:: My gangS :: TQVM

Sunday, October 31, 2010

Bab 8 why me?

Aku membelek-belek paperbag yang Vic bagi tadi. Apa la agaknya yang ada kat dalam ni? Biasanya jarang dia bagi aku hadiah. Setakat hadiah hari jadi tu ada lah. Sebuah kotak empat segi sama berwarna maroon terjatuh ke atas katil tatkala paperbag itu aku tonggengkan. Bila kotak itu aku bukak, kilauan isinya buat aku terkejut. White gold bracelet? Patutla tadi terpacak kat depan butik Tomei. Ni rupanya kerja dia. Tapi apa motif dia bagi bracelet ni? Takpe la, malas aku nak fikir. Baik aku tidur kejap, penat pergi keluar dengan Vic tadi tak hilang lagi.

“jahat budak jahat”

Waa..Baru je mata ni nak lelap, ada je yang menganggu. Kalau tau tadi aku off handset dulu sebelum tidur. Tak nak angkat kan kot-kot ada panggilan penting. Handset kat tepi bantal aku capai dan terus aku tekupkan kat telinga.

“hello”

Beberapa saat kemudian masih lagi senyap tanpa sahutan. Terputus ke atau ada yang main-main? Ni yang aku angin ni. Dahla tidur kena kacau.

“hey orang kat sane, kalau nak main-main je, baik tak yah call

Haa, kan dah kena sound tu.

“err..Riyand here

“Riyand mane lak ni? Tak kenal pon”

your coursemate, Andriand”

“owh ok, nak ape?”

Setahu aku, aku tak ada pun nombor fon dia. Macam mana pulak boleh call aku? Dahla aku mintak hari tu tak bagi, jual mahal la konon. Ni sibuk pulak call aku. Huhh, lelaki.

“jumpe kejap boleh?”

“tak boleh, dah malam pon” Malas aku nak jumpa dia. Tidur lagi baik.

“bolehla”

“tak faham ke orang cakap tak boleh” Kuat suara aku menjerit. Dia ni tak faham-faham bahasa ke?

please Zoey, penting ni?”

“ade aku kisah?”

“Zoey, please I’m begging U” Apa pulak hal ni yang dah merayu-rayu. Ingat aku ni girlfriend dia ke?

“kalau nak cakap pasal final project tu, esok-esok jela” Rasa bengang pulak dengan mamat sorang ni.

“Zoey, kalau U tak nak jumpe, I datang rumah U nanti”

Hey, suka-suka hati je ugut nak datang rumah aku. Dia ingat dia tu siapa agaknya nak datang rumah anak dara orang malam-malam ni? Lantakla, malas aku ambil kisah. Bukannya aku rapat sangat dengan dia pun. Butang end call aku tekan.


***************************************************

Rasa mengantuk tadi dah hilang bila bertekak dengan Andriand. Pergi tengok tv la kat depan. Dahla nanti ada cerita favourite aku.

Pin! Pin! Pin!

Siapa pulak yang buat hon tak henti-henti tu. Kacau sungguhla orang nak tengok tv.

“Zoey, Zoey” Terkejut aku bila Yatie tiba-tiba muncul kat depan aku. Bila masa pulak dia ni balik? Tak dengar pun bunyi motor.

“aku tengok Andriand ade kat depan rumah kite, dia buat ape kat sini?”

“ha?”

Ambil serius pulak mamat ni. Ingatkan main-main je tadi. Kalau aku tak keluar jumpa dia kan, mesti dia buat bising pulak dengan hon dia tu. Hissh, geram sungguhla.

Terus aku sarungkan selipar dan keluar dari rumah. Sampai je kat pagar, tengok dia dah bersandar kat luar kereta sambil berpeluk tubuh.

“ingat tak nak kuar tadi?” Ayat pertama dia. Macam perli aku je.

“kalau tak pikir ngan jiran-jiran aku, takdenye aku nak kuar”

Aku menjeling dia. Tadi ok je bercakap dalam telefon. Ni bila jumpa ada je yang nak menyakitkan hati aku.

so, ape yang penting sangat kene jumpe malam-malam ni?”

Dia pandang aku sejenak sambil menggeleng-geleng kepala. Tapi tak jawab pulak soalan aku.

“kalau datang sekadar nak membisu je, baik aku masuk”

Aku pulak yang ugut dia. Dahla masa ni tengah start cerita favourite aku. Aku pun berkira-kira nak masuk rumah. Yatie pun dah terjenguk-jenguk kat tingkap tengok aku. Mesti kejap lagi kena soal-siasatnya.

“Zoey, tunggu la” Tiba-tiba dia rentap tangan aku. Nasib tak terjatuh aku kat situ.

“hey, ape ni?” Refleks tangan aku menepis. Dia ni kan memang la.

“opss sorry. Dah U nak masuk tadi, I tak sengaja la” Huh, tak sengaja konon.

“ok. Cakapla nak ape ni?”

Serius malas dah aku bertekak dengan dia. Dari tadi tak cerita lagi sebab apa dia nak jumpa aku.

“kite cakap kat lainla, sini ramai orang tengok”

Aku pun dah perasan ada yang jiran-jiran duduk tengok kami berdua. Tapi nak cakap kat mana pulak? Dah malam pun ni.

“kau takde niat nak kidnap aku kan?” Tiba-tiba dia tergelak. Aku ada buat lawak ke?

“takla, kite cakap kat Jacks CafĂ© kat depan tu je” Dia tersenyum. Patut ke aku percaya? Masalah betul la. Tapi tempat tu ramai orang. Kira ok la kot.

“ok”

Dia pun berjalan masuk ke kereta. Aku mengikutinya masuk ke tempat sebelah penumpang. Selepas lima minit sampaila kat situ.

so ape yang penting sangat ni?” Muka serius.

Kitaorang duduk kat meja yang terselindug sikit. Biasa ramai jugak budak-budak kelas kami yang lepak kat sini. Tak nak la kantoi terang-terangan.

“err..jadi girlfriend I leh tak?” Nak tersedak apple juice yang baru aku sedut tu.

“kau dah gile ape?” Bulat mata aku pandang dia.

“err..dengar dulu ape yang I cakap. Just pretend to be my girlfriend for tomorrow

Aku pandang dia tak berkelip. Cuba mencerna kata-kata dia.

so, boleh tak?” Terkejut aku. Slow loading nampaknya otak aku malam ni. Penat sangat berfikir kot.

“for what?”

“adela, esok bagitau”

“bagitau je la sekarang”

“esokla”

“ok, kalau aku tolong dapat ape?”

“emm..report final project biar aku je yang buat” Dia memberi cadangan.

“hmm..ok kot”

Best jugak kalau ada orang yang nak tolong buat report ni. Tak payah susah-susah aku kena menaip nanti. Bukannya nipis, tebal tu.

“thanks Zoey. Order la ape-ape, my treat” Dia tersenyum.

Lepas kami makan, terus je dia hantar aku balik rumah. Tapi terfikir jugak kenapa la si Andriand suruh berlakon jadi girlfriend dia esok. Dia ada skandal dengan perempuan ke? Tapi setahu aku, dia ni tak minat dengan perempuan.. Hmm.

Monday, October 11, 2010

Bab 7 Why me?

“jahat budak jahat...”

Eh, siapa la yang duk memekak pagi-pagi buta ni. Hari Ahad macam ni la nak bangun lewat sikit. Mengganggu ketenteraman awam sungguh. Eh tu bukannya ringtone handset aku ke yang melagukan lagu Stacy.

“hello, nak ape?” Terus aku capai handset, tak sempat dah nak tengok siapa yang call.

“hoi, anak dara, bangun la weyh, dah kul 10 ni”.

Siapa pulak yang panggil aku anak dara bagai ni. Aku pejam celik – pejam celik mata yang still mengantuk. Malam tadi dahla tidur lewat, pulak tu ABC, sedap je membuta sampai matahari naik sejengkal. Sambil mata tengok handset, aku tengok nama pemanggil kat skrin.Laa..

“kau eh Vic, sorry la tak perasan tadi. Kau kat mane ni?” Aku control sikit suara yang baru bangun tidur.

“aku dah nak sampai kat umah kau ni, cepatla bangun mandi. Janji pukul 10, ni tak bangun lagi. Kan aku sampai nanti kau tak bangun lagi, aku masuk terus bilik kau kan”

“gila jahat kau, ingat aku ni bini kau ke? Suka-suka hati je nak masuk bilik orang”.

Terus aku terbangun statik kat atas katil. Dia ni suka sangat cakap lepas, kadang-kadang tu naik segan jugak aku dengan dia. Memang Petronas guy memang macam ni ke dia punya attitude. Musykil aku.

“dah tu, tak bangun lagi. Ape nak jadi la kau ni. Nanti takde orang nak nanti. Susah pulak aku yang kene masuk meminang” Dia cakap sambil tergelak. Hampeh betul.

