiri di depannya. Amaliya tidak berani memandang ke arah wajah tampan milik Rifqh kerana dia tidak sanggup bertentang mata dengan mata helang milik Rifqh. Bimbang Rifqh dapat membaca apa yang tersirat di hatinya.

I hope U dapat betulkan apa yang tersilap kat sini”

Rifqh mencampakkan fail yang berada di tangannya ke atas meja. Amaliya menelan liur. Pasti ada lagi kesalahan yang dibuatnya. Namun dia bersyukur Rifqh tidak mencampakkan fail itu ke wajahnya. Kalau tidak, tak pasal-pasal tercalar mukanya yang putih bersih itu.

“ada apa-apa lagi?”

Lembut Amaliya bertanya kepada Rifqh yang sedang memandang tajam ke arahnya. Walaupun dirinya gugup berdepan dengan Rifqh, dia cuba mengawal dirinya supaya bertenang.

“setakat ini yang tu je. If another mistakes, I akan panggil U lagi”

Tegas suara Rifqh memecahkan tembok ketenangan Amaliya yang baru dibina. Amaliya mengangguk tanda faham.

“baik tuan, saya keluar dulu”

Amaliya menghulurkan tangan untuk mencapai fail biru di atas meja Rifqh. Tetapi sekali lagi dia tersentak apabila tiba-tiba tangan Rifqh menyentuh tangannya. Lima saat tangan Amaliya digenggam perlahan sebelum dilepaskan. Rifqh sekadar melemparkan sejuring senyuman yang tidak dapat ditafsirkan bila muka Amaliya kelihatan sedikit pucat.

“malam ni I jemput U seperti biasa”

Rifqh memberi pesanan sebelum Amaliya melangkah keluar dari biliknya. Amaliya cepat-cepat bergegas keluar tanpa menjawab apa-apa. Tangannya mula berpeluh dan jantungnya berdegup laju. Dia tak tau kenapa hatinya sering gelisah bila berdepan dengan Rifqh.







“kau kenapa ni? Pucat semacam je?”

Tegur Nurli kepada Amaliya yang baru je melabuhkan punggung dikerusinya. Amaliya meraup wajahnya beberapa kali sebelum cuba mengukir senyum ke arah Nurli.

“tak ada apa-apa la, maybe tak cukup tidur kot”

Bohong Amaliya kepada Nurli. Nurli hanya mengangguk dan kembali kepada kerjanya yang sedia menunggu di atas meja.

Pekerja-pekerja yang lain langsung tidak menetahui hubungan Amaliya dengan Addy Rifqhiy. Masing-masing berlagak professional tanpa sebarang tindakan yang mencurigakan. Cuma kadang-kadang Nurli je yang sedikit perasan riak Amaliya seakan berubah selepas keluar dari bilik Rifqh..

Amaliya meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan jarum jam sudah menginjak ke pukul satu. Dia masih menaip report yang tersilap itu.

Rifqh yang baru keluar dari biliknya memandang Amaliya sekilas sebelum menuju ke lif. Dia tahu yang Amaliya amat komited dengan kerjanya. Sebab itu walaupun taraf pendidikan Amaliya sekadar mempunyai diploma, tapi jawatan tinggi tetap diberikan kepada gadis itu. Lantaran pula dia memerlukan khidmat Amaliya lebih dari tu.

Dia sempat berpusing memerhatikan Amaliya dari jauh. Amaliya yang perasan seakan ada orang yang memerhatikannya mengangkat muka. Mata mereka masing-masing bertembung. Dua saat sahaja mata Amaliya memandang Rifqh sebelum menunduk. Dia tidak mampu melawan pandangan mata Rifqh itu.



** adult contents

**cite yang baru je jumpa masa ada kat kampung. Ditulis ms tahun 2006..Gaya penulisan pon mmg lain dari sekarang..hope enjoy :D





19 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaa..
perempuan simpanan dgn bos?
spekulasi ni.
haha.
next2.

Anonymous said...

bape ep ni?

ciannye amaliya

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie : hehe..ye kot? :P

anonymous : entahla...tak tawu lagi..lgpon br je jmpe cite ni..

~ tu la mmg kesian ngn dia..huhu

siti said...

ni novel ke??

zura asyfar addy rifqhiey said...

firus aeroplane : maybe novel, maybe just cerpan je..hehe

hana_aniz said...

nak lagi!

zura asyfar addy rifqhiey said...

hana_ariz : ok2..hehe :D

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Sian Amaliya! Apa Rifqh ingat org pmpuan ni cuma digunakan utk melampiaskan nafsu ke?
Next2 sis :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : betul2..sis sokog2...

~ ok2 :D

Acik Lana said...

OMG..suka la! zura, u mmg pndai buat novel la..smbg la panjang2..suka ayat2 zura buat.

=)

zura asyfar addy rifqhiey said...

acik :tenkiu....

~ zura akn smbung nnt :D

sAkEeNa said...

pjg ke citer ni zura?

zura asyfar addy rifqhiey said...

sakeena : tak tau lg..hehe

Anonymous said...

dorg da kawen syp2 kan sis?

please say yes!!
hehehe...

cian kat amaliya klo die kene pakse ngan bos wat mende terkutuk 2....

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : diaorg dah kawen ke? eh asal sis plak yg kene tny soalan ni?hehe...

~ tu la kesian kat amaliya tu :(

S. said...

sis...next please...tak sabo ni...dasar jantan x guna la rifqh tu, siang mrh2..malam cari pulak!

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : sabar yer...hehe

coretanku said...

hehehe jumpa gak apa yg di perkatakan... lewat benar ni :)

Unknown said...

Akak memang cerita ni tergantung ke? Sedihnya takleh nak baca sampai habis