:: My gangS :: TQVM

Tuesday, February 15, 2011

My Little Shark - 10




Episode 10







“buat ape tu?”

Triple S tegur aku yang tengah meniarap atas katil.

“buat assignment sket”

Aku jawab sambil mata tak lepas pandang skrin laptop. Adeh, susah betul mathematic engineering ni. Masak aku asyik kena hafal rumus bagai.

“perlukan pertolongan ke?”

Triple S dah duduk bersila kat katil aku. Aku menggeleng kepala.

“takpe-takpe”

“eleh jual mahal konon. Kalau tak leh buat tu cakap je la”

Tiba-tiba je Triple S perli aku. Cepat je aku pusing kepala pandang dia. Dia tengah senyum.

“eh kau ni kenapa?”

Aku bulat mata pandang dia. Dia selamba je tarik laptop aku ke arah dia.

“meh sini abang ajarkan”

Dia dah tarik tangan aku ke riba dia. Haila mamat ni, suka-suka je tarik aku sekarang.

“aku boleh buat sendiri la”

Aku jawab sambil betulkan duduk aku kat sebelah dia. Dia tengok aku sekejap sambil gosok-gosok kepala aku.

“ jangan degil leh tak?”

Aku jeling dia. Tangan dia selamba je cubit pipi aku. Huh, dah pandai sepit ketam pulak dah.

“eee, dia ni kan”

Aku ketap bibir tak puas hati. Tapi mata aku tengok je dia taip assignment aku tu. Eh-eh sekejapnya dia buat. Kot terer gila. Aku setengah jam buat dari tadi tak settle-settle, ni baru je lima minit dah siap.

“abang terer kan?”

Dia sengih tengok aku. Cett, perasan sungguh.

“perasan betul”

Aku tarik balik laptop aku dan terus save. Dia tengok je aku buat. Apa lagi ni?

“why?” Aku kerut kening.

“upahla sayang. Takkan nak ajar free je kot”

Dia dah sengih pandang aku. Cett, tak ikhlas ni sampai nak upah bagai.

dear, malam ni malam jumaat kan?”

Aku dah perasan tangan dia dah pegang bahu aku. Aku dah buat muka blur.

“so?”

“takkan tak nak buat pahala kot?”

Triple S dah tersenyum gatal. Aku yang baru je faham kata-kata dia tu terus je cubit peha dia.

“gatal”

Tak sempat aku nak cubit peha dia untuk kali kedua, dia dah peluk aku erat.

“Ayeem”

Aku jerit panggil nama dia tapi dia still peluk aku tak lepas. Tangan dia dah mula selak belakang pyjama aku.

dear, bisingla. Nanti papa ngan mama dengar”

“Ayeem, please. Tak nak la”

Aku sedikit merayu kat dia.

“tapi I nak”

Selamba je Ayeem cakap macam tu. Qash, rela je la. Bukannya nak buat dosa pun.



*****************************************************



Aku berjalan ke luar dari kelas macam orang dah hilang nyawa. Apasal la test tadi susah sangat? Semua rumus dan formula yang aku hafal tak masuk. Haila, jangan la failed pulak nanti. Tak nak la aku kena repeat paper sem ni.

“Qash, apsal monyok je ni”

Syiffa yang ada kat sebelah tegur aku. Adoyai, siap boleh lupa lagi Syiffa kat sebelah. Dah memang kes teruk ni dah ni Qash.

test tadi la, hancuss”

“ala, chill la. Aku pun tak leh jawab jugak tadi”

“yelah-yelah. Jom duduk sana”

Aku balas soalan Syiffa sambil melangkah ke arah bangku batu tempat yang Triple S biasa lepak kat situ dengan Syahmi.

Mata aku melilau-lilau mencari kelibat Triple S, tapi tak nampak bayang pun.Dia dah habis kelas ke? Biasa budak senior kelas tak banyak and kalau ada pun mesti habis awal.

“hmm..Kau ngan Ayeem sekarang camne?”

Syiffa dah mula sesi soal-siasat. Lepas kejadian kat party hari tu, aku ada cerita sikit kat Syiffa pasal aku dengan Triple S. Dia kata just dapat doakan aku dengan Triple S bahagia je.

“biase je”

Aku jawab malas.