“suka hati aku la. Dah la aku nak gi mandi ni, kan tak pasal-pasal lambat pulak”

Aku terus tekan butang off , capai tuala terus masuk bilik air. Tengok Yatie still membuta lagi. Heaven betul dia ni, jeles pulak aku tengok. Lepas lima belas minit, aku pun dah siap pakai baju tshirt, jeans dengan leather jacket. Rambut letak jel je lebih kurang, kira ok la tu dari serabai nanti.

****************************************


Pin! Pin! Pin!

Mesti dah sampai budak Syarvic tu. Yatie kejap lagi la aku mesej, nampak lena sangat tidur sampai kereta City Syarvic tu buat hon, dia tak dengar. Aku cepat-cepat buka pintu rumah. Tengok si Syarrvic dah tersenyum-senyum sambil bersandar kat tepi kereta dia. Aku ada perasan jugak budak-budak sebelah rumah aku duk mengendap si Syarvic ni. Taula dia ni handsome.

“apsal kau tersenyum-senyum ni?” Aku tegur dia sambil buka pintu kereta City dia dan ambil tempat duduk kat sebelah penumpang.

“saje, wat senaman muka pagi-pagi” Tu bukan buat senaman muka, tu jual muka kat budak-budak sebelah rumah aku yang mengendap tadi. Dah tau pun perangai mamat ni.

“yela tu, lebih baik kau senyum kat aku, dapat jugak pahala”

“wat pe senyum kat kau, ngan kau aku tak nak senyum, nak kiss boleh?”.

Terus aku cubit peha dia bila dengar dia cakap macam tu kat aku. Gatal tak habis-habis mamat ni sorang. Suruh kahwin cepat-cepat tak nak pulak.

“gila kau ni, selamba je nak kiss aku. Ni aku rase macam tak selamat je kuar ngan kau hari ni”Dia gelak kat aku sambil kenyit mata.

“ala yang, bukan luak pun kalau kiss kau”

“hishh, malas aku layan orang yang tak centre otak ni, wat sakit kepala je” Aku cakap kat dia sambil picit-picit kepala.

“ala kau ni, gurau sket pun nak sentap”

“gurau ape cam tu, sedar la kau ni cakap ngan perempuan bukannye laki”

“kau ni perempuan ke?”

Dia pandang aku sambil tengok aku atas bawah. Cheh, ni sorang lagi mamat yang suka scan anak dara orang. Cucuk mata karang, baru ade yang jadi Kassim Selamat. Aku silangkan tangan kat dada.

“hello, aku still perempuan k walau dressing cam ni. Please respect sket ok” Aku buat muka serius, tak tengok pun dia kat sebelah.

“ok, sorry yang. Kite gerak k”

Aku senyap je bila kereta City dia menderum laju. Hari ni tak jammed pulak jalan, maybe awal lagi kot. Lepas setengah jam, sampaila kat EC.

“makan dulu jom, aku tau kau tak makan lagi” Ayat pertama keluar dari mulut dia lepas aku senyap je dalam kereta dia tadi.

“ok” Aku jawab sepatah je. Memang lapar la, tadi tak sempat pun nak makan walau sekeping roti.

"aku tau kau lapar kan”

“dah tau, kenape tanya?”Aku tanya dia balik.

“jom pergi Burger King, lame dah tak pekena ngan Whopper

Dia terus tarik tangan aku sambil kaki dia bergerak menuju ke pintu masuk Burger King. Gila kuat dia pegang tangan aku, nak gerak sikit pun tak boleh. Ingat aku ni budak kecil ke takut terlepas. Hissh.

Setelah order Whopper kat aku dengan dia, kitaorang ambil meja kat depan sikit. Aku lagi suka sebab boleh tengok gelagat manusia yang jalan-jalan kat sini. Dah macam hobi dah pun.

so, camne ngan study?”Dia tanya aku sambil gigit Whopper dia.

“ok je. Next sem mayb busy sket coz ade final project

“sem ni, try dapat 3.5 above” Dia cakap kat aku lagi.

“kalau senang nak dapat, dah lame aku wat kenduri” Aku cakap kat dia sambil sedut air.

“semangat la sket, dah sem lima pun. Takkan nak main-main lagi kot” Eh, dia ni mana ade aku main-main, cuma terlebih enjoy je, hehe.

“mane ade aku main-main”

“yela tu, aku dengar tiap-tiap cuti kau gi berfoya-foya ngan sepupu kau. Dahla tu, bertaubat la sket” Hissh dia ni, kalah mak aku, mak aku pun tak ada larang aku macam ni.

“kau ni dahla cakap pasal study bagai, aku datang sini nak enjoy, bukannye nak cakap pasal study ”Angin la pulak aku, yela datang nak seronok-seronok, tiba-tiba kena ‘basuh’ pulak dengan mamat ni.

“okla, tak cakap dah pasal ni. Cepat la makan, nanti kau teman aku gi shopping baju sket, dah lame aku tak shopping”

“ok”

Lepas habis isi perut, aku pun ikut dia pergi butik Polo. Katanya nak beli kemeja dengan tshirt. Aku ikut je. Nak shopping sekali, duit tak ada. Lainla kalau ada yang nak belanja. Banyak jugak dia ni shopping, aku tengok ada la jugak sampai beribu mase dia gores dan menang kad kredit dia tu. Best jadi orang kaya ni, swipe je terus dapat barang. Bila la aku nak kaya?.

“kau tak nak beli ape-ape ke?”Dia tanya kat aku sambil tangan picit-picit hanset dia. Dengar tadi macam ade mesej masuk. Tengah reply la tu.

“takde. Duit loan cukup-cukup je untuk sebulan lagi” Aku cakap sambil mata duk pandang kat sepasang kekasih yang duk berpeluk sakan kat depan aku ni. Nampak menyampah pulak tengok.

“kau tengok ape tu? kau kenal diaorang ke?” Dia tanya aku sambil tangan dia duk tunjuk kat diaorang kat depan aku ni.

“takla, wat sakit mata je tengok”

“kau jeles eh? kalau kau nak, boleh je aku peluk kau cam diaorang wat tu”

“beranila, aku backhand kang” Aku dah start buat muka garang kat dia. Dah datang pulak perangai gatai miang dia ni.

“whoa, takut aku” Dia cakap sambil senyum-senyum kat aku. Perli aku la tu.

“kau ni dahla wat perangai gatal kau tu, seram aku” Aku cakap kat dia lagi.

“dah aku ajak kau kawin ngan aku tak nak, aku gatal miang ngan kau sorang je” Cheh, sempat lagi duk mengayat aku kat sini. Macam la aku tergugat dengan ayat dia tu. Dah masak sangat pun.

“malas aku kawin ngan kau, wat sakit hati je kalau dapat laki perangai cam ni” Aku cakap sambil mata jeling dia.

“pas kawin nanti, aku takde la wat perangai cam ni. Aku akan setiapada yang satu je” Dia cakap kat aku tapi mata dia still merenung aku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku dari dia. Tak sanggup babe nak balas renungan mata dia lama-lama, boleh cair.

“dahla, layan kau baik aku balik, boleh jugak sambung tidur tadi’"

Aku cakap tanpa palingkan muka aku kat dia sambil kaki dah laju nak menuju kat pintu depan EC.

“weyh, chilla. sket – sket nak merajuk. Cam budak-budak je kau ni”.

Dia tarik tangan aku masa aku kaki aku dah nak sampai pintu depan. Nasib baik tak terjatuh aku tadi. Tu pun siap dah nak berpeluk dah dengan dia. Sempat lagi buat drama sebabak kat sini. merah rasa muka aku.

Aku buat muncung mulut tanda merajuk. Dengan dia je aku buat macam ni, maybe sebab kitaorang rapat jadi aku macam tak kisah dah.

“kau ni, tak yah la wat muncung cam tu, buruk plak aku tengok”
Aku terus cubit lengan dia. Tula sape suruh buat aku merajuk tadi.

“nak gi ladies la jap” Masa aku cakap tu, dia still renung aku tak berkelip, maybe dia ingat aku marah kat dia kot. Padahal aku dah tak tahan ni nak terkencing.

Lepas keluar dari ladies, aku tengok dia berdiri depan kedai Tomei. Buat apa kat situ, takkan nak beli barang kemas pulak. Tapi maybe jugak beli untuk mak dia kot.

“dah petangla, jom la balik” Aku cakap kat dia sambil tangan picit-picit handset nak mesej Yatie, tadi lupa plak nak mesej.

“cepatnya nak balik, tak lepas lagi rindu kat kau”

“dah seharian kita jalan-jalan kat sini, penat dowh kaki ni” Dia renung aku lagi maybe tak puas hati kot sebab tak jawab soalan dia tadi.

“ok la”

Kitaorang terus balik. Dalam kereta aku diam je, aku tengok dia pun macam tak ada mood je nak cakap. Jangan kata dia merajuk pulak dengan aku. Susah pulak nanti nak kena pujuk bagai. Aku ni bukannya reti sangat nak pujuk lelaki, eh silap tak ada experience la. Apasal aku rasa macam lama je pulak perjalanan balik ni, tadi macam kejap je. Mengantuk la pulak, lagu pun slow je petang-petang macam ni.

