:: My gangS :: TQVM

Sunday, January 16, 2011

D.O.U.G.H.N.U.T a.k.a Aku dan kamu 4

:: episode 4 : bertunang? ::



***********************************************************************************

“Asha!”

Mama jerit panggil aku dari beranda. Aku yang tengah sapu laman tu berhenti kejap. Apahal pulak mama ni sampai terjerit-jerit panggil nama aku? Mesti ada lagi kerja yang nak suruh dibuatnya. Laman pun tak sampai lagi suku aku sapu. Dah ada kerja lain pulak yang menunggu. Sabar je la kalau jadi orang gaji yang tak bertauliah ni!

“ada apa ma?” Aku pergi dekat mama sambil betulkan lengan baju yang aku lipat tadi.

“pergi beli gula kejap”

Mama dah berdiri sambil cekak pinggang. Matanya dah renung tajam kat aku. Rasanya baru je dua hari lepas nampak papa shopping barang-barang dapur. Cepatnya habis? Diaorang ni makan nasi dengan gula ke? Konfius aku sekejap.

“yelah” Aku malas nak soal jawab. Nak mintak duit dengan mama? Jangan harapla dia akan bagi. So, konfem la kena pakai duit elaun aku nih. Dahla elaun pun tinggal sikit je ni. Adoyai, bila la aku nak kaya nih?

Aku masuk rumah ambik tudung dengan wallet. Masa turun tu tengok kereta mama dah tak ada, mesti dah keluar jumpa kawan dia tu. Padahal dia boleh je pergi beli, saje je nak suruh aku. Huhu..

Lepas je kunci pintu rumah, aku jalan perlahan-lahan nak ke minimarket dekat simpang taman rumah aku ni. Sebenarnya kalau ikut rasa malas, memang tak nak pergi pun, bukan apa jauh gila dari rumah. Rasa sikit lagi nak sampai setengah kilometer. Tapi kalau tak pergi, maunya bernanah telinga dengar mama berleter. So nak tak nak terpaksa la jugak aku pergi.

Dengan gigihnya aku berjalan sampai berpeluh-peluh kat dahi. Yela, baru pukul tiga, matahari pun masih terik lagi atas kepala. Sampai kat minimarket tu, first sekali, kena beli la air. Dah rasa macam kering gila tekak ni.

Aku ambil air kotak laici dan sepeket gula. Beli sekilo dah la, berat je nak angkut banyak-banyak bawak balik. Kalau datang dengan kenderaan tak pe jugak, ni jalan kaki je.

“beli gula lagi?” Pakcik Ahmad tanya masa aku bukak wallet nak bayar.

“a’ah” Aku jawab sepatah. Tangan sibuk cucuk straw dekat air kotak laici.

“bukannya baru dua hari lepas papa kamu beli 2 kilo gula?” Pakcik Ahmad dah kerut kening. Aku lagi la berkerut kening masa mama suruh beli tadi.

“dah habis agaknya” Aku jawab jujur.

Tak tau la aku sebab semalam tengok ada lagi kat kabinet tu. Takkanla mama aku dah sedekah kat orang kot. Tapi maybe jugakkan. Mama tu perangai dia pelik sikit. So tak payah nak pening kepala fikir perangai dia.

“oh. Jangan makan banyak sangat gula. Nanti dapat penyakit pulak” Aku senyum je dengar Pakcik Ahmad cakap sambil angguk kepala.

Aku kesat peluh dengan tangan. Adoyai penatnya kaki kalau dah lama tak praktis jalan jauh. Boleh kurus kering badan kalau tiap-tiap hari macam nih. Tshirt yang aku pakai pun dah basah kat belakang.

Aku singgah kejap kat taman permainan yang dekat dengan rumah aku tu. Cuba kumpul balik tenaga campur oksigen yang dah habis. Sambil ambil angin nak menyejukkan badan.

“Asha, sorang je?”

Terkejut aku yang tengah duduk bawah pokok tu. Siapa pulak ni yang rajin tegur-tegur aku pulak?

Aku pusing belakang, tengok-tengok si Khaiyrel dah tersengih duk bersandar kat kereta BMW M6 sport kaler hitam dia tu. Lupa nak cakap, dia ni anak Pakcik Ahmad yang ada minimarket tu, baru je balik dari overseas sebab study sana. Lagi satu dia ni berlagak sikit, taula anak orang kaya. Lagipun bila ingat jumpa dia kat MM tu rasa geram je. Tak pasal-pasal aku kenyang makan penampar free malam tu!

