:: My gangS :: TQVM

Wednesday, February 9, 2011

Don't You Love Me? - 3



Episode 3 : Pelik



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku berjalan laju-laju dari bus-stop berhampiran. Bila tengok jam kat tangan, dah masuk pukul 7.15 malam pun. Haila, dah lambat gila ni. Kalau la bas tadi tak buat hal mesti pukul 6 aku dah sampai rumah. Adoyai, mesti mamat sengal tu dah ada kat rumah masa ni. Adeh, masak aku kena ‘gulai’ kejap lagi ni.

Whoff!! Whooff!! Whooff!!

Aku berpusing bila dengar bunyi semacam je tu. Eh? Ada seekor anjing kaler hitam dah terpacak kat belakang aku sambil menggoyang-goyangkan ekor. Apa kes pulak anjing ni menyalak kat aku? Apa nampak aku ni macam anjing betina ke? Tapi kalau dia nampak aku macam anjing betina, sah hormone dia tengah tak betul atau lebih spesifik dikategorikan sebagai anjing gila..Huhu, seram pulak bila teori macam tu keluar kat kepala aku.

Whooff!! Whooff!! Whooff!!

Anjing itu menyalak kat aku sekali lagi. Kali ni dia dah menunjukkan giginya yang aku kategorikan macam tajam jugakla. Haissh anjing ni jangan la buat hal pulak, dah la aku tengah takut plus seram ni. Niya, bertenang, buat tak tau je la, jalan macam biasa je.

Whooff!! Whooff!! Whooff!!

Anjing, kau memang gila. Baik aku cabut sebelum aku kena gigit. Tak sanggup aku dijangkiti virus anjing gila ni. Biarla orang cakap, kalau jumpa anjing jangan lari tapi sekarang ni aku kena lari jugak sebab anjing tu dah mula kejar aku. Aku sayang lagi la nyawa aku sekarang ni.

“Makk!!”

Aku menjerit kuat sebelum mengangkat kain baju kurung untuk berlari. Nasibla aku pakai legging panjang kat dalam, tak ada la seksi sangat nak berlari kalau kain baju kurung dah tersingkap sampai kat peha. Nak buat macam mana, dah darurat sangat pun ni. Belasah aja la.

Walau sekuat mana aku berlari tapi tak boleh laju jugak sebab tengah pakai wedges. Tu pun dah hati-hati berlari sebab tak nak muka aku yang ‘cun’ ni tersembam atas interlocking walk way. Tak nak aku kena cari ‘muka’ baru. Mamat sengal tu pun satu, apa kes la yang beli rumah jauh sangat dari jalan besar, kan tak pasal-pasal aku kena marathon hari ni.






Macam nak semput nafas aku bila dah nampak pintu pagar rumah. Dah macam orang kena kejar hantu pun ada aku ni. Bila aku pandang belakang, anjing gila tu still kejar aku. Konfem lepas ni aku dah tak nak jalan kaki balik rumah, baik aku naik teksi je tadi suruh hantar sampai depan pintu pagar.

Dengan kelam-kabut aku meluru ke pintu rumah. Sempat jugak aku kerling kat porch tengok kereta Nissan Fair Lady mamat sengal tu dah tersadai kat situ. Adoyai, masak la aku lepas ni. Eh Niya, sebelum apa-apa baik kau selamatkan diri kau dulu.

Gedebukk!!

Aku tertolak pintu rumah sebelum aku terjatuh atas ‘sesuatu’. Tapi kenapa aku rasa tak sakit pun? Bila aku bukak mata, tengok-tengok aku dah terpeluk Reyfhan. Yang lebih dramatic, tubuh aku ada atas dia. Dia pandang aku tajam tak berkelip. Niya, ‘habislah’ kau. Huhu..

“apa ni?”

Suara Reyfhan mematikan pandangan mata aku kat muka dia. Cepat-cepat aku mengalih badan aku dari dia. Huh, wangi gila pakai perfume, nak pergi mana pulak masa ni? Kan dah masuk waktu Maghrib? Takkan nak keluar jugak masa ni?

sorry..Ada anjing kejar aku tadi”

Aku jawab sambil mengambil buku-buku yang bersepah-sepah kat lantai. Yela, beg aku tadi pun dah tercampak bila aku terjatuh tadi. Aku tengok Reyfhan dah bangun berdiri sambil memandang aku tajam. Haila, mata macam mata burung helang je tengok aku. Gila seram nih!

“setau aku tak de anjing kat sini”

Dia jawab sambil ambil kunci kereta kat meja kopi kat ruang tamu. Tak ada anjing? Aku dah nak putus nafas kena kejar tadi boleh dia cakap tak ada anjing? Dia ingat aku buat lawak ke apa?