“Zoey, zoey” Aku rasa macam ada orang panggil nama aku. Rasa macam ada tangan duduk mengusap pipi aku. Terus aku celik mata. Tengok tangan Vic tengah duduk pegang pipi aku. Kepala aku pulak elok je landing atas bahu dia. Cepat-cepat aku angkat kepala, malu pulak rasa.

“eh Vic, kita dah sampai ke?” Tanya aku kat Vic sambil tangan duk tutup mulut sebab menguap tadi. Control malu. Macam lama je aku dengan dia duk berdua dalam kereta ni. Dahla depan rumah sewa aku pulak tu.

“dah lame dah sampai, saje je aku tak nak kejut kau. Tengok macam lena je tadi” Dia cakap sambil senyum kat aku. Tak lenguh ke otot pipi dia ni duk senyum je dari tadi.

“dah nak masuk Asar ni, tu yang aku kejut kau. Tak elok la orang tengok kalau nampak aku ngan kau berdua je dalam kereta time ni” Cheh, tadi duduk gosok pipi aku tu baik sangat la. Aku jeling dia sekilas.

anyway thanks la sebab kuar ngan aku tadi, lame dah tak happy-happy cam gini” Dia senyum lagi kat aku. Aku pulak macam merah je pipi, tak tau kenapa, takkan malu kot.

“ur welcome” Aku terus bukak pintu kereta. Tapi sempat tangan dia tahan aku dari keluar. Eh apalagi dia nak ni.

“tunggu jap” Dia kata sambil tubuh dia pusing kat belakang, hampir je tubuh aku dengan tubuh dia bersentuh. Hidung aku dapat bau je perfume dia pakai. Terus aku statik kat situ.

“ni, ada benda nak bagi kat kau. Sudila yer terima” Aku terus amik paper bag yang dia bagi.

“terima kasih”

“kasih diterima” Cepat je dia balas sambil senyum kat aku.

“take care, jumpa lagi” Dia cakap kat aku lagi sambil tangan duduk memulas kunci kereta.

“drive carefully” Tu je sempat aku jawab sebelum kereta dia menderum pergi dari rumah sewa aku. Aku terus melangkah masuk rumah sewa aku. Nak mandi sebab badan pun dah melekit-lekit. Nampaknya Yatie pun tak balik lagi sebab motor dia tak ada kat rumah.

bab 6 why me?


“Bismillahhirrahmanirrahim”.Perlahan-lahan aku sebut basmalah sambil tangan meraup muka.

“kau ni dah cam jampi-jampi je, padahal nak tengok result test je”

“eh, ni antara hidup ngan mati kau tau tak”

“ela-yela, dah jom masuk”

Aku tengok ada lagi dua tiga orang student dalam bilik encik Asyfar. Eh, macam si Qiqi je. Menyibuk je dia ni. Aku tengok encik Asyfar dah tersenyum tengok aku dengan Yatie. Aku pun senyum balik macam takde ape-ape, padahal jantung macam dah buat marathon lima kilometer.

“saya tak sangka pulak test kali ni awak lulus”

Patutla encik Asyfar senyum-senyum tengok aku. Rupanya aku lulus test ni. Haha, terer jugak aku. Tapi dapat berapa yer? Si Qiqi ni macam jeling je tengok aku, tak puas hati la kot sabab aku lulus test ni. Ingat dia je yang terer.

Aku pun pegi dekat encik Asyfar, dia pun bagi kertas test kat aku. Whoa, dapat 52 markah. Ok la tu, lulus jugak walau tak cecah 80. Aku tengok Yatie, dia macam sedih je. Bila tengok kertas dia, dia dapat 45 je. Lagi 5 markah nak lulus.

“okla tu, test lepas tak sampai pun 20 markah, test kali ni lima markah lagi nak lulus” Aku cakap kat Yatie sambil tepuk belakang dia.

“aku sedih ni”

“relaks la babe, ade dua lagi test sebelum final. Sempat tu kalau kau study betul-betul” Nasihat aku kat Yatie.

“yela, kau bolehla cakap cam tu sebab kau lulus”

“eh, aku dapat 52 je, bukan 80 pun. Tu pun nak kecoh. Aku kena jugak lulus sebab dah bertaruh dengan si Qiqi tu.

“aku dengar cam kau sebut name aku je tadi" Tiba-tiba ada je yang crossed line.

Dia ni telinga lintah ke ape? Aku punya la slow cakap dengan Yatie, dia boleh dengar jugak.

“cheh, perah santan betul la kau ni. Aku ingat dah balik dah tadi”

“mane boleh aku balik, hal kite tak settle lagi ni” Dia jeling kat aku. Whoa, jelingan penuh makna tu.

so, kau dapat berape? Leh challenge aku punya tak?”Dia tanya aku sambil kitaorang keluar dari bilik encik Asyfar. Buat apa duduk menyemak lama-lama dalam bilik dia, kang tak pasal-pasal pulak dia tau pasal pertaruhan kitaorang.

“aku dapat 52”. Aku jawab sambil tersenyum.

“tak leh challenge aku jugak la, aku dapat 96” Chiss, gila otak dia ni, makan apa la sampai sikit lagi nak dapat fullmark.

“okla tu dari fail terus” Aku dah keluar ayat bengang ni. Yatie pun senyap je duduk tengok kitaorang bertekak.

“so, kira kau kalah la ni yer” Dia tengok aku sambil tersenyum. Benci sungguh aku tengok kalau dia senyum macam tu. Mesti ade apa-apa yang dia fikir dalam kepala dia tu.

“macam ni la, by next week, ade annual dinner kelas kite kan? Aku nak kau jadi ‘date’ aku malam tu”

Ni ayat penyata ke ayat tanya. Adussh, baru je aku dapat tau fasal dinner tu semalam dari Yatie. Memang hot jugak la sebab buat kat hotel walau bukan five star tapi dengar kata three star jugak la. Masalahnya tema majlis tu Romeo and Juliet. Kalau dah tema macam tu, konfem kena pakai dress bagai. Aku mana la pernah pakai dress. Masalah betul ni.

“eh, boleh tak kalau tak pergi?” Boleh aku tanya soalan bodoh kat si Qiqi.

“mane boleh tak pergi. Kan dah syarat perjanjian kite tu sape yang kalah kene ikut cakap sape yang menang”

“hishh, masalah betul kalau kene gi dinner ni”

“relaks la, macam tak penah pegi pun. Just dress code dia je yang pelik buat orang cam kau. Lagipun bukannye aku suruh kau pegi teman aku berfoya-foya pun”.Sempat lagi si Qiqi ni perli aku. Taula dia tu playboy. Hampeh betul la.

“kau saje kan nak kenakan aku”

“well, U know me”

“dahla, aku nak balik”

“weh, jangan lupe tau next week, nanti aku amik kau kat rumah” Si Qiqi sound aku sebab aku dah start jalan laju-laju tinggalkan dia. Yatie terkejar-kejar ikut aku dari belakang. Serabutnya otak.


**************************************************


“eh, cepatla babe, nanti lambat pulak kate nak tengok muvee

“yela-yela, aku dah siap la ni”

Petang Sabtu tu, kitaorang pergi EC sebab nak cari dress. Aku tak nak pergi, tapi si Yatie ni duk sibuk-sibuk ajak jugak. Lagipun kitaorang nak pergi tengok muvee baru jugak, Prince of Narnia.
Sampai kat sana, orang dah ramai berpusu-pusu, biasala hari minggu. Nak-nak lagi awal bulan, lagi la ramai orang. Ingatkan nak pergi tempat biasa je tapi nak pergi jugak tempat-tempat branded. Aku dahla tak cukup duit ni. Dia tak apa la sebab anak orang kaya. Last-last dia cakap yang dia nak belanja. Kira nasib baik la tu kan. Dress bukannye murah-murah, ni kan evening dress plak. Sampai habis beribu jugakla kitaorang shopping tadi. Dengan heels tinggi 4 inci, wig, mekap bagai. Susahnya la nak pergi dinner ni, kalau pakai jeans dengan tshirt kan senang.

“nasib baik best muvee tadi tu, kalau tak wat penat je beratur lame-lame tadi depan panggung wayang”

“sebab best la aku ajak kau tengok”.

Kiaorang duduk kat bangku depan panggung lepas kitaorang keluar tadi. Punya la ramai manusia sampai full seat tadi. Nak balik macam awal lagi so kitaorang pun duduk lepak-lepak kat situ kejap. Lepas dah nak masuk maghrib baru balik.

“kau tak rase salah ke warna dress yang aku pilih ni?”Aku tanya kat Yatie sebab dress dia warna hitam, tapi aku punya warna maroon.