“takla, ada lagi dua tiga orang nih” Tak sekolah langsung punya soalan.

Dah bulat-bulat nampak aku sorang je kat sini, mau tanya lagi. Apa punya slow loading la? Tak padan belajar tinggi-tinggi kat overseas. Nak je aku sound macam tu kat dia!

“haip, marah ke?”

Dia gelak tapi mata tu dari tadi tak berkelip pandang aku. Aku cebik bibir. Macamla aku buat kelakar pun.

“kau kan yang bagitau mama pasal aku jalan ngan Fajie kan?” Aku tanya dia. Rasa sakit hati pulak tengok dia gelak macam tu.

opps, sorry terbagitau” Dia senyum sambil kenyit mata. Ada jugak yang nak kena cucuk mata satgi.

“apsal kau sibuk sangat pasal aku? Jaga diri sendiri dah la” Aku balas cakap dia.

“hmm, yang kau marah sangat kenape?” Dia senyum sinis.

Aku tarik nafas panjang. Kalau la dia ni bukan lelaki, dah lama rasanya aku karate dia. Harap ingat dia ni bukan lawan aku je.

“memang aku marah pun, tak pasal-pasal je aku dapat penampar malam tu” Aku terjerit sedikit.

Sampai hari ni rasa sakit lagi kena penampar dari mama. Kalau setakat kena marah tu dah biasa dah pun.

“sakit ke yang?” Dia datang dekat sedikit dengan aku.

Ek, ingat nak say sorry ke apa? Ni buat-buat concern la pulak dengan aku. Masa report kat mama tu tak ingat pulak. Apa punya orang la dia ni.

“chop-chop..Kau ape kes bersayang-sayang ngan aku pulak? Bukannya aku awek kau pun” Aku jauhkan diri sedikit dari dia.

“ek ele, panggil sayang sket pun dah gelabah” Dia senyum perli.

“dahla, aku nak balik” Aku bangun berdiri.

“jomla aku hantar kau balik. Mesti lenguh kan jalan kaki” Dia dah berdiri kat sebelah aku.

“tak pe, aku dah biasa jalan kaki”

Sebenarnya seram jugak berdua je dengan dia kat taman ni. Dahla tak nampak ada orang pun. Kalau dia ada niat jahat macam mana?

“eleh, jual mahal la pulak” Dan-dan je perli aku.

Macamla aku kebulur sangat nak naik kereta dia tu. If dia bawak kereta kebal sekalipun, 56 kali aku fikir nak naik.

sorry yer, aku bukannya barang nak jual murah-mahal” Cepat je aku jalan kaki tinggalkan dia kat situ. Lantakla, buat sakit hati je cakap dengan dia tuh!

“Asha” Dia jerit masa aku dah sepuluh tapak jauh dari dia.

Aku tak pusing pun belakang. Baik aku balik cepat dari layan mamat ni. Buat sakit otak je! Aku pun hairan macam mana si Fajie tu boleh jadi bestfriend dengan dia. Perangai kontra habis!


“Yash” Seseorang panggil nama aku.

Mengejut aku brek dari berjalan. Kalau kat tengah jalan ni, wassalam dah kalau berhenti mengejut. Aku urut dada. Pusing kanan, tengok-tengok kereta Mitsubishi Lancer Sportback kaler hitam dah parking tepi aku.

“sape pulak ni?” Aku tanya soalan kat diri sendiri. Ramai sungguh yang tegur aku hari ni. Ingat hari tegur menegur sedunia ke apa?

“Yash” Aku dengar lagi dia panggil.

Seseorang tu jenguk kepala dari tingkap kereta. Aku baru je niat nak cabut tadi. Yela, mana la tau kot-kot orang jahat ke?

Aku ternganga sekejap. Fajie? Dari mana la budak ni? Tiba-tiba je muncul. Jatuh dari langit agaknya. Dahla pakai kereta lain pulak. Tukar kereta macam tukar baju je dia ni. Tiba-tiba aku musykil, dia ni kaya sangat ke?

“Fajie” Aku sebut sepatah namanya.

“yup, tak sangka ek kita jumpa kat sini” Dia sengih dari dalam kereta. Aku cuba senyum nak tak nak.