“eh Qash, kau tengok tu”

Syiffa tarik tangan aku sambil tunjuk ke arah cafe yang tak sampai 50 meter darri tempat aku duduk. Aku pejam celik pejam celik mata aku. Betul ke apa yang aku nampak ni?

“Ayeem ngan Nadia la weyh”

Laju je mulut Syiffa sebut nama diaorang tu. Tapi siapa Nadia tu?

“Nadia?” Aku kerut kening tengok Syiffa.

“budak kelas dia. Aku dengar lama dah si Nadia tu usha Ayeem”

Aku telan liur. Betul ke apa yang Syiffa cakap ni? Kenapa aku tak tau langsung pasal berita ni? Aku ketinggalan keretapi ke?

“gedik betul perempuan tu. Kalau aku jadi kau dah lama aku...”

Syiffa tak jadi habiskan ayat dia sebab dia dah perasan aku menonong je berlajan ke arah kafe.

“Qash, tunggu la aku”

Syiffa dah sedikit terjerit panggil aku. Aku terus je berjalan tak pandang langsung ke arah Syiffa.






“bahagia nampak”

Aku tegur Triple S yang dah duduk sebelah menyebelah dengan Nadia. Perempuan tu buat muka tengok aku. Haila perempuan ni, tak kenal lagi dengan aku siapa agaknya.

“Qash”

Sepatah keluar nama aku dari mulut Triple S. Tapi dia macam tenang je tanpa rasa bersalah. Qash, Triple S macam buat tak tau je kat kau, tak boleh jadi ni.

“aku tak tau pulak kau banyak skandal”

Aku perli Triple S. Perempuan kat sebelah dia tu dah pandang aku tajam. Hek eleh, ada aku kisah ke dengan perempuan ni? Gedik je lebih.

“nak study pun tak senang”

Aku dah mula rasa panas dengar cakap Nadia. Syiffa kat sebelah dah mula tarik-tarik tangan aku. Mesti dia tak nak aku buat kecoh kat kafe ni. Tapi aku peduli apa.

“study apa cam tu? Macam tengah menggedik je”

Aku tengok Triple S dengan Nadia silih berganti. Muka Nadia dah mula naik merah. Aku tak tau sebab dia malu or marah. Kalau aku tau pun, ada aku kisah?

“eh cakap baik-baik sket”

Nadia dah mula bangun dari kerusi dan mencerlung pandang aku. Macam la aku takut sangat dengan mata dia tu. Setakat pakai extension mascara, aku pun boleh pakai.

“Qash, dah la tu. Jom balik”

Syiffa tarik tangan aku lagi. aku pusing pandang dia kejap sambil gelengkan kepala. Sorry Syiffa, hal ni tak settle , takkan aku nak balik macam tu je?

“ikut suka aku la mulut aku”

Aku jawab sambil balas tenungan Nadia tu. Kalau dia bertindak, aku takkan teragak-agak nak bagi back-hand je kat perempuan ni. Syukurla jugak tadi ada lab, macam tau-tau je akan ada pertumpahan darah kejap lagi.

“kau memang nak kena kan”

Nadia tu cuba tolak aku tapi cepat je aku elak. Last-last dia terdorong ke depan dan tak semena-mena jatuh atas lantai jubin tu. Aku dah nak tergelak. Pakai heels memangla tak stabil, lainla aku yang pakai sneakers ni.

“Qash, apa ni?”

Triple S dah bangun dan tarik tangan aku. Aku pusing pandang dia. Nampak muka dia dah merah macam udang kena bakar. Haha, padan muka. Habisla kau punya populariti sebagai ahli MPP kolej ni. Ramai je orang yang tengah tengok ‘drama sebabak’ kitaorang kat sini.

“bukan aku yang tolak dia ok”

Aku cuba tarik tangan aku yang Triple S pegang tapi Triple S genggam tangan aku kuat.

“sorry Nadia, I have to go”

Sempat lagi Triple S cakap maaf kat Nadia. Buat aku makin berasap je. Syiffa dah buat isyarat dia balik dulu tak nak kacau aku dengan Triple S.






Triple S tolak aku masuk kereta Honda Civic Type-R dia tu. Aku dah cuba nak lari tadi tapi kuat je dia pegang tangan aku sampai merah. Geram betul.

“sakitla”

Aku marah dia. Dia menjeling aku tajam sebelum tekan central lock kereta. Aku gigit bibir tahan nafas.