“ok ape warna maroon, suits ape ngan kau coz kulit kau kan cerah sket dari aku. Aku kene la pakai warna hitam coz aku ni pendek dari kau. Warna hitam wat aku nampak tinggi sket,haha”

“kau ni babe, pepandai je”

“betul ape aku cakap”

“yela tu, kan salah pilih kan aku takut ade orang yang tergoda je nanti”.
Aku cakap kat Yatie sambil gelak-gelak. Siapala yang nak tergoda dengan aku, lainla dengan Yatie tu.

“manela tau nanti kan, ade orang tergoda ngan kau, bolehla la aku wat kenduri pulut kuning”

“cheh, hampeh punya member, selambe je kutuk aku depan - depan”

“chill la babe, aku tak main la kutuk belakang-belakang punya” Yatie cakap sambil minum air coke yang kitaorang beli masa keluar tadi.

"weyh, aku tau la aku cam ni, tapi cute tetap ade tau. Kalau tak, takkan si Qiqi tu duk asyik kacau aku je”

“yela tu cute. Tapi nape la Qiqi tu asyik duk kacau kau je, aku takde la pulak kene kacau ngan dia”

“Qiqi tu jeles ngan aku la tu. Maklumla player terkenal leh kalah dengan aku. Ingat tak mase mula-mula kite masuk uni dulu, punya la budak Dania tu duk tergedik-gedik kat aku. Tak layan pun Qiqi mase tu”

“mase tu dia tak tau lagi kan pasal kau? Patutla pun”

Memang masa kitaorang mula-mula jejak kaki kat uni ni dulu, glamour jugak aku jap sebab ramai yang tertipu dengan aku. Tapi aku buat layan tak layan je. Lagi la budak Qiqi tu naik angin. Agaknya sampai sekarang tak puas hati lagi dengan aku, tu sampai terkeluar perjanjian aku dengan dia. Hishh, macam-macamla. Macam tak matured je kitaorang buat perjanjian bagai.

“eh kau ni berangan pulak” Terkejut aku, Yatie ni suka-suka je sergah aku.

“kau ni pun, takleh tengok orang langsung, habis terbang aku punya angan-angan”

“kau berangan kat sape petang-petang ni? Jomla balik.

“bila pulak aku ni ade ‘buah hati, kau pandai-pandai je la” Bila mase pulak aku ni ade buah hati?, seingat aku, aku tak pernah lagi melibatkan diri dengan aktiviti perasaan ni.

"Syarvic la, kau dah lupe ke?”

“eh, esok Ahad kan?Lupe pulak aku ade janji ngan dia nak kuar, hehe”

Aku dah tersengih-sengih sambil garu kepala yang tak gatal. Macam mana pulak aku boleh lupa, ni mesti banyak sangat fikir pasal malam annual dinner tu. Jiwa kacau betul. Syarvic, lama tak dengar cerita pasal dia, tiba-tiba je petang semalam call aku ajak keluar. Dia ni dah kerja dah tapi dengan Petronas. Kira dia ni sangatla sesuai nak buat calon suami sebab kerja dengan Petronas, tentu duit makan tak habis. Gila materialistik la aku ni. Aku pun pelik kenapa dia tak ada awek lagi sampai sekarang. Tunggu aku ke?Hey, perasaan betul la kau ni. Dia ni bestfriend aku masa kecik-kecik, kira sekolah rendah sama-sama la. Tapi dia tua dua tahun dari aku, jadi lepas dia habis sekolah rendah terus masuk ‘boarding school’, biasa la budak pandai. Tak macam aku ni, boleh lepas masuk sekolah teknik je, huhu. Apa la kau ni Zoey, sempat lagi bukak hikayat petang-petang macam ni.

Wednesday, October 6, 2010

Bab 5 Why Me?

Dalam sedar tak sedar dah tinggal tiga hari lagi cabaran aku dengan si Qiqi tu. Cepat je masa berlalu. Aku satu benda pun tak study lagi. Tak pela, malam ni dengan malam esok, memang kena struggle betul-betul la. Buatnya aku kalah dengn cabaran si Qiqi, mampus aku. Dia tu bukan boleh dibuat berkira sangat. Yela, top student, mesti banyak idea nak kenakan aku. Nasib dua hari ni tak ada kelas. Boleh jugak aku study bab-bab yang nak masuk test nanti.

Hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba. Tapi disebabkan aku study sampai pukul 2,3 pagi , lambat aku bangun pagi tu. Dalam lambat-lambat motor pulak buat hal tak boleh nak start. Terpaksa aku tunggu bas dekat simpang depan taman.

Pukul 11 pagi tepat aku sampai uni. Yatie hari tu pergi uni awal sebab dia kene jumpa penyelia dia.

“eh, apasal kau lambat ha, test dah start dah weyh”

“kau ni, biar aku lepas nafas dulu, oksigen-oksigen please” Termengah-mengah aku berlari masuk dewan kuliah.

Sempat pulak si Yatie ni tanya, aku dahla rasa nak semput nafas ni. Nasib Encik Asyfar bagi masuk tadi. Kalau tak, lagi la bala. Failed terus test ni. Sambil tu aku tengok si Qiqi dah senyum-senyum tengok aku. Ni satu lagi bala. Aduhh, bila la hidup aku nak aman.

Gila susah soalan test kali ni, full english tu. Aku dah la tak terer mana english ni. Dahla kena jawab english jugak, jawab dalam melayu tak boleh ke? Setakat english cikai-cikai tu boleh la. Ni bila dah masuk bab fakta, memang boleh muntah hijau dibuatnya.

“ok. Times up. Boleh hantar jawapan sekarang”

Encik Asyfar dah start kutip kertas jawapan. Aku tak siap lagi la soalan nombor dua ni. Masalah-masalah.

“encik, give me five minutes, tak siap lagi ni”

“Sape suruh awak datang lambat?Kelas saya bukannye start awal pagi pun. Awak buat ape semalam? Jaga anak ke?”

Aku dah tersengih-sengih pandang encik Asyfar. Budak-budak kelas pun dah start gelak-gelakkan aku. Si Qiqi ni lagi la.

“tu la gatal sangat nak ade anak time study, lain kali berhenti je belajar, senang cite”
Sempat lagi si Qiqi ni sound aku. Tak boleh jadi ni.

“dah papa dia yang pandai sangat buat anak, tapi tak pandai jage pulak, tidur je memanjang”

Seluruh kelas ketawa. Qiqi pun dah start jeling aku. Marahla tu. Tu la nak sangat sound aku. Yatie pulak dah geleng kepala tengok kitaorang.

“dah-dah. Stop it. Zoey, hantar je kertas tu, bukan boleh jawab pun”

Selamba je Encik Asyfar ni kata aku tak boleh jawab soalan test dia. Ingat aku ni bengap sangat ke. Taula test lepas, aku failed. Test kali ni tak tau lagi k.

“ok la, kelas habis kat sini. Esok nak tengok markah test ni, boleh pergi tengok kat bilik saya”

Kelas encik Asyfar habis awal lepas buat test tadi. Ramai budak-budak kelas aku yang menjerit kelegaan. Cheh, aku jugak yang menderita. Tula, sape suruh kau pergi terima cabaran budak Qiqi tu, kan dah bala. Haru betul la.

“i’m dead” Aku cakap pada Yatie sambil letak kepala atas meja.

“apsal pulak ni?”

“tak tengok ke aku mase jawab test tadi? Mane aku sempat siap soalan last tadi”

“tapi aku tengok kau khusyuk je jawab, lainla aku tak dapat langsung tadi”

“memang la khusyuk sebab kejar mase”

“hmm..entahla, bimbang jugak aku bile ingat cabaran kau dengan si Qiqi”

“Tu la pasalnye, serabut kepala dowh” Aku menyebak rambut yang mula tutup muka. Haila, dah panjang pulak rambut aku ni.

“dahla wat muka sekupang cam tu, makan jom, aku belanja”

“kau baru menang loteri ke? Biase susah je nak belanje aku”

“gila la kau main loteri bagai, aku tau lagi halal haram dowh”. Haha, pasal ni tau pulak halal haram. Cheh, cakap tak serupa bikin, aku pun dua kali lima jugak.


***************************************


Lepas je makan tenghari hari tu, kiteorang terus balik rumah. Malas nak pergi mana-mana. Tidur lagi baik apa. Malam tu kitaorang decide nak pergi makan kat luar je. Malas nak masak.
Aku pun pergi cucuk duit kat ATM dulu, yela kan tak cukup duit nak makan susah pulak. Bukannya aku anak orang kaya sampai dapat elaun beribu sebulan. Ni pun harap kat duit loan je. Sekali –sekala nak jugak makan best-best dengan member-member. Haha.

“jom gi Laksa Shack kat depan tu, lama dah aku mengidam nak makan” Aku cakap kat Yatie sambil mata dudukk usha orang dalam restoran.

“ok jugak, lame dah aku tak makan kat situ” Yatie ni kira anak orang senang la jugak, tapi dia ni macam low profile tak tunjuk kat orang. Dia pun relaks je kawan dengan aku ni.