“dari mana ni?” Aku tanya dia.

“emm..Dari rumah je, saja datang round-round sini” Dia dah keluar dari kereta dan duduk atas bonet kereta dia.

Yela tu saja datang round-round? Entah-entah cari aku kot? Ngee, perasanla aku ni. Maybe dia datang jumpa si Khaiyrel tu kot, kata BFF. Hari ni dia pakai tshirt putih round-neck dengan seluar baggy paras lutut. Tetap nampak stylo jugak walau dengan rambut burung kakak tua dia tuh!

“cari awek ek?” Saja aku tanya soalan macam tu. Dia sengih je dengar soalan aku tu.

Ala muka macam dia ni kategori B+ mesti lakunya. Dengan pakai kereta mahal lagi, mesti ramai je budak-budak perempuan yang ‘gila ke besi’ ni cepat je terpikat. Mesti pandang sepuluh kali tak lepas punya! Tapi kalau aku, terpikat jugak ke? Haha..jangan berangan la.

“lebih kurangla” Dia tengok je aku.

“hmm..Kalau ada berkenan kat area ni, boleh je nak tolong adjustkan”

Cett! Boleh pulak aku offer diri nak jadi match-maker orang. Macamla aku ni banyak sangat pengalaman. Bercinta pun tak pernah!

“hmmm..ye ke ni?” Dia tanya sambil usap-usap dagu.

“yelah” Cepatje aku jawab.

“kalau cam tu, tolong adjustkan yang kat depan saya ni je la” Dia sengih.

Apakah? Hilang senyum aku kejap. Otak aku cuba fikir balik ayat-ayat yang baru keluar dari mulut dia. Mesti dia silap cakap ni. Tak pun tengah praktis buat lawak.

“kot yer nak wat lawak pun, agak-agakla” Terus je aku sound dia sambil gelak.

“Yash, saya tak wat lawak pun”

Muka dia dah berubah. Hai, takkan merajuk lagi kot? Sorry la hari ni tak ada Chuppa Chup nak bagi.

“err..sorry..Tapi saya rasa awak silap tengok kot. Mana la ada orang depan awak ni”

Mata aku pusing kiri kanan kot-kot ada orang, tapi macam tak ada pun. Nak kata orang, bayang-bayang pun tak ada. Atau dia nampak ‘seseorang’ yang aku tak nampak? Ni yang tiba-tiba rasa meremang je bulu roma.

“eh tak de ke? Saya rasa ade jer. Habis awak bukan orang ke?” Dia senyum lagi.

Mata dia tak berkelip pandang aku. Ah sudah budak ni, macam ada aura nak mengorat aku pulak. Adoyai, perasan lagi aku. Ngee..

“erkk..Saya memangla orang tapi takkan nak ngorat saya kot?” Aku gelak walau macam tak ikhlas je.

“dah tu betulla. Saya nak ngorat awak la ni” Dia cakap.

Aku terkedu sekejap. Biar betul budak ni? Dia sedar tak apa yang dia cakap ni? Mana la tau kot-kot baru terhantuk kepala kat mana-mana or high ke? Tu yang cakap macam pelik-pelik je aku dengar.

“Fajie, awak ni high ke?” Direct je aku tanya soalan tu.

Lepas tu Fajie melompat turun dari bonet kereta dan pergi dekat aku. Eh?

“Yash, walau awak tengok saya macam ni. Saya still ingat halal haram tau” Dia dah berdiri depan aku.

Tetiba je rasa budak ni lagi tinggi dari aku. Eh apa aku merepek ni?

“err..Saya balik dulu la. Mesti mama saya bising sebab lambat balik”

Cepat je aku tunjuk plastik berisi gula kat tangan. Bukti kena balik cepat. Lepas tu terus je aku blah dari situ. Adoyai Fajie ni, bikin aku cuak je dengan kata-kata dia tadi.

“Asha, papa nak cakap sikit ni” Papa panggil masa aku tengah layan cerita He’s Beautiful kat 8tv.

Cair kejap aku tengok Jang Geuk Sun tapi bila tengok Hong Ki terus ingat kat budak Fajie tuh! Apa aku ni? Boleh pulak ingat kat dia malam-malam macam ni?

“ade ape pa?” Aku dah gerak dekat sikit kat papa.

“macam ni, petang tadi masa kamu pergi kelas, ade orang datang” Aku dah kerut kening.