“buat malu je tadi”

Triple S menggumam. Aku mencebik. Malu sangat la tu?

“menggatal ngan perempuan lain tak malu?”

Aku perli dia. Dia mengeluh. Jangan kata menyesal pulak.

“Qash, takkan tak kenal Nadia tu? Dia kan my classmate. Kitaorang kan tengah study tu”

Suara Triple dah slow tak macam tadi tak macam mula-mula tadi.

“aku tak kenal pun

“awak jeles kan?”

Triple S tanya aku balik. Aku rasa dia nampak macam sedikit senyum.

sorry la nak jeles k. Aku just ingat pasal perjanjian tu je”

Aku balas pertanyaan dia dengan senyum mengejek.

“aku rasa aku ni macam dah baik sangat sebab dah bagi peluang kat kau. Hari tu kau buat hal ngan Erny, sekarang ni Nadia pulak. Esok lusa dengan sape pulak”

Aku merengus perlahan. Lelaki ni tak boleh bagi muka, cepat je dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu kalau dah jumpa perempuan lain.

“Qash, jangan la macam ni. Saya mana ada affair dengan diaorang tu. Awak je yang tuduh bukan-bukan”

Triple S dah cuba menafikan. Aku buat muka bosan. Hari tu macam ni jugak bila nak pujuk aku.

“lagipun perjanjian tu dah tak valid sebab awak dah jadi milik saya, takkan dah lupa kot?”

Triple S tiba-tiba senyum. Aku pusing pandang dia. Eh betul ke apa yang dia cakap tu?

“tak valid?” Aku kerut kening.

“Qash, awak mesti dah lupa kan? Syarat perjanjian tu kalau saya ada affair dengan perempuan lain, awak boleh tuntut cerai tapi saya mana affair ngan perempuan lain pun. Semua tu kawan saya je la”

Aku dengar je apa yang dia cakap tanpa menyampuk apa-apa.

and perjanjian tu tulis, if awak dah jadi milik saya sepenuhnya, perjanjian tu dah tak valid lagi”

Triple S menyambung. Aku terdiam sekejap. Macam mana aku boleh lupa syarat kedua tu? Kenapa la aku boleh rela serah diri kat Triple S hari tu? Menyesal pun dah tak guna sekarang ni. Haissh..

so perjanjian tu dah boleh masuk tong sampah sekarang”






“ ni apa kes yang tetibe block jalan ni?”

Aku tanya Triple S yang dah tegak terpacak depan tangga tu. Boleh pulak dia buat gaya polis pencen pagi-pagi macam ni. Dia tak tau ke yang aku ada kelas awal pagi hari ni? Atau saja-saja buat tak tau?

“saja”

Tu je sepatah ayat yang keluar dari mulut dia. Aku buat muka bosan sambil melangkah pergi ke arah dia. Tak nak bagi aku lalu jugak, aku tolak je nanti kat sini.

“tepi la, nak lalu ni”

Aku tolak sedikit bahu dia. Tapi dia still mengeraskan badan dia yang dah sedia keras tu. Aku dah mula nak naik angin.

“apsal ni?”

Aku tanya dia. Dia still buat muka macam android tak berperasaan. Dah kena sampuk apa ni?

“apsal semalam tak masuk bilik?”

Triple S tanya aku balik sambil merenung tajam. Aku dah buat muka blur.

“kenapa pulak ni? Selama ni ok je”

Aku balas soalan dia sambil lewa. Tengok jam dah dekat nak pukul 7.45 pagi. Haila, kalau masa ni ada kat rumah lagi, konfem lambat nanti nak masuk kelas. Dahla kelas Puan Hartina tu, mau aku kena pancung hidup-hidup nanti.

“tu dulu. Sekarang dah lain”

Aku fikir balik ayat yang keluar dari mulut Triple S tu. Apa yang beza dulu dan sekarang?

“serius tak faham”

Aku jawab balik soalan Triple S tu. Dia dah makin merenung aku tajam. Aku telan liur. Apasal rasa tiba-tiba seram dengan pandangan Triple S ni?

“Qash, jangan buat-buat tak faham”

Triple S dah pegang bahu aku. Aku jeling tengok tangan dia kat bahu aku. Apakah?

“follow me”

Dia tarik tangan aku dan kaki dia terus je menghala ke bilik aku. Sebenarnya apa yang Triple S nak buat ni?