Lepas kitorang order, aku dengan Yatie start sembang-sembang pasal Fadzrul. Kata dia Fadzrul tu pun anak orang senang jugak. Hishh, kenapala semua orang yang aku kenal , semua anak orang kaya? Aku sorang je anak orang miskin kat sini kot. Huhu, sedih pulak rasa.

“ eh, aku rase cam kenal la budak duk meja depan tu” Sambil tangan aku duk tunjuk kat Yatie dekat meja selang tiga buah dari meja kitaorang.

“sape pulak tu? Tak kenal pun aku. Bukan budak kelas kite kan?”

“takla, dia bukan budak kelas kite tapi dia ade kene mengena dengan budak kelas kite la”

”kau ni cakap belit-belit la, straight to the point kan senang”

“Yela-yela, tu Afri Shah a.k.a Chap, sepupu si Andriand. Aku rase yang kat sebelah dia tu pun macam Andriand”

Yatie cepat-cepat je lipat maut bila dengar aku sebut pasal Andriand. Apasal semua orang minat sangat dengan dia ni. Aku hairan betul la.

“yela tu Andriand. Tapi camne plak kau boleh kenal dengan sepupu dia?”

“hari tu mase kau gi date ngan Fadzrul, aku gi lepak taman. Tak sangka pulak dia yang tegur aku. Dia tu budak skate kau tau tak?”

“gila gempak kau, semua tau pasal dia. Kalau la aku tau, takde la aku susah-susah duk wat karangan pasal dia hari tu”

“gahla weyh, makan jom. Nanti sejuk pulak laksa ni. Lagi cepat kite makan, lagi cepat kite boleh blah dari sini. Taknak aku jumpe si Andriand tu. Tengok muka dia dah wat aku sakit hati”

Cepat-cepat kitaorang makan tapi yang tak bestnye, masa sibuk nak bayar tu, boleh pulak bertembung dengan diaorang.

“eh Zoey, U pun ade skali kat sini”.Chap tegur aku. Aku nak tak nak just senyum je kat dia.

“dah nak balik pun ni”

Malas aku nak jawab sebenarnya. Nak-nak lagi tengok muka si Andriand kat sebelah tu. Dahla tengok aku macam nak telan. Mesti bengang pasal kes hari tu dengan aku. Lantakla, malas aku nak layan.

“emm, jumpe lagi yer kite, cam ade jodoh pulak” Si Chap ni dah tersengih-sengih pulak. Aku buat-buat tengok handset kat tangan. Yela sangat jodoh, baru je jumpe dua kali.

“eh tak pela korang. Kitaorang blah dulu la. Dah lambat ni”

Aku sebenarnye malas nak berdepan dengan mamat sebelah Chap ni. Sepupu dia ni terlebih ramah pulak, dia pulak dingin cam air batu. Konfius aku.

“eh, ok la cam tu. Kitaorang pun dah nak balik jugak. Ade orang nak buat research pasal final project dia”

Dia cakap sambil jeling sepupu dia kat sebelah tu. Masa tu aku tengok si Andriand dah macam bengang je. Padan muka. Aku rasa hari tu, macam dia yang suruh aku decide nak wat tajuk mana, last-last hari ni dia pulak sibuk-sibuk nak buat research. Kalau macam ni, konfem ade yang bertekak masa nak pilih tajuk nanti. Bala lagi, haissh.

Lepas bayar tu, kitaorang balik macam tu je. Hajat hati tadi nak pegi Popular kejap beli buku. tapi dah tak jadi sebab dah spoil mood bila jumpa Andriand.

Sunday, October 3, 2010

Bab 4 Why Me?

Yatie asyik tersenyum-senyum je malam tu. Taula petang tadi pergi jumpa Fadzrul. aku jugak yang keseorangan. Tu pun pergi lepak kat taman sebab boring sangat tak ada nak buat apa.

“nah, ni info pasal si Andriand tu” Yatie hulur A4 paper kat aku.

“whoa, kau pegi buat karangan pasal Andriand ke petang tadi?”

“banyak la kau punya karangan, kitaorang pegi bincang pasal proposal project kitaorang la”

“yela tu pegi bincang, padahal korang pegi date sekali kan?”

“ala, sambil menyelam minum airla” Yatie dah tersengih-sengih kat aku.

“apsal la aku ada member yang gatal merenyam ni”

“suka-suka hati je kau aku gatal merenyam, pergi makan je la tadi”

“ok. Ok. Malas nak layan kau”

“kau ni sket tak ucap terima kasih kat aku pasal info si Andriand tu”

“ ok. Terima kasih banyak-banyak cik Yatie. Nanti aku belanja kau makan, hehe”

“ni yang wat aku sayang kat kau lebih ni”

“tarahal la, small matter je”

Ni info yang aku dapat dari Si Yatie tadi.

Nama Andriand Hafiqiy al-Fiqran Bin Dato’ Ahmad Hafizz. Umur 21 tahun. Still belajar kat uni and amik course Diploma in Civil Engineering. Sekarang dah tahun akhir kat uni. Start keje ngan company papa ; Engineus Holding sebagai Draftman and Assistant Engineer. Sekarang ni tinggal sendiri kat Taman Impian coz senang nak gi uni. Ade kereta Mitsubishi Evo 10 tapi tak guna coz gi uni ngan motor je. Ade sorang kakak yang tinggal kat Australia coz keje kat sana. Anak harapan papa dia untuk take-over company bila dah habis study nanti.

“ eh, dia ni anak Dato’ ke? Nape aku tak tau pun”

“nak tau camane, kau tu bukannya layan orang sangat”

“hehe, entahla aku tak minat nak jaga tepi kain orang ni”
Aku jawab macam tu kat Yatie. Dah memang aku tak minat nak ambil tahu hal orang, padan sangat la dengan budak kelas sendiri pun tak tau.

“kau ni memang la, dia tu hot guy ape kat fakulti kite ni. Ramai jugak girls yang minat dia. Top student jugak tu tapi low profile coz dia tu jenis tak layan girls. Same la cam kau"

“ eh kau ni, suka hati je same kan aku ngan dia”

“memang betul pun”

“yela-yela, kau je yang betul”

Macam mane la aku nak buat final project dengan dia nanti. Bercakap pun tak pernah dengan dia. Ni kan nak duduk berbincang sama-sama.

“no fon dia tak bagi ke?”

“takde pulak, aku pun tak ingat nak mintak ngan Fadzrul tadi. Japla aku text kat Fadzrul”

Yatie pun duk tekan-tekan handset dia.

“Fadzrul cakap Andriand nak jumpe kau nanti lepas habis lab esok”

“ok la kalau cam tu”

Lab petang tu habis awal sebab semua lecturer ada meeting. So kitaorang sekelas memang happy giler. Yela, ingat best ke dudukk dalam lab lama-lama. Dengan kena pakai jaket lagi, air-cond dah la tak ada, panas gila macam kena kukus je.

“aku balik dulu la Zoey, nak qada tido semalam la”

“ok, ape-ape hal nanti aku call kau”

“ok jugak tu, mana la tau si Andriand tu nak buat ape-ape kat kau” Yatie dah start gelak-gelak kat aku.

“tak baik kau doakan aku macam tu la weyh”

“kau ni chill la, aku gurau je tadi. Nanti kalau si Andriand tu nak wat ape-ape kau backhand je, kau kan pandai silat”

“a’ah la. Lupa pulak aku”

“ok, ciao dulu”

Yatie pun terus balik kat rumah sewa kitaorang. Tinggal la aku sorang-sorang kat sini. Manela mamat ni, kata nak jumpa lepas habis lab. Ni dah dekat 10 minit dah. Dah balik ke?

“err..lame tunggu”

Aku yang tengah duduk berangan dekat tepi lab tu nasib tak terjatuh sebab terkejut. Ape punya orang la, bagi la salam dulu kot ye pun.

“waalaikummussalam” aku saje je perli dia. Nampak muka dia macam nak merah je. Bengang la tu.

“sorry, dah biase”

“huh”.

Dah biase? Spesies dari mane ni tak pandai bagi salam. Macam orang takde agamanya. Hishh, mintak simpang jauh-jauh.

so, U dah decide nak buat project ni pasal ape?”.

Dia tanya aku. Serius je bunyi. Rasanya ni baru first time aku dengar suara dia. Kalau tak, bisu je memanjang. Alang-alang jumpa ni, boleh tengok dekat sikit muka dia. Hmmm, ok not bad la macam si Yatie cakap. Good looking, tinggi, cerahla jugak dan mata dia tajam je kalau renung lama-lama.

“dah habis scan?”

“ha?”

Alamak, macam mana la aku boleh duduk renung anak teruna orang lama-lama ni. Buat malu je kantoi terang-terangan. Cool babe.

“u tanye ape tadi?”

“i tanye , U dah decide nak wat kite pasal ape?” Sekali lagi dia aulang soalan.