Ada orang datang? Selama ni ada orang datang, tak ada pulak diorang sibuk-sibuk bagi tau aku. Agaknya berdaulat sangat orang yang datang tu kot!

“siape yang datang?” Aku dah buat muka blur. Entah siapa-siapa la yang datang. Macam penting bangat aje nih!

“Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah. Diaorang datang bawak hajat” Mama pulak sambung.

Aku dah rasa tak sedap hati. Tapi bila ingat kat Kak Long yang dah kerja tu terus aku senyum. Mesti untuk Kak Long nih! Dapatla rasa makan nasi minyak untuk tahun ni.

“untuk Kak Long ek?” Aku terus tanya soalan direct.

“bukan untuk Kak Long, untuk kamu la” Mama terus potong tak sempat papa nak cakap.

“eh?” Ternganga aku kejap.

Untuk aku ke? Eh macam tak relevan je sebab aku ni study tak habis lagi walau dah sem akhir. Takkanla aku kena langkah bendul pulak? Kak Long pun tak kahwin lagi. Tapi kalau Pakcik Ahmad dengan Makcik Zaharah datang, mesti untuk anak dia. Anak dia, mesti si Khaiyrel tuh! Arrgh, macam mana ni?

“tapi orang kan belum habis study lagi” Aku cuba buat alasan.

“terima je lah kalau ada orang nak tuh” Cepatje mama pintas cakap aku.

Aku rasa mesti sebab malam tu. Yang dia cakap nak carikan ‘laki’ untuk aku tu. Mesti mama dah cakap pasal tu kat papa.

“eee, orang tak nakla...” Aku buat muka.

“eh budak ni. Kira ok la kalau orang yang nak tu. Ada rupa, kereta besar, keje pun best. Nak ape lagi? Lagipun hari tu kamu jugak yang gatal nak berlaki” Mama dah sound aku sebelum aku habis cakap.

“tapi ma...” Tak sempat ayat aku nak habis, sekali lagi mama dah potong cakap aku.

“kami dah terima. Lagi dua bulan korang berdua bertunang. Lepas grad boleh kahwin terus” Mama sambung lagi.

Aku dah statik kat situ. Bertunang? Kahwin? Tak pernah-pernah aku fikir perkara macam ni dalam umur dua puluh satu ni. Adoyai, bikin sakit kepala nih!

“habis tu Kak Long?”

“Kak Long kamu tu kan dah kerja, dah ada boyfriend pun” Mama jawab lagi.

Aku pandang je muka papa. Mama dah jeling tengok aku. Mama selalu je lebihkan Kak Long sebab Kak Long terer dapat masuk UiTM, aku pulak dapat sambung study kat poli je. Aku tau la aku tak ada boyfriend lagi tapi sampai hati mama buat aku macam ni. Tak bagi chance langsung aku berkawan, nak bercinta apatah lagi, terus je suruh kahwin. Tak adil langsung!

“pa..” Aku panggil papa.

Mana tau papa nak back-up aku. Tapi mama dah mencerun pandang kat aku. Terbantut niat aku nak merayu kat papa.

Aku bangun dengan muka tak puas hati, tapi tak ada la sampai hentak-hentak kaki. Tak ada mood dah nak tengok cerita He’s Beautiful. Papa pun senyap je tadi, tak ada back-up aku langsung. Ni yang nak rasa nak menangis ni!

Budak Khaiyrel tu pun satu. Nak je aku sekeh-sekeh kepala dia. Suka-suka hati dia je datang hantar rombongan cik Kiah kat rumah aku!

6 comments:

Hafia Hana said...

mskkn la n3 slalu

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..akan dipertimbangkan :)

SyahirahSaity said...

T.T kesian nya kat yash,, ;( nak die dengan fijie,, huah3,, meluat pulak dengan khaiyrel tuu,,

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe..sbr er miss syasya :)

si.tudung.ungu said...

kenapa Fajie tu pakai Lancer Sportback? (suka kreta tu) dah lah perangai comel. ish, kan dah jatuh hati.

zura asyfar addy rifqhiey said...

dia kan anak org kaya..hehe..so boleh tukar2 je kete..kite pn suke gak, br je mgu lepas tgk kt mall..nk beli tgu cukup duit nk bayar dp dulu..hehe..ramai yg jatuh hati ni kat Fajie :)