“ada tadi, kalau tak, takkan aku kena kejar”

Aku jawab sambil mata aku asyik pandang dia je. Dia bergerak kat muka pintu sambil tengok aku sekilas.

“lain kali balik sebelum Maghrib, tak ada la kena kacau ngan setan”

Selamba dia jawab sambil menutup pintu. Aku terkedu kat situ sambil menelan liur. Betul ke tadi setan yang kejar aku? Haissh, seram betul dia ni.

Tapi mamat sengal tu nak ke mana waktu-waktu Maghrib macam ni? Lupa pulak aku nak tanya. Agak-agak sempat tak kalau aku pergi tanya dia?

Baru je aku nak bukak balik pintu rumah, tiba-tiba pintu tertolak dari luar. Terkejut aku tengok muka Reyfhan tengah pandang aku semacam. Mamat ni memang la. Suka sangat buat aku test jantung.

“aku pergi masjid kejap, jangan lupa masak”

Dia terus menutup pintu. Adeh Niya, kau tak nampak ke dia pakai kain pelikat tadi? Aku menepuk dahi. Tu la Niya, fikir apa la sampai orang nak buat baik pun kau dah fikir bukan-bukan.





Lepas siap masak, aku baring kejap kat sofa sambil tengok tv. Nak makan pun kena tunggu mamat sengal tu dulu, kang tak pasal-pasal kena bersoal-jawab dengan dia sebab tak tunggu dia. Adoyai, perut dah lapar ni, sabar je la.

Aku mengurut-urut betis yang lenguh tu dengan minyak panas sambil duduk kat sofa. Haishh, dah macam orang tua dah ni. Baru je berlari sikit dah lenguh sana sini. Tapi ni bukan sebab terpaksa berlari tadi je, kelas full memanjang siang tadi pun menambah perisa lenguh kat kaki ni.

“ni kenapa pulak?”

Terkejut aku dengan suara Reyfhan yang tiba-tiba masuk ke gegendang telinga aku ni. Nasib tak terlepas botol minyak panas ke lantai. Bila masa pulak dia balik? Kenapa telinga aku tak dengar bunyi apa-apa macam bunyi kereta or pintu terbukak ke? Musykil betul.

“lenguh kaki”

Dua patah aku jawab tanpa pandang muka dia yang dah duduk kat sofa sebelah aku. Cett, kata tak nak bagi aku dekat dengan dia. Yang duduk menempel sekali ni apasal? Aku kerling dia dengan ekor mata tapi tangan dia sibuk tekan remote tukar channel tv. Kopiah pun tak buang lagi dari kepala.Hmm, rasa macam sejuk je hati tengok dia pakai macam tu.

“meh sini nak urut”

Aku terdiam sekejap. Betul ke apa yang aku dengar ni? Mamat sengal ni tengah offer diri nak urut kaki aku ke? Macam pelik je dengar, yela kot-kot ada agenda tersembunyi ke?

“takpe la, aku urut sendiri”

Aku tolak tawaran dia dengan baik walhal aku geli sebenarnya. Tapi kan rasa macam seram pulak bila tengok perangai dia ni. Dah la tiba-tiba je buat baik dengan aku. Kenapa ek?

“ok. Tak nak sudah”

Dia bangun dah menuju ke tangga. Aku pun turut bangun nak pergi hidangkan makanan. Yela, tuan rumah dah balik, kena la layan elok-elok.

next time jangan pakai cam tu lagi”

Aku yang tengah berjalan menuju ke dapur terhenti. Apa dia cakap tadi? Huh, dia tegur cara aku pakai baju ke? Aku tengok sleeveless dengan shortpant yang aku pakai, macam ok je. Selalu je aku pakai macam ni kat rumah tak ada pulak orang tegur. Takkanla Reyfhan tergoda pulak tengok aku pakai macam ni? Aku dah senyum sampai ke telinga.







Aku meniarap atas katil sambil menaip sesuatu kat facebook. Nak buat assignment rasa mcam malas pulak. Ala Niya, awal lagi ni. Aku sengih je depan laptop.

Tiba-tiba pintu bilik aku ditolak dari luar. Terkejut aku. Cett Reyfhan ni, dah tak pandai nak ketuk atau bagi salam dulu ke? Huh,nasibla aku tak ada buat sesi kuak lentang tadi.

Tengok-tengok dia dah berdiri depan aku sambil tengok aku tak berkelip. Apa hal pulak mamat ni? Aku bangun bersila sambil jungkitkan kening.

“kau belajar AutoCad kan?” Reyfhan tanya aku.