“tak lagi..err...Tapi dah start survey-survey sket-sket”

Fuhh, tersekat-sekat pulak nak cakap dengan dia ni. Jantung pulak laju je berdegup, macam baru lepas marathon je. Aura apa mamat ni pakai sampai jantung aku wat hal macam ni. Nak cakap macam biasa pun macam dah susah, biasa ok je kalau cakap dengan siapa-siapa. Hishh, konfius pulak aku.

so nanti dah decide bagitau la”

“i takde your fon number, camne nak contact?”

“Tak payah pakai fon number bagai, panggil je kalau terserempak lam kelas”

“ha?”

Aku dah start kerut kening. Gila ape, takkan tak ada handset mamat ni, kate anak dato’. Pelik aku.

“i tak suke orang duk cal or text I, wat semak je. Lagipun I banyak lagi kerja lain yang nak buat”
“oh, ok”

Macam tu dia punya reason. Ni first time aku jumpe orang macam ni. Betul ke dia ni orang dari planet ni? Aduh, masalah betul. Patutla ramai yang tak kawan dengan dia. Aura sejuk je memanjang. Baik aku balik cepat, buat sakit kepala je jumpa dia ni lama-lama

“k la, got to go, banyak lagi kerja yang nak buat, Assalamualaikum”

Cepat-cepat aku pergi dari situ. Kalau macam ni la punya perangai, aku tak tau la macam mana dengan project kitaorang nanti. Jalan ke tak, tak tau la. Apasal malang nasib aku dapat partner macam ni. Malam tu aku rasa macam nak demam je fikir masalah ni. Masalah Qiqi pun aku dah tak ingat nak fikir sebab banyak sangat duk fikir pasal project ni. Memang betul-betul bala.

bab 3 why me


Esoknya aku dengan Yatie pergi kelas macam biasa. Padahal malam tadi aku dah tak dapat tidur bile fikir pasal perjanjian aku dengan Qiqi tu. Tapi hidup mesti diteruskan juga. Manela tau kalau-kalau aku menang cabaran tu, best la jugak hidup aku sem ni. Yela, kira aku dah lepas la beban hidup untuk assingment subjek hidarulik ni. Kira aku bolehla concentrate dekat final project.

Tengah hari tu, kelas aku dengan tiga lagi kelas bawah fakulti aku dah kecoh. Aku ingat ade ape, rupa-rupanya list group untuk final project kitaorang dah keluar dekat papan kenyataan. Rasanya masa dengar khabar-khabar angin, kitaorang memang akan satu group dengan budak-budak kelas jugak. Kira dah okla tu. Cuma subjek je lecturer yang akan pilih.Aku ni dahla jenis yang tak peramah dengan orang yang aku tak kenal. Dengan budak-budak kelas pun ade lagi yang aku tak tegur. Entahla, aku ni pun bukannya jenis mesra rakyat sangat. Lainla si Yatie ni, kecoh je tegur siapa-siapa walau tak kenal pun. Katanya tak kisah sebab dia suka berkawan. Lantakla malas aku nak fikir.

“jom kite pegi tengok list kat papan kenyataan tu”

“ni yang aku malas ni. Dari tadi lagi aku rase macam tak sedap hati je”

“kau tu yang duk fikir perjanjian kau dengan si Qiqi, tu yang jadi macam tu. Cuba kau tak terima cabaran dia mesti aman je hidup kau”

“banyakla kau punya aman, tiap-tiap hari duk kacau aku, cari pasal dengan aku. Tu yang kau kata aman?”

“ala, kau jugak yang layan dia”

“aku layan dia? Sorila cik Yatie oi. Dari aku layan dia, lebih baik aku layan encik Asyfar tu, nasib- nasib PB sem ni tinggi, mane tau kot-kot dapat A subjek dia”

“yelatu, muka serius semacam. Takde orang yang nak dekat pun, nak tegur ape lagi. Nasibla muka market jugak” Yatie dah tersengih.

“cehh kau ni, tadi kutuk ni puji pulak”

“tapi kadang-kadang tu aku tengok handsome jugak dia kan walau masa tengah marah.
Yela, dia kan kategori cerah la jugak. Tinggi pulak tu. Lebih kurang macam si Qiqi kau jugak la. Aku rase tinggi diaorang mesti nak cecah enam kaki kan?”

“weh, sejak bila si Qiqi tu jadi Qiqi aku? Kau ni sedap-sedap mulut je cakap ye”

“sejak kau sain perjanjian cerdik dengan dia la”

“hishh, simpang malaikat 44 aku dengan dia. Tak sanggup aku”

“cheh, mulut je kate geli. Tapi dalam hati kate nak”

“gila la kau ni Tie, ingat aku hard up sangat dengan budak senget tu”

“tak baik kau cakap dia tu senget, manetau kot-kot nanti jadi soulmate kau ke?”

“aku rase kau ni tak makan ubat lagi hari ni la. Cakap melalut je. Kejap encik Asyfar, kejap si Qiqi. Sebenarnye kau yang nak diaorang ni kan?”

“aku kalau bagi free memang aku nak pun”

Gila betul Yatie ni. tak habis-habis lagi dengan si Qiqi dengan encik Asyfar, dah berbulu dah telinga aku dengar.

“dahla wey, layan kau sampai esok pun tak habis”

Menonong je aku pergi kat depan papan kenyataan. Budak-budak satu fakulti aku yang duk mengerumung tadi pun dah kurang. Jadi senang sikit kalau nak duduk lama-lama depan tu. Si Yatie ni dah berlari-lari kejar aku. Tu la tadi dia yang excited sangat nak pergi kat papan kenyataan.

“aku dapat dengan Fadzrul la”. Yatie bagitahu aku sambil tengok nama aku kat list partner tu.

“aku dapat makhluk tak berperasaan la” Yatie dah start kerut kening tengok aku.

“sape pulak makhluk tak berperasaan tu?”

“Andriand Hafiqy la. Dahla dapat subjek hidraulik. Confirm bawah encik Asyfar, dia kan Ketua subjek hidraulik kat sini”

Takde mood langsung kalau dapat partner macam ni. Aku rasa memang dah macam duduk dunia lain dah. Rasa macam Yatie pun tak ada kat sebelah aku. Gila apa lecturer fakulti aku ni, ade ke patut dia letak aku partner sekali dengan budak Andriand Hafiqy. Memang aku rasa lemah lutut je time tu. Aku ok lagi kalau dapat partner dengan si Qiqi ni. Yela, walau aku asyik bergaduh je dengan si Qiqi, tapi at least aku tau la jugak perangai dia. Tapi dengan ‘budak sorang ni’, memang bala la. Dia ni macam heartless la. Memang tak ada perasaan langsung aku tengok kalau dalam kelas tu. Dia ni jenis senyap je, tak tegur orang pun kecuali si Fadzrul. Sebab Fadzrul tu aku dengar satu sekolah teknik dengan dia dulu. Hishh, memang malang nasib aku. Tapi partner Yatie best la pulak. Lagipun si Fadzrul tu jenis budak baik-baik.

“kau ni suka-suka hati je cakap orang takde perasaan, kau tu ade perasaan sangat la”

“aku ok je ape, layan jugak orang”

“sape yang kau layan tu? Anyone i know?”

“Qiqi, kau” Aku jawab.

“eleh, Qiqi dia jugak yang dia sebut dulu. Hampeh punya bestfriend.”

Aku dah tersenyum bila Yatie cakap macam tu kat Yatie. Tapi baik aku tanya suruh Yatie tanya Fadzrul pasal budak Andriand ni. Diaorang kan berkawan baik.

“Tie, kau tanya sikit pasal Andriand ni kat Fadzrul. Aku nak tau jugak serba sikit pasal dia. Senang sikit nak wat kerja nanti”

“ok jugak cam tu, aku pun nak kene jumpa Fadzrul pun kejap lagi. Nanti aku bagitau detail pasal dia”

“ok. Thanks Tie”

“no sweat buddy”

Petang tu Yatie pegi jumpa si Fadzrul. Aku awal-awal lagi pergi balik rumah. Ingatkan nak tidur tapi tak lena plak. Last-last aku bawak LC aku pergi round-round bandar. Harap-harap dapatla hilang tekanan, konon-kononnye la. Yatie pulak SMS aku cakap yang dia dengan Fadzrul pegi makan kat luar. Whoa, siap ‘date’ lagi tu. Aku memang dah boring round-round sorang. Akhirnya berhenti motor pergi lepak kat taman. Kat situ ade budak-budak main skate. Best jugak tengok diaorang main walau aku tak pandai pun main menatang tu.

Tengah duduk asyik tengok diaorang main skate kat wall tu, aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Aku pusing kiri kanan tapi tak perasan. Hishh seram jugakla rasa. Aku pun ala-ala dah nak blah dah dari situ, yela dah senja pun. Takut jugak aku walau tak pukul tujuh malam lagi.

“I think i know U”

Ada sorang mamat datang tegur aku. Yang ni kot duduk stalk aku tadi rasanya. Meremang bulu tengkuk aku.

“hah”

Aku dah terkejut sampai otak aku tak boleh nak loading apa yang mamat ni tanya.

u Zoey kan?”

Eh apsal mamat ni kenal nama aku pulak. Seram aku.