“apa ni?”

Triple S tunjuk kotak bersaiz empat segi sama kat aku. Aku dah telan liur. Alamak, apasal pulak dia boleh jumpa ni? Aku dah siap buang dalam tong sampah lagi pagi semalam. Mesti dia geledah bilik aku ni. Menyesal pulak tak kunci tadi. Adoyai.

“err...”

Aku garu kepala yang tak gatal. Serius aku takut tengpk muka Triple S sekarang ni. Tegang semacam je. Macam nak telan orang pun ada. Mesti dia betul-betul marah sekarang ni.

“Qash, selama ni awak buat macam-macam kat saya, saya tak kisah pun. Tapi kali ni saya rasa awak dah betul-betul melampau”

Laju je suara Triple S masuk kat gegendang telinga aku. Aku pejamkan mata sambil menggeleng.

“I..”

enough, saya takkan maafkan awak sampai bila-bila”

Triple S campak kotak empat segi kat tangan dia tu ke atas katil. Dia terus je berlalu ke luar dari bilik aku sambil menghempas pintu. Aku dah terduduk atas katil, tak tau nak kata apa. Tapi betul ke dia tak nak maafkan aku sampai bila-bila? Melampau sangat ke perbuatan aku ni?




P/s : sorry lmbt upload..hehe..bz sket..anyway plz komen yer :)

15 comments:

S. said...

yeay!!im da first!!!

Kenapa dgn Sharkie ni??? Apa dlm kotak 2???Kak zura...bila qash nk ada baby???hu3...jgnla mcm tu, maafkan la...

si.tudung.ungu said...

ish. banyak sangat rahsia nak kene korek la kt sni. perjanjian diorg la, kotak tu lah. ke kte yg bce xbtul ni??

Awin, soklan no 3 tu xleh blah la.. adoyai.. huhu

Sis, dah sihat dah?

zura asyfar addy rifqhiey said...

awin : hehe..sis pon dah pening ni..hehe..

~ perjanjian tu sebelum diorg kawen : sape2 yg ade affair, leh tuntut cerai (ms tu kan Qash tak suke Sharqiy)

~ kotak tu tgu next chapter..hehe
~ qash ade baby?hmm...maybe :)
~ sharqiy tgh mrh tu sebab tu dia cakap cam tu (kene mngena ngn kotak tu jugak la)

kiwi : da betul tu ape yg dah bace tu..

~ sis da ok sket cuma batuk je..huhu

keSENGALan teserlah.. said...

kotak pregnancy test?
wahh..advance betul pemikiran daku.
hahahaha..

next2.

zura asyfar addy rifqhiey said...

zatie : hoho..adess mmg advance pnye teka la..haha..btw tekaan tu dah dekat tp tak betul lagi la..hehe

Qwerty said...

uhhukk. baru nak happy2, dah sedih2.
isk3.

qash buat salah ape ek?
smbung2.

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..pdn muka Qash tu kena mrh ngn Ayeem :)

~ tgu next chapter br tau ape slh dia..hehe

liyana said...

yeahh..dpt gak bace entry bru..
5 hr tnggu cm 5 thn plk..
adus..nape plk 2,bru syok bace diorng baik2..
ape plk jd kali ni..
*btw,kot diorng de baby mst bez kan

kak..cpt2 la smbung

zura asyfar addy rifqhiey said...

liyana: hehe, sorry lmbt upload, bz plus demam ..huhu

~ ade la tu Qash wat smpai Ayeem marah cm tu sekali..
~ ramai org request diaorg ade baby ni..hehe..akan dpertimbngkan idea tu :)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Wah, apa yang ada dalam kotak tu eh? suspens ni :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

moon : hehe..suspen betul kan? tgu yer next chapter :)

Anonymous said...

adoi!asl lak laki bini jd cmni ni??
pening3...wahai panadol, dimana kamu?!

zura asyfar addy rifqhiey said...

anonymous : jgn pening dulu..

~ biase la diorg tu perangai bukannya matang pun..hehe

tiekqa fhea said...

huhuhu.. scene gaduh lah pulak?
suspen je. kotak misteri ape tu?

zura asyfar addy rifqhiey said...

tiekhafhea : hehe,,mmg suspen..kene tgu next entry br tau ape yg ade ngn kotak misteri tu..hehe