Aku kerutkan kening. Apasal tanya aku belajar menatang tu pulak? Ada kena mengena dengan tujuan dia datang bilik aku ke?

“err..Ada. Kenapa?”

Aku tarik laptop ke riba. Mana la tau mamat ni tiba-tiba nak check laptop aku ke? Dah la laptop aku ni banyak benda-benda tak sepatutnya. Hehe..

“ikut aku”

Dia dah tarik tangan aku sampai aku terbangun. Aku pandang dia dengan muka penuh tanda tanya. Apasal pulak sampai tarik-tarik tangan segala? Aku boleh bangun sendiri la.

“kenape ni?”Aku tanya dia lagi.

“ikut je. Bawak laptop sekali”

Dia jawab sambil tarik aku ke bilik dia. Aku yang tak nak bergaduh ni just ikut je cakap dia. Tapi kan dia nak buat apa ni?

Bila masuk je bilik dia, bulat mata aku kat situ. Ni bilik ke stor? Penuh dengan kertas-kertas, pelan-pelan bagai atas meja study dia. Adoyai, serabut je kalau tengok. Boleh pulak dia hidup dalam keadaan bersepah-sepah macam ni?

“siapkan pelan banglo ni untuk aku”

Selamba je dia hulur kertas yang tertulis lakaran pelan tu kat aku. Aku dah tercengang. Gila apa Reyfhan ni? Aku ni baru amatur bukannya taraf professional macam dia nak buat pelan bagai. Setakat pelan railing tangga dengan jalan tu biasa jugak aku buat, ni pelan rumah banglo dua tingkat tu. Dah la ada skala lagi.

“err..aku mana biasa buat pelan cam ni”

Aku jawab terus-terang. Dia dah pandang aku semacam. Haila, mamat ni. Macam nak dera aku je suruh buat kerja dia. Dia ingat aku pekerja dia ke apa?

“buat je or esok tak yah pergi kelas”

Aku terkedu kat situ. Selamba je Reyfhan main ugut aku. Dahla esok aku ada test dengan presentation. Mampus kalau aku tak pergi, tak pasal-pasal kena extend semester nanti. Aku ambil jugak kertas tu sambil merungut dalam hati. Mana sempat nak siapkan malam ni. Adoyai, bencinya kena dera macam ni!

16 comments:

fallenmoon said...

Kak Zura, cutelah Niya dgn Reyfhan ni :D

zura asyfar said...

moon : cute ke? Kesian Niya tau kena dera tuh..hehe

Shamien said...

sis dear, cepat2...jgn dera perasaan awin ni...plese222222........

zura asyfar said...

awin : eh-eh sape yg tdera ni?hehe..upnext : sharqiy :)

.:kiwi:. said...

Awin terdera? eh, silap. Niya didera? telefonlah teledera. (masih adakah talian itu? huhu...)

adoi, nk buat pelan bkn 2-3 hari ke klu plg cpt? ni nk semalam je. banglo lak tuh. gler la Reyfhan tu. Kak Zura, ape salahnya si Niya ni smpai kne lyn cmni skali??

zura asyfar said...

yg sis tahu talian nur ada la..haha..

~ kenape ek reyfhan layan Niya cm tu?hehe..kene tgu for next epi la but rase lmbt lg nk reveal hal tu..pelan banglo mau sebulan baru siap kalau sis yg buat..haha..kalau reyfhan tak tau la kot..dia kan terer :)

Shamien said...

Huhu...nak ni gak!!!sambung2...

zura asyfar said...

awin : mmg demand :D

Anonymous said...

napa si mamat tu suka sgt dera si niya apa salah niya sebnrnya ni cpt smbung ye

zura asyfar said...

anonymous : ada la tu kot salah niya..hmm, nnt zura smbung :)

Anonymous said...

nk n3...plezz....best babe...kp it up zura

WITHOUT A SOUND said...

smbung cpt2 tau..
best..best..hihihhi
n tq ntuk ntri ni ^^

zura asyfar said...

anonymous : thnkss..zura akn smbung :D

without a sound : thnkss...ok2 baru je masuk tiga pages ni, hrp sbr la tgu entry baru..hehe

Anonymous said...

k.zura lambt lg ke sambungannye???
huhuhu...
dh xsabo nk bce ni...

zura asyfar said...

anoy : hehe..mmg nk smbung cz hr tu terstuck kat page 3, pastu sibuk nk perabeskan my little shark dulu...ni br la tgh2 cr idea baru nk smbung doughnut n DYLM :)

RinsyaRyc said...

eheh . tu dia ... ada org tergoda . sweet sngt la kak zura . laki ni cool ... >_<