“er...er...yep..how do you know?”

Aku tanya dia balik sebab aku memang tak kenal dengan dia. Dengan rambut spike ala-ala mohawk, kaler warna perang lagi. Memang sah bukan budak kelas aku.

“i know you coz my cousin sekelas dengan U?”

“sape pulak cousin kau tu? Aku tak tau pun”

“Andriand Hafiqy”

“hah, that guy

“why?”

Dia tanya aku sambil pandang aku atas bawah. Kenapa dia ni? dah banyak beli insurans dah ke untuk mata dia. Suka-suka hati je duk scan anak dara orang.

“er...nothing”

Gila la aku nak kutuk sepupu dia kat depan dia. Nanti dia mengadu kat sepupu dia tu, tak pasal-pasal rentung aku terbakar dengan renungan tajam Mr Andriand tu dalam kelas. Tapi pelik jugak macam mana dia boleh kenal aku.

I think dalam gambar kelas tu, U nampak lain. Sekarang ni nampak lain. Yang sama just lesung pipit U tu je”

Whoa mamat ni, siap boleh ingat aku dengan lesung pipit aku lagi. Padahal gambar kelas tu, aku takde la mengoyak senyum lebar pun, macam mana dia boleh ingat. Luar petala alam sungguh.

“oh, that pic i’m wearing baju kurung, that’s why I nampak lain sekarang”
Aku jawab sambil senyum kat dia.

“patutla pun. Tengok sekali memang takkan perasan. Tapi kalau tengok banyak-banyak kali memang akan perasan punya. Sorryla kalau I tenung U lama-lama”

“takpela, memang happened all the times. Lagipun masa nak bergambar tu, girl wajib pakai baju kurung and guy kena pakai kemeja and tie

“ eh, dah almost seven dah, got to go. Tak baik anak dara jalan maghrib ni”
Aku kerling jam kat tangan aku.

“oh, ok. Anyway my name is Afri Shah. Just call me Chap”

“ ok.
See U then. Nice meeting you”

Aku pun terus pergi dari taman tu. Yela dah nak masuk maghrib pun ni. Kalau tau dek mak aku mampus kena marah sebab maghrib pun duk mengular lagi kat luar.

Saturday, October 2, 2010

bab 2 why me

Pagi Isnin tu aku dengan Yatie pegi uni awal sikit dari biase. Saje je padahal lambat lagi tutorial kitaorang. Lagipun assingment structre Cik Alina, tak siap-siap lagi. Kot-kot terjumpa dengan budak-budak kelas bolehla compare jawapan, konon-kononla. Padahal duk tampal cantum, ala macam copy paste punya. Macam kata budak-budak zaman sekarang. Tapi aku dah ada azam sem ni kene struggle sikit, manetau kot-kot dapat anugerah dekan ke, haha. Gila punya angan-angan. Tapi tak salah kan kalau berangan. Tapi bukan angan-angan Mat Jenin tau.

Kelas encik Asyfar pukul 11 pagi hari tu. Aku tak tau la kenapa yang aku rasa tersangatla mengantuk, nasib baik tak tersengguk-senguk kat dewan kuliah tu. Dahla aircond sejuk semacam, kalah duduk kat kutub selatan. Memang best la kalau dapat tidur sekejap time ni. Tapi kitaorang semua kene tahan mata sebab encik Asyfar ni memang pantang kelas dia kalau ada yang tidur. Tengah encik asyfar tu duk salin nota kat depan, aku macam berkhayal je duk kat dunia lain. Tiba-tiba..

“wey Zoey, kau duk berangan ape tu?”

“hah”

Aku jawab soalan Yatie sambil bangun berdiri. Yatie dah tergelak-gelak tengok aku.
Aku pulak macam blur je dengan soalan dia. Budak-budak kelas kitaorang dah bisik-bisik je sesama sendiri. Encik Asyfar pulak dah start tengok kat aku. Habisla aku.

Budak Qiqi tu plak dah jeling-jeling tengok aku sambil tersenyum-senyum. Aku dah rasa dah aura panas semacam je kat muka aku ni.

so miss Darwisya, could you please answer this question to the class?” Aku memang tak suka encik Asyfar panggil aku Darwisya, ayu semacam je.

“ha...er..er...er...ok”. Yatie dah start senyum-senyum tengok aku.

Aku ni memang lemah la kalau kena jawab soalan kat depan. Yela kalau dapat jawab dengan berjayanye, tak pe la jugak. Tapi kalau salah memang confirm aku dapat extra assingment dengan encik Asyfar ni. Dia ni bukan boleh teka sangat angin dia. Kadang-kadang ribut, kadang-kadang taufan. Patutla tak kahwin lagi. Siapa la yang sanggup tahan dapat husband macam tu. Silap-silap terbang semua isi rumah kalau bergaduh. Sempat lagi aku ni duk mengumpat dia dalam hati. Tak patut betul, patutla tak berkat belajar. Eh, tarik balik statement aku tadi. Hehehe..

So dengan beraninya aku bawak calculator berjalan pergi kat depan kelas. Dengan gaya-gaya rock, cheh padahal dah panik pun sebab takut tak boleh jawab soalan.

“eh, mane aku ingat formula volume ni, dahla tak hafal”.

Aku pandang Yatie, Yatie dah buat isyarat dengan tangan dia tunjuk kat tepi. Aku pusing kiri, tengok formula tu dah ada kat sebelah whiteboard. Fuhh, lega. Taram jela mana-mana pun, janji siap dari kosong je kat whiteboard tu. Aku try la jugak jawab soalan paip bercabang tiga ni. Subjek encik Asyfar ni memang susah sikit, apetah lagi kalau bab-bab mengira. Biasa budak-budak perempuan slow sikit bab mengira ni, lainla budak laki cepat je dapat pickup. Berape kilo entah diaorang makan kismis hari-hari, konfius aku. Tapi sepupu aku terer pulak siap dapat A lagi subjek ni. Mesti aku banyak makan semut ni.

“encik, dah settle dah”

Aku pun berjalan balik masuk kat tempat aku sebelah Yatie. Si Qiqi dah jeling-jeling tengok aku. Mesti dia jeles sebab aku dapat jawab soalan tu tadi kat depan.

“eh, cepatnye awak jawab. Betul ke tu?”

“saya rase dah betul dah, tapi tak tau la kalau salah ”

“yelatu betul. Kot-kot pakat hentam je jawab” balas si Qiqi pulak sambil tengok aku.

Aku senyap je, malas dah nak layan si Qiqi ni. karang tak pasal-pasal pulak aku bergaduh dengan dia dalam dewan kuliah ni. Aku tak tau la kenape dia ni macam tak puas hati sangat dengan aku. Padahal dia tu best student, tiap-tiap sem dapat anugerah dekan. Maybe dalam otak dia ni ade shock mane-mane wayar kot. Malas aku nak layan orang macam dia ni.

Encik Asyfar pergi check jawapan aku tadi. Aku dah start berpeluh dingin. Yela, ingat senang ke orang macam aku ni boleh jawab soalan macam tu.

good job miss Darwisya, your answer totally correct

“hah”

Terpinga-pinga aku bila dengar encik Asyfar cakap macam tu kat aku. Yatie pulak dah senyum-senyum tengok aku. Ni yang nak bangga diri ni. Hehehe.

“alah, baru dapat jawab satu soalan pun dah kecoh” sound si Qiqi ni. Dia ni memang ade je yang tak puas hati dengan aku.

“kau ingat, kau sorang je boleh jawab soalan macam tu, aku pun boleh jawab jugakla. Macamla kau je yang terer dalam kelas ni” aku sound dia pulak.

“kalau kau terer, mesti kau dah dapat score dalam ujian. Ni aku tengok failed je tiap buat ujian” sound dia kat aku pulak.

“dah-dah, kau orang berdua ni macam anjing dengan kucing, asyik bergaduh je” Encik Asyfar sound pulak kat kitorang berdua. Kitaorang pun masing-masing senyap. Takut.

Kelas encik Asyfar habis pukul satu petang. Nasib dia tak bagi assingment atau kuiz ke. Dahla hati aku sakit lagi dengan kata-kata si Qiqi tu. Lepas makan tengah hari pukul dua tu, kitaorang duk lepak-lepak kat dataran depan uni ni. Kat sini ada kolam ikan, ada gazebo. Memang bestla lepak-lepak dekat situ. Lagipun uni ni dapat online internet free. Lagila aku dengan Yatie ni suka. Tengah duduk lepak-lepak sambil tengah layan internet, aku macam tengok si Qiqi ni berjalan menuju kat dataran. Sah, bala dah datang. Nak lari kan, takut dia kata aku ni pengecut pulak, so aku buat-buat sibuk la konon-kononnya. Sambil tangan duk chek email dekat Yahoo.

“kau nak ape datang sini ni?" aku dengar Yatie tanya si Qiqi ni. Aku buat-buat macam tak nampak je si Qiqi.

“aku datang nak cakap dengan ‘girlfriend’ aku la”. Mata si Qiqi ni tak lepas-lepas tengok aku. Ingat mata dia tu ade insuran nyawa ke nak tengok anak dara orang lama-lama. Cucuk jugak kan baru tau.

“mane ade girlfriend kau kat sini?”

“tu, yang duk sibuk-sibuk check email tu” si Qiqi tunjuk jari dia kat aku. Aku dah start buat muka.

“si Zoey ni ke?”

“ye la, sape lagi”

“habis tu, si Dania, si Zafira tu bukan diaorang girlfriend kau ke?”

“taklah, diaorang tu skandal aku je”

“banyakla kau punya skandal, awek je keliling pinggang”. Aku tengok je si Qiqi ni duk berlawan cakap dengan Yatie. Malas aku nak layan.

“dah tu kau nak jumpe si Zoey ni la”?. Tanya Yatie lagi.

“yela, aku nak jumpe dengan Cik Zurviyaa Darwisya binti Ahmad Ahzim”

“eh Qiqi , apasal kau sebut name penuh aku pulak?. Aku tak suka la kau panggil nama aku macam tu” aku sound kat si Qiqi ni.

“cop-cop. Name aku bukan Qiqi ok. Aku nama punya la sedap, boleh kau panggil aku ni Qiqi. Name aku Rifqiy Adzfarel bin Dato Rafii tau.”

“nak sebut pun susah, senang-senang panggil Qiqi je. Best ape dengar” Aku dah start gelak-gelak kat dia.

“kau ni memang nak kena la Zoey, aku memang tak puas hati dengan kau”

“habis tu, kau nak buat ape kalau kau tak puas hati dengan aku?”

“kau ni memang sengaja nak sakitkan hati aku la”

“dah kau yang start dulu. Tengok mase dalam kelas tadi. Aku tak kacau kau pun, kau je yang sibuk-sibuk duk menyampuk”

“memang kau tak kacau aku, tapi tadi aku saje je cakap macam tu kat kau. Tapi kau pulak lebih-lebih sound aku dalam kelas, memang habis jatuh saham aku sebagai top student kelas”

“eleh, setakat top student kelas pun dah nak kecoh, lainla kalau dah dapat tittle top student fakulti”

“hey, kau ingat aku tak boleh challenge ke kelas sebelah tu? Tengok orangla”

“yela memang tengok orang, takkan nak tengok lembu pulak” Yatie tiba-tiba ketawa. Dia ni ingat aku buat lawak ke kat sini. Dahla aku tengah panas ni.

Kadang tu, aku takut jugak duduk buat anak orang sakit hati. Yela, dia ni anak orang kaya, silap-silap hari bulan, takut ada je yang kena buang uni.Tapi Qiqi ni dah terlebih sudah. Hari-hari ada je yang tak puas hati dengan aku. Tak boleh aku nak hidup aman sikit.

“kau ni memangla Zoey, tomboy tak sedar diri”

“eh, kau ni cakap baik-baik sikit. Suka-suka hati je gelarkan orang”

“dah kau memang tomboy pun. Tengok rambut kau pun pendek. Asyik pakai tshirt dengan jeans je"

“peduli ape aku. Janji aku selesa. lagipun aku tak mintak duit kau pun”

Si Qiqi ni dah tengok aku macam nak telan. Yatie pulak duduk jadi penonton tengok kitaorang bertekak kat dataran ni. Tadi macam berani sangat lawan cakap si Qiqi ni. Ni macam dah kecut perut pulak. Yela, masing-masing dah keluar aura panas. Siapa-siapa yang tengok pun gerun.

"dahla tu wey, gaduh pulak kat sini” Yatie sound aku dengan Qiqi.

“aku tak settle lagi dengan tomboy ni” jawab si Qiqi dengan muka merah padam. Mesti dia tahan marah tu. Aku rase kalau aku ni lelaki, mesti aku dah kene belasah dengan dia kat sini.

“dah tu kau nak ape?”

“ok aku nak cabar kau”

“cabar ape pulak ni?”Aku jawab balik soalan Qiqi tadi.

“aku tengok kau macam terer je jawab soalan encik Asyfar tadi. Ape kate test untuk minggu depan, aku nak tengok kau punye result boleh challenge aku punye tak.”

“habis tu kalau result aku lebih dari result kau, aku dapat ape?” aku tanya si Qiqi ni balik.

“emm..aku takkan panggil kau tomboy lagi. Plus aku takkan cari pasal dengan kau dan aku akan buat semua assingment hydraulics kau untuk sem ni” jawab si Qiqi.

“ok, aku on je”

“tapi kalau aku kalah macam mane pulak?”

“kau kena ikut cakap aku la” si Qiqi ni dah buat senyum pelik.

“mane aci macam tu”

“aci tak aci, aci ade dekat India. So macam mane? Ade berani?”

“emm..ok la”

Aku dengan cepat bersetuju Qiqi ni. Si yatie dah pandang aku semacam. Sempat lagi dia bisik-bisik kat aku, takut-takut si Qiqi ni buat macam-macam dekat aku. Aku cakap dekat yatie, dalam uni ni takkan la si Qiqi ni nak buat ape-ape dekat aku.

so settle kite punya masalah. Ni sain kat sini”

Gila la si Qiqi ni siap buat perjanjian hitam putih lagi semata-mata nak challenge dengan aku. Kat mana dia dapat idea ni entahla. Tapi dia kan stok budak-budak terrer. Aduh, masak aku kalau fikir-fikir balik cabaran ni.

"Yatie kau jadi saksi untuk cabaran kitaorang ni”

"ok"

Si Qiqi pun sain dekat surat perjanjian tu. Aku sain lepas tu. Yatie pun sain jugak kat surat perjanjian tu sebagai saksi kami.

so start esok kau bolehla study. Aku sure mesti aku dapat kalahkan kau nanti” Si Qiqi ni dah start gelak sambil tengok aku.

wait and see la” Aku sound Qiqi.

Selepas tu, aku tengok si Qiqi ni terus blah pergi kat kantin. Ok jugak dia pergi terus, malas dah aku nak layan dia, boleh sakit hati plus sakit jantung je dengar dia cakap. Aku dengan yatie pun dah tak ada mood nak lepak lame-lame dekat dataran. Sakit hati pulak aku bile teringat kat perjanjian cerdik aku tu. Hishh, geramnya aku dengan budak nama Qiqi ni. Nak je belasah cukup-cukup.

bab 1 why me?

“cepatnya kau buat” Yatie tegur aku masa dia tengah minum air milo yang baru aku buat tu.

“aku draft je sikit-sikit tajuk dia, lagipun mane tau lagi dapat partner dengan sape” Balas aku sambil kunyah Mr Potato yang baru beli kat 7 Eleven depan taman perumahan yang kami sewa ni.

“konon la tu draft sikit-sikit, padahal aku tengok duk conteng-conteng je kat dalam notepad tu”

“ok la tu, dari tak buat preparation langsung” Aku gelak kat yatie.

“yelatu buat preparation, aku tengok masa time exam dekat nak final jugak yang kau study gila-gila, masa awal sem duk sakan je berpoya-poya”

“kau ni, tak bagi semangat langsung kat aku. Aku berpoya-poya pun dengan geng sepupu pompuan aku je tau, bukannya pegi angkut balak macam orang lain”

“aku tau la kau pegi berpoya-poya dengan diorang, tapi study tak jalan jugak, duit loan jugak yang jalannye”

“kau ni Tie, memang la kalau tak membebel satu hari, tak sah. Kalah mak aku yang duk kat kampung tu”

“kau ni macam tak tau perangai aku” Dan kitaorang same-same gelak.

Cakap pasal berpoya-poya ni, memang aku tak boleh nafikan dengan kegemaran aku satu ni. Start dari sekolah menengah lagi duk buat kerja macam ni. Nasib baik masa SPM hari tu tak lingkup result. Kalau tak, tak tau la aku sekarang tengah buat ape.

Atleast walau tak dapat flying color, dapat jugak A sipi-sipi. Cukupla buat syarat nak masuk uni ni. Nasib jugak dapat sama course duduk teknik dulu. Yela, tak ada la menggagau sangat aku kat sini. Lagipun aku ni jenis minat course yang tough gitu, tak minat course-course biase. Course yang budak-budak laki minat tu la yang aku kejar. Lepas tu mula la sibuk cakap susah tak ingat.

Aku ni kurang sikit dengan lelaki. Perangai pun takde la macam budak-budak pompuan sekarang yang duk pakai mekap tebal berinci-inci. Rambut dahla potong pendek bertingkat-tingkat, tshirt dengan jeans je semedang. Maybe kalau orang tengok macam tomboy sikit. Tak kisahla, janji aku tak ganggu diaorang. Dan diaorang tak ganggu aku. Lagipun Yatie tak kisah langsung kawan dengan aku. Dari first year lagi kitaorang berkawan. Mak dengan ayah aku pun tak kisah dengan perangai aku ni, dah nak buat macam
mana sebab aku je satu-satunya anak diaorang.